Monday, November 30, 2009

Lagu Warisan - wasiat untuk orang Melayu!

Antara perkara yang sangat dibenci oleh 'mereka' bukan Melayu mengenai BTN adalah lagu tema 'Warisan' yang dikumandangkan bagi mengingatkan orang Melayu tentang nasib mereka. Senikata lagu itu dikatakan bersifat perkauman.


Pelik - kerana 'mereka' menuduh orang Melayu perkauman kerana mengenang nasib bangsa di tanah air sendiri. 'Mereka' yang memperjuangkan budaya, sekolah dan bahasa ibunda mereka di tanah bukan asal bangsa mereka tidak pula dilabel sebagai perkauman. Inikah yang dikatakan keadilan? Yang kami buat itu salah tapi apa yang mereka buat tidak pula salah!


Kita yang sudah berkurun lama menapak menjunjung langit dibumi bertuah ini tidak boleh bercakap pun pasal mengekalkan hak kita. Tapi 'mereka' yang datang merempat kemudian menumpang dan kini menjadi tuan, masih melaung2kan kedunia luar mereka dipinggirkan, dianak-tiri, dizalimi!


Pelik sungguh - kalau mereka terpinggir masakan mereka lebih ramai kaya dan senang dari orang Melayu? Kalau mereka anak-tiri bagaimana mereka punya segala kemewahan, rumah dan kereta besar, syarikat bernilai jutaan ringgit? Kalau mereka dizalimi, mana boleh mereka kehulu hilir tanpa sekatan, bebas dengan kekayaan mereka? Mereka ada Datuk, ada menteri, ada sekolah ada universiti - mereka berpersatuan, berbudaya - makan, minum dan menari sesuka hati. Tokong dan rumah ibadat mereka lebih banyak dari bilangan mereka sendiri. Surau dan masjid kami yang payah dicari.


Namun, ada juga orang Melayu marah dengan bangsa sendiri kerana mengenang nasib diri. Keadilan kononnya mesti dicari - orang Melayu mesti memberi - LAGI???? Kami yang sudah hampir hilang segalanya masih disuruh mengadai pergi. Sudah kehabisan simpanan kami - yang tinggal hanyalah maruah diri - perlembangan negara pun sudah tidak bererti. Mereka mahu segala-galanya dan ada orang 'kita' yang rela bagi.


Kasihan diri kami - ada saudara pun saudara benci. Mula2 kafirkan sesama sendiri baru mudah untuk membenci. Yang peliknya, yang terang2 kafir disanjung dan disayangi. Khalifah Umar dikatakan peribadi. Sudah buta agaknya mereka itu. Kerana politik, mereka kejar bayang2 dan ludah muka sendiri. Satu hari mereka itu akan ketahui kesilapan ini hari. Sayang seribu kali sayang, pada masa itu semuanya tentu sudah terlewat sebab kuasa pun sudah ditangan orang.


Yang tinggal hanyalah memori sekumpulan manusia yang pernah wujud di tanah ini - Tanah Melayu. Di Sepanyol ada juga Alhamra untuk kenangan - akibat khianat sesama sendiri. Di bumi ini, mungkin kubur sesak kita pun satu hari akan dipindah buang. Akibat membenci sesama sendiri sehingga lupa siapa yang perlu dikasihi.


Benarlah kata lagu 'Warisan'! Jadi apa salahnya kita nyanyi lagu ini?

Pepatah Melayu 'Siapa makan cili, dia rasa pedas!' Mungkin ini 'mereka' rasa sangsi lagu kami.


" Kera dihutan disusui, anak dibuaian mati kehausan" - ingatan bagi orang Melayu yang tidak lagi suka mengaku bangsa mereka sendiri!



http://www.youtube.com/watch?v=WErVkXCwBTg


Warisan

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara (3x)