Friday, September 18, 2009

Renungan Dihujung Ramadhan

Sekali lagi kita akan menyaksikan Ramadhan melabuhkan tirainya. Hampir sebulan kita berpuasa apa agaknya yang sudah berubah dalam diri kita? Matlamat puasa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah "moga2 kamu bertaqwa!".

Kira2 seminggu lalu kita diberitakan tentang anak2 muda Melayu yang terus menerus berhibur dalam sebuah kelab malam sehingga ke siang hari. Ramai pulak tu! Nampaknya mereka itu ingin bersembunyi dari khalayak ramai kerana enggan/malas berpuasa dan juga ingin berhibur sepuas-puasnya.

Selepas Raya nanti kita akan menyaksikan pula kisah Kartika yang ingin menjalani hukuman sebat kerana mengikut katanya dia insaf dan ingin menjadi contoh kepada orang lain yang masih 'lupa' - contohnya pemuda-pemudi yang ditangkap polis dikelab malam (yang buka sampai siang tu!)

TG Dato Nik Aziz menyatakan dalam minggu yang baru berlalu bahawa UMNO akan pupus kerana memperjuangkan Melayu. Katanya perjuangan berasaskan bangsa tidak akan berjaya dan hanya perjuangan untuk agama yang mampu berjaya. Saya terima kata2nya itu dengan rasa yang kurang selesa. Soal perjuangan untuk agama itu saya tidak pertikaikan langsung. Memanglah sesiapa saja yang ikhlas mempertahankan agama Islam pasti diterima Allah tidak kira samaada dia berjaya atau pun gugur dalam kekalahan. Yang saya masih kurang senang ialah penafian tentang perjuangan mempertahankan bangsa Melayu di tanah air kita sendiri. Apakah yang salah sangat mengenai perkara itu? Bukankah kita sedang berdepan dengan fitnah besar dimana budaya dan cara hidup orang Melayu sejak kurun 14 lagi sedang diserang, dicemuh dan harus dihapuskan sedikit demi sedikit?

Saya sayangkan UMNO kerana jasanya dahulu tetapi saya lebih sayangkan Melayu sebenarnya. Pada masa yang sama saya tidak bencikan PAS tetapi saya sangsi apakah sebenarnya kemampuan PAS untuk menjamin masa depan orang Melayu dalam suasana Pakatan Rakyat yang terang2 dimonopoli oleh DAP? Saya sangsi dengan Keadilan kerana Ketua Umumnya amat disenangi oleh Yahudi dan Nasrani - bukankah ada firman Allah SWT yang menyatakan 'orang Yahudi dan Nasrani tidak akan ridha kepada kamu melainkan kamu mengikut cara mereka'? Saya tidak percaya langsung tentang 1Malaysia DAP kerana DAP jelas hanya memperjuangkan keunggulan bangsa Cina. Contoh kerja buat DAP dimasa hadapan boleh dilihat di Singapura melalui dasar2 PAP yang telah dipelopori oleh Lee Kwan Yew.

Walau apapun kepercayaan atau impian kita, hakikatnya PR13 bakal menyaksikan perubahan kerajaan diperingkat Persekutuan dimana mungkin DS Anwar akan menjadi Perdana Menteri dengan dua orang Timbalan Perdana Menteri - seorang Cina dan seorang lagi India - untuk membuktikan kepada dunia betapa adilnya Malaysia dimana tiga kaum utama diwakili diperingkat tertingggi Kerajaan. Maka akan memujilah negara2 barat kepada Malaysia yang sanggup mengadaikan kepentingan pihak yang lebih ramai (Melayu >65%) untuk menjaga kebahagian pihak yang sedikit (Cina 20% dan India 10%). Itulah 'Keadilan' dalam Pakatan Rakyat dan itulah juga agaknya yang diinginkan oleh sesetengah orang Melayu (dalam PAS dan Keadilan) di Malaysia. Yang saya tertanya-tanya di hati kecil saya ialah dimana pula kedudukan pemimpin2 PAS nanti - dan saya tidak dapat lari dari membuat telahan bahawa PAS akan jadi penonton dalam wayang yang ianya telah jadi Producer dan Director selama ini. Apabila anugerah Oscar diumumkan nanti, PAS hanya tumpang sorak sahaja kerana Oscar yang disediakan hanyalah 3 sahaja! Oleh kerana DS Anwar sudah dikira mewakili orang Melayu dan Islam maka PAS dikira 'extras' dan bolehlah berurusan dengan DS Anwar untuk apa2 perkara juga.

Saya tahu DS Anwar ada berjanji jika PR memerintah mereka tidak akan sentuh Artikel 153 dalam Perlembagaan yang memberi keistimewaan untuk orang Melayu. Terus terang saya nyatakan bahawa saya tidak boleh terima janji manis itu. Bukan apa, kalau pun DS Anwar tidak mahu mengubah apa2 dari Artikel 153 itu, siapa dikalangan orang Melayu sekarang ini atau dimasa hadapan boleh menjamin pihak DAP dan sekutu2 mereka tidak akan memansuhkan perkara 153 jika mereka ada kuasa kelak? Dalam pada mereka baru memerintah setahun pun mereka sudah bergerak untuk mempertikaikan perkara2 kecil (bagi mereka) seperti jualan arak, laungan azan dan hak beragama untuk kanak2.

Kalaulah orang2 Melayu masih dibuai mimpi indah yang ditabur ahli2 PR tidak kiralah samada Keadilan, DAP atau PAS maka saksikanlah satu hari nanti orang Melayu pasti merempat ditempat sendiri. Kalaulah orang2 UMNO masih tidak sedarkan diri bahawa parti UMNO bukan untuk mengaut keuntungan peribadi maka saksikanlah 'kematian' UMNO ditangan orang Melayu juga! Pada masa itu, padanlah muka kita semua - yang menangis tidak berlagu dan yang bersorak, kampung tergadai!

APA SARANAN SAYA? UMNO mesti kembali memperjuangkan survival orang Melayu tidak kira apa fahaman politik mereka dan bukan hanya memperjuangkan survival UMNO. PAS mesti menyedari bahawa musuh mereka adalah orang2 Kafir yang punya agenda sendiri dan UMNO hanyalah saudara yang berlainan fahaman politik dan bukannya Kafir - Zimmi atau Harbi!

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis dan berpegang teguhlah kepada tali Allah!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI!

Tuesday, September 8, 2009

Perjuangan Tanpa Sempadan - Jahil atau Sesat?

Mungkin anda ada terbaca dalam blog Malaysia Today mengenai satu tulisan Haris Ibrahim "The Beautiful Malay" (Melayu yang cantik). Kononnya ini sebagai menyambut tulisan Marina Mahathir tentang "The Ugly Malay". (Melayu Hodoh). Saya percaya kedua dua penulis merujuk kepada sikap - yang satu semasa sessi dialog di Shah Alam bersama TS Khalid dan satu lagi mengenai apa yang Haris ceritakan dalam makalahnya.

Saya suntingkan dibawah petikan dari tulisan Haris itu. Jelas dari tulisannya Haris merasa bangga kerana ada orang Melayu yang sanggup menunjukkan kesetiakawanan dan kebersamaan (solidarity) dengan jawantakuasa Kuil seksyen 19. Mereka berkumpul di kuil dan sama2 hadir semasa upacara 'sembahan' dikuil tersebut.

Agaknya mereka (Melayu2 berkenaan) rasa itu adalah bukti betapa memahaminya dan tolerannya mereka dengan agama lain - bukan seperti Melayu2 'lama' yang orthodok - tak tahu bercampur dengan penganut agama lain. Ketika orang Islam lain berjemaah isya' dan terawih dimasjid dan surau, mereka2 itu bersama rakan2 mereka yang ada dikuil.

Saya tidaklah alim dalam hal2 agama tetapi saya yakin sebagai orang Islam kita ada sempadan yang mesti dituruti. Ada kala kita bergaul dan ada kala kita mengasingkan diri. Sama seperti dalam hal makan babi atau minum arak. Hanya kerana 'kawan2' kita makan babi atau minum arak kita sama sekali tidak dibenarkan meraikan mereka dengan ikut sama makan babi dan minum arak. Apatah lagi untuk ikut serta dalam majlis sembahan kuil - lakum dinukum wali ya din - kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami - surah Al Kafirun.

Kita tidak halang mereka dengan agama mereka tetapi kita juga tidak bersama mereka kerana agama mereka - melainkan kita sendiri juga sudah mahu mengikut agama mereka!

Pemikiran dan perbuatan yang terlalu liberal yang dilakukan oleh Melayu2 tersebut kalau dibiarkan akan merosakkan akidah terutamanya anak2 muda Melayu. Kita akui dan sedar bukan semua anak Melayu terdidik agamanya dengan mantap - soal siapa salah kita cerita dilain halaman - ditambah pula dengan liberalisma yang tiada sempadan itu akan menambah kepada luka yang sudah parah!

Pada saya, perlu dijelaskan kepada Melayu2 itu apa bezanya toleransi berbanding dengan menyokong agama lain. Apakah hukum halal haram dalam hubungan seorang muslim dengan yang bukan muslim? Apakah sempadan2 yang perlu kita jaga dalam kehidupan kita sehari hari?

Kalau mereka itu jahil maka mereka perlu dibimbing tetapi kalau mereka sesat mesti ada usaha untuk menunjukkan mereka jalan pulang. Kalau mereka tidak lagi minat dengan Islam dan ingin keluar darinya, gugurkan status Bumiputera / Melayu mereka - itu takrif Melayu dalam Perlembagaan Malaysia! (Berita kelmarin/basi : mana ada status Melayu atau Bumiputera lagi sekarang ini!! - tak rasa pelikkah saudara, sesuatu yang termaktub dalam Pelembangaan dengan mudah saja digugurkan tanpa pindaan di Parlimen?)

Nota: Di UAE (Emiriyah Arab Bersatu) di mana hampir 90% penduduknya dari kalangan orang India (50% Hindu 50% Muslim) anda tidak akan jumpa walau satu kuil pun - kecil atau besar! Orang2 India sudah berada di sana lebih 40 tahun - ada yang kaya raya, jutawan pun ada. Setiap 3 tahun mereka mesti mendapatkan permit pemastautin dari kerajaan UAE. Satu kuil pun tidak dibenarkan - orang India berlumba-lumba kesana mencari rezeki. Adakah mereka yang ke UAE itu tidak warak seperti saudara2 mereka di Malaysia? Mereka nampak 'happy' saja dan sedikit pun tidak marah kepada pemerintah UAE - kalau mereka tidak suka lagi tinggal di UAE mereka balik India!

Sekali sekala kita kena juga tengok dunia luar - soalannya, Jahat sangatkah orang Melayu Islam di Malaysia ini?


The Beautiful Malay

by Haris Ibrahim


On Thursday last week, I received the following e-mail from a Malay friend.


“We are very concerned about last week’s protest against the construction of a Hindu temple through cow heads. As individuals we are very disturbed by this and the implications it has on the unity of Malaysia. We are therefore inviting our Muslim friends and colleagues to join us in an attempt to show our solidarity to the Hindu community in Shah Alam and our refusal to allow these provocative and disgraceful acts to be done in the name of Islam. Please join us this Friday,the 4th of September, 8:30 pm in front of the De Palma Inn Hotel in Shah Alam where we will be picked up by someone from the temple to take us there”



To the temple in section 19, Shah Alam. The temple that was proposed to be re-located to section 23. The temple that sits in the eye of the controversy.

Jaya, Robert, Danny and I set out for the De Palma hotel on Friday evening. Dominic and Chin Huat were going to get there on their own.

We were all at the temple a little after 9pm.

Bearing flowers and fruit that Mas and friends had put together, we were greeted by temple committee members and welcomed into the temple even as prayers were going on.
Prayers were underway so we sat on the floor and joined the congregation.












As the prayers proceeded, temple committee member Selva and Shah Alam local councillor Uthayasoorian shared with us with us the problems that the devotees faced. The issue of relocating the temple has been hanging over their heads for almost two decades.

If special prayers to be held might draw a larger than usual crowd, a police permit must be sought.

Sunday, September 6, 2009

Nasib Melayu - Pucuk di cita!

Acap kali orang Melayu tertipu atau menipu diri sendiri. Kalau dizaman British dulu orang Melayu tidak sabar2 menanti kemasukan tentera Jepun kerana mereka percaya Jepun akan membawa kesenangan yang tidak terhingga berbanding penjajah British. Rupanya keluar mulut buaya masuk mulut harimau!

Meluat orang Melayu kepada pemerintahan Tun Mahathir meluap-luap sehingga insiden DS Anwar membawa orang Melayu kepada demonstrasi jalanan dan kesediaan berdepan dengan polis rusuhan. Apabila Tun Abdullah mengambil alih tampuk kerajaan barulah orang Melayu sedar perbezaan diantara dua pemimpin. Nasi sudah menjadi bubur!

Kini orang Melayu sekali lagi berdepan dengan rasa muak dan mual yang sama seperti sebelum ini tetapi kali ini terhadap parti UMNO. Mereka merasakan Pakatan Rakyatlah yang boleh memperbaiki keburukan2 yang timbul dari UMNO (Baru). Tinggal hanya 2 tahun lagi sebelum peralihan kuasa dari BN kepada PR dijangka berlaku oleh kebanyakkan orang - mungkin juga semua orang sudah yakin itu pasti berlaku. Persoalannya adakah orang Melayu sekali lagi akan mengeluh panjang dan mengadah seperti yang sebelum ini? Adakah sekali lagi orang Melayu akan 'jatuh dari periuk masuk dalam api'?

Mari kita tengok rentetan peristiwa2 yang sudah berlaku semenjak DS Anwar cuba mengambil tampuk pemerintahan dari Tun Mahathir:

i) Demonstrasi jalanan - pembangkang bersatu
ii) TG Dato Nik Aziz kata - kawan dengan syaitan jika perlu untuk jatuhkan UMNO
iii) Kumpulan Artikel 11 mula menyuarakan hak kebebasan beragama secara agresif
iv) IFC cuba dibentuk kononnya untuk persefahaman agama
v) HINDRAF buat tuntutan
vi) PR12 - PR menang 5 negeri
vii) Isu istilah ALLAH untuk semua agama
viii) Isu pelbagai bahasa untuk nama jalan melainkan Jawi
ix) Isu bunyi Azan perlu di kurangkan
x) Isu halalkan anak haram Beng Teong
xi) Isu rampasan arak dikembalikan
xii) Isu perpindahan Kuil seksyen 19 Shah Alam
xiii) Pasar ramadan Penang Road tidak dibenarkan

Jelas pada saya banyak isu2 yang timbul selepas PR12 itu adalah yang berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Sedar atau tidak itulah kesannya apabila kita terlalu bertolak ansur dan ingin menjaga hati semua pihak melainkan hati orang Melayu sendiri. Kemerdekaan selama 52 tahun yang dikecapi semua pihak telah berjalan aman dan sentosa kerana sebelum ini masing2 tahu kedudukan dan ruang lingkup masing2. Tidak pernah timbul isu ketidaksama-rataan, lokasi kuil atau tokong, laungan azan, jualan arak, pasar ramadan atau sebagainya. Orang Melayu tidak pernah menghalang pembangunan atau perkembangan bangsa lain di Malaysia. Dan bangsa2 lain juga tidak pernah ganggu gugat apa yang kebiasaan untuk orang Melayu.

Bukan semua orang Melayu taat dan patuh kepada agama Islam tetapi itu soal individu dengan Tuhannya. Bangsa lain tidak pernah komen, tegur atau beri pandangan sama sekali. Tetapi kini bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam pun akan cuba diselamatkan oleh aktivis2 hak kemanusiaan dari di'paksa' menganut agama Islam. Apakah itu bukankah menganggu adat resam, istiadat dan agama orang Melayu? Apakah itu bukan menceroboh keamanan dan ketenteraman orang Melayu?

Semua orang Melayu perlu sedar bahawa tiada guna kita mengalah dan menyerahkan sedikit demi sedikit hak dan cara hidup kita semata-mata untuk menjaga kerharmonian bangsa lain sementara kita sendiri kucar kacir, terlingkup dan akhirnya tergadai agama sendiri! Enough is enough! Ya, kita juga mahu keadilan, kebebasan, kesenangan dan kebahagiaan tetapi jangan sampai kita jual anak isteri malah ibu pertiwi kita kepada orang lain!

Apakah tidak cukup lagi memonopoli ekonomi kini mereka inginkan kesemuanya sekali? Jangan terlalu ghairah dan tamak. Orang tamak selalu rugi! Nak kaya kayalah kami tidak pernah halang, cemburu pun tidak. Tetapi jangan sampai kacau peribadi, agama dan keluarga kami!

52 tahun orang Melayu memerintah tidak pernah buat zalim kepada bangsa lain kerana kalau zalim masakan ada billionaire Cina dan India di Tanah Melayu. Kalau zalim mana boleh rumah tauke2 Cina sebesar kapal disana sini; kereta mewah perkara biasa; syarikat2 mereka maju di Bursa Malaysia. Tetapi tengoklah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, baru setahun memerintah sudah ingin dirongkai semuanya - kalau boleh malam ini juga.

Cuba kita fikir dalam2, siapa yang tidak toleran, tidak saling menghormati, tidak taat setia kepada raja dan negara, tidak tahu hidup rukun damai? Orang Melayu kah atau orang lain? Siapa yang mahu bersatu dan siapa pula yang inginkan kesemuanya - winner takes all?