Monday, May 25, 2009

Ceramah PKR di Kubang Semang




















Semalam Pakatan Rakyat buat ceramah di kawasan padang di hadapan masjid Kubang Semang. Tuan rumah ceramah adalah PAS kawasan dan penceramahnya ada 3 orang:

i) Senator Ir Zamri Yusuf







ii) Syed Shahrir (Presiden MTUC)










iii) Lim Boh Chang









Pada saya Pakatan Rakyat cukup pandai menggunakan pentas prk penanti untuk memperkukuhkan minat orang ramai kepada agenda politik DSAI. Bermula dengan ucapan alu-aluan oleh wakil PAS tempatan, 'kejahatan' UMNO dan BN didedahkan kepada umum. Yang bercakap adalah orang cerdik pandai dan ahli politik pulak tu. Cara mereka mendekati 'rakyat' dengan bahasa mudah di selang seli dengan cerita2 menarik tentang 'penindasan' atau paling kurang 'ketidak-pedulian' kerajaan terhadap masalah rakyat saya kira tentu dapat menawan sebahagian besar hadirin semalam.

Oh ya, slogan PKR yang menekankan kepada PEDULI pada rakyat juga cukup bijak. Ini kerana persepsi ramai ialah kerajaaan BN tidak berapa ambil peduli pasal rakyat bawahan. Mereka hanya sibuk dengan projek2 mega dan yang mahal2 yang kebanyakkannya adalah untuk kroni dan kaum puak mereka sahaja. Strategi ini jugalah yang telah menumbangkan BN di 4 negeri utara semenanjung.




Dalam jalan2 disekitar kawasan ceramah saya sempat mendengar VCD ceramah Saifuddin Nasution mengenai Dato Anuar Musa yang kini presiden bolasepak Kelantan. Betul jugak logik yang diutarakan oleh Saifuddin, sementara Anuar Musa sibuk dengan projek2 mega di negeri Kelantan, kerajaan Pas menawan hati rakyat dengan bantuan2 kecil kepada orang2 tua dan kurang upaya, ibu tunggal dan sebagainya.

Saya kira sampai sekarang UMNO dan BN masih kurang faham kenapa rakyat marah sangat dengan pemerintahan mereka. Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya - Kerajaan Malaysia terbentuk dengan undi dari rakyat biasa (individu). Sekira cukup ramai individu2 tadi menyokong atau bersimpati dengan keluhan yang disuarakan oleh sesebuah parti politik maka parti tersebut akan menang walaupun dengan satu undi!

Ini yang telah, sedang dan akan dibuat oleh PKR terutamanya - memenangi hati rakyat - melayu, cina, india dan lain2. Senjata mereka mudah - dedahkan kepincangan, keburukan, kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Walaupun sebenarnya kepincangan, keburukan dan kejahatan yang sama mungkin juga dilakukan oleh Pakatan Rakyat satu hari nanti apabila mereka berkuasa kelak. Malahan dari kes2 yang telah kita lihat di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, ahli2 politik Pakatan Rakyat terutamanya PKR termasuklah ketua umum mereka tidak sunyi dari sifat manusia biasa yang mudah tergoda dan rebah dek tawaran, sogokan dan peluang yang datang kepada mereka. Tapi kenapa rakyat tidak ambil peduli tentang itu? Jawapannya juga senang - rakyat mahukan 'reset' kepada perangai buruk yang telah mereka lihat selama ini.

Sebagai contoh, kalau PKR boleh buat 3 kesalahan, pada rakyat UMNO/BN telah buat 30 atau 300 atau 3000 kesalahan sebelum ini - mereka kurang pasti berapa banyak kesalahan yang telah berlaku sebenarnya tetapi mereka pasti ianya lebih dari 3 kesalahan PKR tadi. Rakyat juga faham bahawa selepas 50 tahun memerintah PKR juga mungkin akan menyamai bilangan kesalahan yang dilakukan UMNO/BN. TAPI buat masa ini, untuk PRU13 sekurang-kurangnya kesalahan yang disengajakan oleh Pakatan nanti akan bermula dari 0 dan tidak lagi menambah kepada puluhan malah ratusan kesalahan kerajaan sekarang.

Sebenarnya rakyat mahukan perubahan kepada cara dan kaedah kerajaan selama ini. Mereka bukannya benci semua dalam Kerajaan sekarang tetapi mereka ingin melihat penyesalan kepada kesalahan, kesilapan dan kesombongan yang rakyat lihat atau rasai selama ini. Mereka mencari orang2 yang ikhlas dalam kerajaan yang benar2 sayangkan rakyat, bangsa dan agama.

Malang sungguh bagi UMNO/BN dan orang Melayu terutamanya apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti. Memanglah apa ada pada Penanti, sebuah pekan/kampung kecil yang punya hanya orang2 Melayu kampung yang rata2 berpendapatan dan berpelajaran sederhana. Tetapi UMNO/BN lupa bahawa rakyat ini juga sederhana sahaja dalam fahaman politik mereka. Jika ada ahli2 PAS/PKR/DAP yang taksub di Penanti jumlahnya bukannya besar - saya kira lebih ramai lagi yang hanya mahu peluang hidup seperti orang lain juga - di kampung2 di seluruh Malaysia.

Apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti peluang untuk berhujah, membalas hujah malah untuk menyangkal tuduhan tidak lagi wujud. Ibarat ahli tinju yang kononnya tidak masuk gelanggang tetapi tetap juga kena tumbuk - teruk pulak tu! Kalau masuk gelanggang sekurang-kurangnya lawannya akan kena tumbuk juga. Kalau lawan itu menang sekali pun, lebam biru juga dia apabila dia kena tumbuk balas!

Apa boleh buat, UMNO sebagai parti politik tidak salah apa2. Malangnya ahli2 UMNO sejak 10-15 tahun kebelakang ini sudah tidak lagi sayang kepada rakyat. Bahkan mereka menggunakan rakyat untuk membolot kuasa, pangkat dan harta melimpah. Kini rakyat tidak nampak lagi cara atau peluang untuk perubahan. Malang bagi orang Melayu biasa yang kurang arif tentang politik negara atau dunia. Orang Melayu ini bangsa yang baik dan bersopan. Mereka agak naif juga selalunya kerana beranggapan orang lain juga baik dan bersopan.

PKR adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan orang Melayu Islam dari segi bilangannya. Ianya adalah sebuah politik peringkat dunia dalam konteks tiada kepentingan bangsa dalam agendanya. Satu masa nanti apabila Anuar Ibrahim sudah bersara dari politik kemungkinan besar PKR akan diterajui oleh orang Cina atau India kerana tidak ramai orang Melayu yang akan kekal dalam PKR dan dari sudut ketrampilan orang Cina dan India lebih dedikasi pada agenda politik mereka dari orang Melayu. Pada masa itu, PM Malaysia boleh jadi bukan lagi dikalangan orang Melayu Islam - mungkin Melayu Kristian atau Hindu, siapa tahu?

Memang sukar untuk dibayangkan suasana kehidupan orang Melayu selepas PRU13 nanti - memanglah tidak akan berlaku perubahan yang mendadak dalam konteks kehidupan harian. Yang tidak dapat difahami orang Melayu biasa ialah agenda puluhan malah ratusan tahun yang dirancang dan dipupuk oleh pelbagai organisasi dalam dan luar negara yang punya matlamat jangka panjang - mungkin tiada penjajahan dan rampasan hak milik secara keras - tetapi penjajahan minda dan pengurangan hak milik pasti berlaku kerana selepas 50 tahun merdeka dari British kaum lain masih kekal dengan bahasa dan budaya mereka malah bertambah kukuh kedudukan mereka. Sementara orang Melayu semakin tersepit diasak dari segala sudut - agama, budaya dan minda.

Kini orang Melayu sibuk dengan AF dan anak melayu sudah jadi punk!
















Raja Melayu, adat istiadat orang Melayu, Bahasa Melayu dan budaya Melayu semakin dikritik, dikomen dan diperkecilkan - oleh mereka2 yang akar umbi bukan di Tanah Melayu. Lebih malang lagi ada dikalangan orang Melayu turut bersetuju dengan mereka ini.

Saya teringat lagu Aduh Sayang apabila mengenangkan nasib UMNO, orang Melayu dan Tanah Melayu. Apa juga yang akan berlaku adalah atas perbuatan kita sendiri.

Kera dihutan kita susui, anak dibuaian ditinggalkan!

KEADILAN IALAH MELETAKKAN YANG PATUT PADA TEMPATNYA. KEADILAN TIDAK BERERTI SAMA RASA,SAMA RATA!

Tetapi selagi UMNO tidak dapat membuktikan keikhlasannya kepada orang Melayu, nampaknya PKR lah yang mengambil tempat dihati sebilangan orang Melayu. Dan selagi parti PAS pula masih bersikap "Marahkan nyamuk bakar kelambu", maka parti DAP lah yang akan berkuasa di Pulau Pinang, Perak, Selangor - mungkin juga selepas ini di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia tak ia, nampaknya hasrat Lee Kuan Yew untuk memerintah Malaya akan terhasil juga walaupun secara 'proxy'. Dan apabila kuasa sudah jatuh ke tangan orang..... LU FIKIR LA SENDIRI

Aduh Sayang

Artist: P. Ramlee, Feat: Saloma

Sayang sayang aduh sayang
O ditelan pahit dibuang sayang
Pabila sudah mabuk kepayang
Hatiku rasa bimbang

Oh risau aduh risau
Semakin lama semakin kacau
Jiwaku hampa tidak tenang
Aduh sayang

Bila siang terbayang-bayang
Di malam hari termimpi-mimpi
Ingin sunting gadis Pak Abas
Tapi sayang sayang orang dah kebas

Sayang sayang aduh sayang
Jikalau sudah gila bayang
Makin kulupa makin mendatang
Aduh sayang

Saturday, May 23, 2009

Apa ertinya Bumiputra?





Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader M. Manoharan today called for all those born in Malaysia after independence to be accorded Bumiputera status, saying that this would truly unite Malaysians and give 1 Malaysia some meaning.

“I have a masterplan for Selangor. If we solve these three problems – Tamil schools, Hindu temples and graveyards or crematoriums – then we will have solved 90 per cent of Indian problems,” he said.


Definasi Bumiputra telah dibincangkan oleh Max U. Montesino, Ed.D. dalam makalah beliau
Multi-Ethnicity In the Malaysian Workplace: Scarching The Surface. Makalah penuh beliau boleh dibaca dari url dibawah:

http://melayuonline.com/article/?a=ZUxQL1U5bWh1MGY%3D=

Keikhlasan seseorang rakyat terbukti bukan dari kata katanya sahaja! Pepatah Melayu menyebut masuk kandang kambing megembek, masuk kandang lembu menguak. Maksud pepatah ini ialah perbuatan kita dalam persekitaran yang menentukan hala tuju kita. Tiada guna kita ingin jadi Bumiputra tetapi kita tolak segala-galanya tentang negara kita melainkan apa yang kita suka dan mahu sahaja.

Kesamaan dan hak kaum Cina dan India di Malaysia tidak pernah dikurangkan sejak merdeka lagi. Malah tidak ada di dunia mana-mana negara yang memberi kebebasan pendidikan, bahasa dan cara hidup semurah yang didapati di Malaysia. Kini orang orang yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia enggan untuk bersama menjadi 'Bumiputra' sebenar tetapi sebaliknya mahukan segala2nya tentang sejarah bangsa mereka mengatasi asal usul Tanah Melayu.

Tanah Melayu mempunyai sejarah bangsa, agama, budaya dan bahasanya tersendiri. Seperti juga benua India dan negara Cina, Tanah Melayu punya cara dan adat resamnya. Bangsa yang dominan di pelusuk dunia di sini adalah Bangsa Melayu.

Jika benar mereka ini ingin menjadi rakyat negara ini mengapa pula mereka menuntut malah mendesak dikekalkan sekolah venacular - india dan cina?





















Mengapa tauke Cina dan syarikat2 mereka hanya berurusan sesama mereka dengan kakitangan yang rata2nya adalah kaum Cina sahaja?

Mungkinkah mereka ini hanya mementingkan 'kekitaan' mereka sahaja dan memandang orang2 Melayu sebagai penghalang kepada 'total domination' kaum mereka keatas tanah milik orang lain. Inilah yang dinamakan dendalu - hidup menumpang tanpa perlu ada akarnya mencecah tanah dan akhirnya pokok yang ditumpang itu mati 'tercekik' dek dendalu tadi.

Kemana perginya Rukun Negara yang menceritakan tentang perkara2 berikut:

Prinsip-prinsip Rukun Negara -

Kepercayaan kepada Tuhan -
Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

Campur tangan dalam urusan dan hal Agama Islam dan penganutnya berleluasa

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Raja2 Melayu dicemuh dan tidak dihormati

Keluhuran Perlembagaan -
Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.

Hak2 orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan dicabar dan ingin dihapuskan

Kedaulatan Undang-Undang -
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kehakiman dan undang2 dipertikai dan dicabar

Kesopanan Dan Kesusilaan -
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Sifat biadab, sombong dan keras kepala disanjung

Nyata sekali mereka yang memanggil diri mereka rakyat dan kini ingin dipanggil "Bumiputra" tidak lain hanyalah orang2 yang mengambil kesempatan untuk menambah lagi kesenangan dan kekuasaan mereka walaupun 80% dari bangsa Melayu akan dipinggirkan di Tanah Air sendiri satu masa nanti jika mereka ini berkuasa. Diantara kaum Cina dan India sendiri, mereka yang susah akan diperalatkan untuk membenci segala2nya tentang Tanah Melayu - bangsa, bahasa, budaya, Raja dan adat resamnya!

Hakikatnya puak capitalis dikalangan rakyat Malaysia sedang berusaha menjajah negara ini dan memperhambakan rakyatnya yang secara azalinya didominasi oleh orang Melayu yang hanya mempunyai pemilikan kurang dari 20% kekayaan negara ini!

Jika ada dalam hati mana2 rakyat negara ini terlintas untuk menggunakan paspot antarabangsa Malaysia untuk lari keluar dari negara ini jika berlaku apa2 kesusahan atau bencana maka orang tersebut bukanlah layak menjadi rakyat disini. Orang2 Melayu mahu tidak mahu ini adalah negara mereka - dikalangan orang India dan Cina yang berada, adakah mereka juga akan kekal di negara ini walau apa pun terjadi? Mungkinkah Hong Kong, Taiwan, Shanghai, LA, Kanada, Perth atau pun Singapura jadi pilihan?

Mari kita masing2 tepuk dada dan tanyalah selera....




Monday, May 11, 2009

Menang Sorak Kampung Tergadai - Bhg 2

Kenderaan Rakyat Kelas 1













































Kenderaan Rakyat Kelas 2




































Maka mahsyurlah serata pelusuk dunia bahawa di Malaysia ini orang orang Melayu adalah rakyat kelas pertama yang mendapat segala macam kemewahan dan kemudahan sehinggakan tiada apa yang perlu dirisaukan untuk mereka. Dasar pilih kasih yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB) diguna sewenang wenangnya untuk memberi kedudukan, pangkat, harta, peluang pekerjaan, tempat pengajian kepada orang Melayu ... begitulah ceritanya. Kaum kaum lain terutamanya Cina dan India melabel diri mereka sendiri rakyat kelas 2 kerana tidak mendapat 'apa apa' dari DEB - hidup mereka susah, tertekan, di anak tirikan dalam segala segi. Merana sungguh mereka dibumi Malaysia ini. Betullah zalim sungguh pemerintahan orang Melayu terhadap orang Cina dan India .... ajuk pula aktivitis Barat melalui NGO dan persatuan persatuan yang peri kemanusian dari seluruh dunia.

Yang pelik lagi ajaibnya, kayu ukur apa yang mereka pakai untuk melihat siapa sebenarnya yang susah di bumi Malaysia ini? Siapa yang duduk rumah bungalow mencecah jutaan ringgit harganya dan pandu kereta mewah ratusan ribu nilainya? Kalau di dunia langit sekali pun tentu pening kepala mereka yang waras untuk mengimbangi label rakyat kelas 2 yang mengecap nikmat kekayaan di bumi Malaysia ini masih mengadu susah dan tertindas. Sementara yang kononnya rakyat terpilih duduk ala kadar dirumah rumah kos rendah dan pandu motosikal kapcai atau kereta kecil sahaja

Propaganda mereka yang tamak haloba kepada negara ini dan hasil buminya besertakan pula rasa iri hati dan dengki kepada orang Melayu dan asal usulnya, sedikit sebanyak telah mengabui hakikat sebenarnya 'siapa tindas siapa' di Malaysia ini. Orang Melayu yang kebanyakkannya adalah juga orang Islam amat rendah hati dan bersyukur dengan apa jua pemberian Illahi. Mereka tidak pandang kekayaan dan kesenangan orang lain sebagai sesuatu yang perlu dipertikaikan. Sebaliknya, kaum bukan Melayu tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Mereka sering saja mencari jalan dan helah untuk membolot segala-galanya. Kalau pun tidak semua kaum mereka bersikap begitu, ada sekumpulan dari mereka yang memang berpegangan begitu - bagi mereka itu, dimana bumi dipijak disitu mereka mesti berkuasa! Ini semua adalah pengajaran dari Sifu mereka "LEE KUAN YEW"

Dari PAP kepada DAP, matlamatnya sama saja - Dominisasi Cina - di Singapura dan di Tanah Melayu! Di Singapura, dominisasi Cina dalam semua aspek kehidupan dan kenegaraan adalah jelas dan tiada pertikaian lagi. Di Malaysia, ianya sedang bermula. Melalui helah politik dimana orang Melayu sendiri digunakan untuk memberi kuasa kepada yang bukan Melayu, kuasa pemerintahan Cina sedang berjalan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Angin perubahan yang bertiup pada PRU12 yang lalu terlalu mengasyikkan sehingga ramai yang sedang menanti PRU13 dimana adalah dijangkakan segala-galanya akan berubah - lanskap politik Malaysia, pemerintahan kerajaan, sosio-ekonomi rakyat dan sebagainya - akan diubah demi 'siapa'?


Yang pastinya, orang Melayulah yang pertama sekali akan rugi. Mungkin kaum lain akan beruntung tetapi orang Melayu pasti rugi kerana yang sibuk diperkatakan untuk diubah atau dihapuskan adalah hak keistimewaan dan perkara perkara yang berkepentingan orang Melayu. Yang menakjubkan ialah ada dikalangan orang Melayu sendiri yang menyokong agar kepentingan kepentingan orang Melayu itu dikurangkan atau pun di hapuskan sama sekali - konon demi keadilan! Antara perkara perkara utama yang akan lambat laun dihapuskan oleh demokrasi ala Malaysia ialah:

i) Kesultanan Melayu
ii) Hukum Syariah
iii) Islam sebagai agama rasmi
iv) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
v) Hak keistimewaan orang Melayu

Sebaliknya, perkara utama yang akan dihebahkan untuk sokongan rakyat ialah:

i) Negara Republik
ii) Undang2 Sivil
iii) Semua agama adalah sama
iv) Bahasa Malaysia
v) Tiada keistimewaan untuk sesuatu bangsa/kaum

Agenda pertama yang dilaksanakan oleh DAP di Pulau Pinang setelah ia berkuasa ialah menghapuskan DEB.

Di Perak, menggunakan MB dari PAS DAP berjaya memberi tanah kepada kampung baru (kebanyakannya Cina) dengan pajakan 999 tahun. Begitulah kaharnya geng DAP apabila mereka berkuasa - sayangnya ada orang Melayu yang menyokong mereka dengan alasan geng UMNO pun buat begitu juga. Yang jelasnya, orang Melayu juga yang rugi. Kenapa perlu ada penjualan 'maruah', 'tanah', 'agama' dan sebagainya hanya untuk berkuasa?



Dipetik dari
Outsyed the Box

Nga & Ngeh’s act of granting 999 year leases to some of the TOL holders in Perak’s New Villages is obvious political bravado. It is also irresponsible because it impacts very negatively on other peoples’ sentiments. Even in high end Petaling Jaya (although not in Perak) many home owners (Malay as well as non Malay) only have 60 year lease hold land titles for which they paid real money.



Nampaknya, cerita Pak Kadok dan ayam sabungnya berulang lagi untuk orang Melayu. Kenapa kita tidak berdiri tegak dan pertahankan nasib dan masa depan orang Melayu Islam tak kiralah sama ada kita ni PAS ke, UMNO ke atau pun Keadilan? Apalah gunanya kita bersorak menang jika hakikatnya kita kalah sebagai satu bangsa - sudahlah anak muda kita terjebak ke dalam pelbagai jenis noda dan maksiat, agama kita di serang secara halus dan kasar, tanah air kita semakin hari menjadi milik orang - kita masih bercakaran, membuka pekong di dada, meludah ke langit... LU FIKIR LA SENDIRI!!

Thursday, May 7, 2009

Menang Sorak Kampung Tergadai - Bhg 1

Kisah Pak Kadok

Pak Kadok pergi ke gelanggang ayam untuk menyabung ayam. Raja negeri itu yang telah tahu kehandalan ayam Pak Kadok meminta agar mereka bertukar ayam. Kerana kebodohannya, Pak Kadok bersetuju.

Sabung ayam itu berakhir dengan kemenangan ayam Pak Kadok yang telah menjadi milik raja. Akibatnya kampung Pak Kadok tergadai dan pakaiannya yang diperbuat dari kertas terkoyak kerana Pak Kadok terlalu gembira bersorak. Pak Kadok pulang bertelanjang.


Tanah Melayu adalah nama asal Semenanjung Malaysia.

Nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. (Utusan Online : 15/10/2008)


Penjajah British yang enggan bertanggung jawab terhadap buruh buruh India dan Cina yang mereka bawa ke Tanah Melayu memaksa penerimaan pendatang pendatang tersebut ke dalam penubuhan 'Malaya'. Orang Melayu yang sememangnya berhati budi dan mulia tidak berfikir panjang tentang pengkhianatan yang mungkin berlaku satu hari, menerima baik 'persaudaraan' itu kerana falsafah Melayu "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung". Begitu lah 'naif'nya orang Melayu kerana tidak menyangka dunia luar adalah medan pertandingan - siapa kuat, siapa cepat... dialah yang dapat!

Mana mungkin orang yang menumpang akan menjadi Tuan satu hari nanti. Mana mungkin si-sengkek akan jadi orang kaya wang berjuta. Mana mungkin "Diberi betis hendak paha". Tapi rupanya orang Melayu tidak belajar dari perpatah sendiri - "Bagai Belanda minta tanah"

Kisah Belanda minta tanah daripada Kerajaan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Kisah tersebut adalah muslihat pertama orang Eropah menipu orang Melayu. Sekumpulan orang Belanda mengadap Sultan Melaka pada masa itu meminta sebidang tanah hanya sebesar kulit kambing yang mereka bawa.

Melihat hanya kecil sahaja kulit kambing itu, tanpa berfikir panjang baginda terus setuju kerana tanah sebesar kulit kambing bukanlah luas mana pun. Orang lain yang melihat hanya ketawa sahaja kerana apa orang-orang Belanda ini hendak buat dengan tanah sebesar kulit kambing sahaja.

Esoknya baru orang Melaka tahu luas mana tanah sebesar kulit kambing. Si Belanda ini telah memotong kulit kambing itu menjadi tali yang cukup panjang dan tali itu dibuat pengukur tanah yang mereka minta. Akhirnya mereka berjaya mendapat beberapa ekar tanah di Melaka pada waktu itu.

Itulah muslihat terbesar yang pernah dilalui oleh orang-orang Melayu. Sehingga sekarang peristiwa itu terpahat sebagai satu peribahasa Melayu ‘Bagai Belanda Minta Tanah’.


Laju kehadapan 50 tahun dari hari Kemerdekaan dari British, orang Melayu Islam kini di ambang malapetaka yang amat dahsyat dalam sejarah Tamaddun Melayu di Nusantara. Kenapa saya perlu sebut Melayu Islam? Sepanjang hidup saya orang Melayu sudah semestinya orang Islam juga. Sehingga British sendiri pun memaktubkan definisi Melayu sebagai bangsa Melayu yang menganuti Agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Kini malangnya orang Melayu sudah bukan semuanya Islam lagi - ada Kristian, Buddha dan Hindu dan mungkin juga ramai lagi yang 'free-thinker'.

"Ayam di kepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan" - satu lagi perpatah Melayu yang sangat dalam maknanya. Kefahaman orang tua tua dahulu adalah amat menakjubkan! Bagaimana, ayam yang berada dalam simpanan padi boleh mati lapar dan itik yang sudah di air mati haus? Jika kita imbas keadaan orang Melayu sekarang keadaan yang hampir sama juga telah, sedang dan akan berlaku - Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai rumah atau pun tanah milik sendiri? Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai kerja atau pun kekayaan di bumi yang dianugerah Allah Taala pelbagai jenis hasil dan segala macam kehidupan?


Negara Kaya - untuk siapa?


















Rumah Rakyat Kelas 1
















Rumah Rakyat Kelas 2

















Nabil kata - LU FIKIR LA SENDIRI!