Monday, August 30, 2010

Isu kafir masuk masjid / surau

Sehari dua ini isu YB dari DAP masuk masjid dan surau untuk memberi sumbangan hangat diperkatakan. Sebenarnya perkara ini telah bermula sejak Pakatan Rakyat merampas beberapa negeri dari BN pada PR12 yang lalu. Pada fahaman kebanyakan orang Islam biasa di Malaysia, PAS sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat sepatutnya berperanan memelihara kesucian rumah2 ibadat orang Islam. Sebaliknya kita dapati satu angin liberal yang belum pernah kita lihat sebelum ini dalam minda ahli2 PAS yang bukan sahaja tidak menjaga kesucian rumah2 ibadat tersebut malah menggalakkan pula kafir2 DAP itu memijak ruang tengah sembahyang - hanya sejadah Tok Imam saja yang belum diberi untuk DAP duduk/berdiri untuk bertazkirah kepada jemaah.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Pada saya ini adalah kerana mereka yang bertanggung-jawab iaitu jawatan kuasa Masjid atau surau yang sudah terpengaruh dengan fikiran liberal dan perasan 'tera' parti PAS - bahawa kononnya pendekatan sedemikian menunjukkan kepada parti  DAP bahawa PAS bukan lagi fanatik macam dulu: bahawa mungkin DAP akan mendapat hidayah untuk menerima Islam; bahawa setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah tulin dan suci! PERGGGH!! Mengapalah rakan2 dan sahabat2 kita dari PAS begitu sombong dan bodoh???

Perbuatan mereka itu disandarkan kepada zaman dahulu dimana orang2 Kafir kagum dengan orang2 Islam sehinggakan orang2 Kafir teruja dan tertarik dengan kebijaksanaan dan kehebatan orang2 Islam seperti Saidina Omar Al-Khatab atau Salehuddin Al-Ayubi! Pada zaman itu orang Islam adalah teraju dalam pelbagai bidang kehidupan - matematik, sains, astronomi, perubatan, geografi dan industri. Sanjungan orang kafir terhadap kehebatan ini tersimpan sampai sekarang dalam bentuk jubah graduan2 Universiti semasa konvokesyen mereka - lambang kebijaksanaan dan kematangan ilmu! ITU DULU!

Sekarang ini, diserata dunia dan di Malaysia, apa ada pada orang Islam? Tambah2 lah pulak pandangan DAP terhadap PAS dan orang Melayu Islam terutamanya. Tidakkah Kit Siang dan Karpal itu memandang 'hina' agama dan orang Islam? Macam mana lagi mereka perlu buat atau kata sebelum kita faham apa yang mereka perjuangkan - untuk menghapuskan penguasaan orang Melayu Islam dan menolak Islam sebagai agama rasmi dan ulung di Malaysia. Janganlah kita menipu diri sendiri dan berkata bahawa itu bukan pandangan semua ahli DAP - itu hanya Kit Siang dan Karpal, ahli2 lain bukan macam itu! Sebenarnya, kalau Kit Siang dan Karpal yang paling bijak dan licik dalam DAP itu tidak menerima Melayu dan Islam, ahli2 lain lagi2 lah tidak minat kepada kita. Nak ajak Teresa Kok, Tony Pua, Ronnie Liu memahami Islam dan PAS khasnya dan orang Melayu amnya - sudah lah, jangan mimpi lah!

Baru2 ini juga timbul pula isu pasal mendoakan Guan Eng. ada juga pihak2 dari PAS cuba mengaitkan kisah dimana Rasulullah pernah mendoakan diantara dua Omar untuk masuk Islam. Maka hujah mereka i) tidak salah untuk mendoakan orang Kafir - untuk masuk Islam 2) kiranya Sunnah Nabi. Macam itu punya usaha untuk 'matlamat menghalalkan cara' - kalau nak bagi bini atau mak sendiri pun boleh kut sebab nak pujuk DAP masuk Islam! Bukankah Abdul Rahman Auf dipelawa untuk mengambil salah seorang isteri sahabat dari kaum Ansar semasa Hijrah pertama dulu!? Itu pun satu lagi 'perkara' yang PAS boleh cuba untuk memenangi hati Guan Eng!

Hakikatnya ialah jiwa dan hati PAS sudah lemah - Guan Eng kata sahaja dia nak ikut Umar Abdul Aziz, maka masyhurlah dikalangan ahli PAS bahawa Guan Eng nak peluk Islam. DAP tidak minta pun nak masuk masjid kita - kita yang terhengeh-hengeh menjemput DAP. Kita yang memuja mereka dan bukan sebaliknya! Bodoh dan sesak sungguh nampaknya PAS untuk menghalalkan kesilapannya bersekongkol dengan musuh yang terang lagi nyata. Ini agaknya tempelak dari Allah SWT sendiri - dulunya apa sahaja yang UMNO buat adalah haram dan ditolak Islam kononnya - berkawan dengan Cina, lantik kafir jadi menteri, buat itu salah, tak buat ini salah dan pelbagai lagi bahan kempen untuk memancing undi. Hari ini kita lihat dengan mata kepala kita sendiri betapa semua yang haram dahulu sudah halal sekarang ini. Allah SWT Maha Mengetahui! Malangnya orang Melayu Islam biasa di Malaysia terpaksa menerima bahana pembohongan diri sendiri oleh PAS.

Jangan salah faham wahai pembaca - saya tidak kata UMNO betul! Saya hanya kecewa kumpulan yang hendak menolak UMNO rupanya lebih teruk perbuatannya. Kalau UMNO dikatakan melahap kekayaan dunia dan tidak peduli akhirat, sekarang ini sudahlah PAS tidak peduli kepada dunia dan lebih teruk lagi PAS mengadaikan akhirat! Apa tidaknya, kepimpinan Pakatan Rakyat berada pada DAP (perintah didunia) dan segala apa yang suci tentang Islam kini diambang kemusnahan - inilah perjuangan PAS sekarang

i) Bangsa Melayu tidak boleh diperjuangkan (Assabiyah - racist)
ii) Hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak perlu kekal dalam Perlembagaan (Keadilan - sama rata)
iii) UMNO mesti dikalahkan malah dipupuskan (ganti dengan DAP secara tidak langsung)
iv) Bergabung atau kerjasama dengan UMNO tidak boleh (UMNO munafik - dengan DAP tidak mengapa, mereka pun benci UMNO juga)
v) PAS adalah parti Allah ( mesti dapat pertolongan punya!)

Sebenarnya, saya tidak sangka begitu bodoh dan sombongnya pegangan PAS sekarang. Macam2 telah dibuat DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Namun PAS masih bersama-sama mempertahankan kepentingan Pakatan Rakyat. Seolah2 apa yang ada di Malaysia selama ini semuanya zalim dan haram belaka. Teringat saya kepada kisah negara Kordoba di Andalusia, Sepanyol dulu - oleh kerana terlalu inginkan kuasa memerintah ada dikalangan pembesar orang Islam berpihak kepada Kristian dan membuka pintu tembok untuk membenarkan tentera Kristian memasuki ibu negeri Kordoba. Mereka berharap untuk menjadi pemerintah mengantikan Khalifah masa itu. Akhirnya, Kordoba jatuh ketangan Kristian dan orang2 Islam yang belot kepada Khalifahnya sendiri dihukum bunuh oleh Kristian dengan kata2 ' Pembelot seperti kamu tidak layak hidup'!

Politik dunia itu kotor dan berkawan dengan musuh hanyasanya untuk mengalahkan saudara seagama adalah strategi paling bodoh dan akan memakan diri!  Belajarlah dari sejarah silam - sebelum semuanya terlambat!!

Friday, August 27, 2010

Apakah perjuang PAS sebenarnya?

Hari ini kekecewaan saya terhadap PAS sudah tidak dapat disorok lagi. Terlalu banyak sangat perkara2 musykil dan pelik dilakukan, disokong atau didiamkan saja oleh PAS. Saya tahu bukan semua ahli atau penyokong PAS bersetuju dengan semua yang berlaku TETAPI saya terpaksa rangkum semua sekali sebab PAS adalah parti politik yang kononnya memperjuangkan agama Islam. Sebagaimana juga PAS melabel UMNO keseluruhannya tiada nilai dan tidak berguna lagi untuk orang Melayu di Malaysia walaupun sebenarnya hanya sebahagian sahaja ahli UMNO yang tidak 'berguna'!















Hakikatnya PAS berjaya dengan slogan bahawa perjuang berdasarkan bangsa adalah tidak 'halal' dan tidak semurni perjuangan kerana agama. Maka ramai diantara orang Melayu telah menerima slogan dan pegangan tersebut sehingga tidak lagi minat untuk menyokong UMNO kerana tidak mahu kepada perjuangan bangsa semata-mata. Ditambah pula dengan coretan keburukan yang telah dilakukan oleh kroni2 UMNO serta tidak 'islamik'nya orang2 UMNO, maka bertambah yakinlah orang Melayu untuk menolak atau sekurang2nya enggan bersama UMNO.

Malangnya, orang Melayu tertipu dengan helah politik PAS ini dan PAS sendiri tidak juga berjaya sangat menarik semua yang bencikan UMNO untuk meyertai PAS. Yang berlaku ialah orang Melayu membuat pilihan untuk menyokong Parti Keadilan dan bukanya PAS secara terus. Orang Melayu tertipu kerana apa yang dikatakan oleh PAS perbuatan buruk UMNO kini dilakukan atau diredhai oleh PAS, kadang2 lebih dahsyat lagi buruknya dari UMNO.

Dalam BN, sekurang-kurangnya UMNO menerajui pelbagai parti politik lain - sekurang2nya orang Melayu menjadi ketua dan yang bukan Melayu mengikut sekadar yang mereka mampu. Agama Islam sentiasa terpelihara dan tidak dicemari oleh bangsa asing. Dalam UMNO dan BN Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu (dalam konteks Tanah Melayu).

Dalam Pakatan Rakyat, PAS hanya memainkan peranan tukang sokong dan tukang sorak. Melainkan di Kedah, dinegeri2 baru yang kuasai PR tak pandang pun kepada PAS. Entahlah bila PAS nak sedar yang Karpal tidak suka kepada mereka dan Guan Eng hanya bersandiwara sahaja. Keadilan tentulah mahu kepada sentimen anti-UMNO dari PAS tetapi mereka bukan mahukan apa yang PAS mahu.















Dalam Pakatan Rakyat, orang Islam (PAS tidak mahu guna istilah Melayu) jadi kerbau dicucuk hidung oleh orang2 bukan Islam. Banyak perkara yang tidak terlintas boleh berlaku dahulu kini sudah berlaku. Sikap setiakawan PAS jelas tidak bertempat - saudara seagama dianggap musuh dan mereka yang jelas musuh diberi segala sokongan dan persaudaraan walaupun memakan diri orang yang sebangsa seagama.

Saya tidak akan bersuara sekiranya PAS ingin mengantikan UMNO untuk memerintah negara ini kerana ahli2 PAS adalah orang Melayu beragama Islam seperti juga orang2 UMNO. Tetapi ini tidak - nampak jelas bahawa jika BN kalah dan UMNO jatuh semasa PR13 nanti yang akan memerintah adalah kumpulan dari Keadilan dan DAP! Minta maaf tetapi saya sesungguhnya tidak nampak kaliber YB dari PAS yang akan diberi ruang oleh kerajaan Pakatan Rakyat - seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (sebelum ini). PAS hanyalah alat untuk memusnahkan kedudukan orang Melayu dan akhirnya kedudukan agama Islam itu sendiri.

PAS cakap tak serupa bikin - nak bertengkar dengan Karpal pun tidak mampu. Nak perjuangkan penindasan orang Melayu di Pulau Pinang pun tak larat. Lebih teruk lagi, kesejahteraan Guan Eng pulak yang didoakan. MasyaAllah, dulu kata macam2 kepada UMNO - kawan dengan kafirlah, bagi muka kepada kafirlah dll. Hari ini dengan senang hati orang PAS bagi mimbar masjid dan mihrab surau untuk DAP bertazkirah.















50 tahun lebih Chin Peng berjuang untuk merampas Tanah Melayu untuk kaumnya. Ribuan askar dan Polis Melayu (Islam) terkorban mempertahankan bumi ini. Sekarang senang2 sahaja PAS berkompromi untuk menerima semua (hantu ke syaitan ke bekas komunis atau chauvanis cina) asalkan UMNO dapat dihapuskan. Inilah dia sifat buruk orang Melayu iaitu dengki khianat - biar siapa (bangsa sendiri) pun tak dapat - biar orang lain memerintah bumi ini; biar satu hari nanti azan tidak boleh dilaungkan kuat2, orang Islam tidak boleh berniaga dirata2 tempat, orang Islam yang tidak berbahasa Cina sukar mendapat kerja dan pelbagai lagi sekatan dan kekangan seperti mana yang berlaku di Singapura.
















Kadang2 saya terlintas dihati - adakah kita orang Melayu beragama Islam sedang menanti kifarah dari Allah - seperti mana yang berlaku di Acheh atau di Bosnia dulu?
Kenapalah sukarnya untuk disatukan hati umat Islam dikalangan orang Melayu ini? Nanti apabila Perlembagaan telah ditukar malah bendera pun diubah rekabentuknya, baru masa itu kita semua nak mengaduh kesal?! DS Anwar ada berkata dalam wawancara dengan media antarabangsa 'Apalah gunanya agama kalau tiada keamanan?' (Nak tunjuk betapa dia itu menyayangi keamanan) TETAPI saya kata ' Apalah gunanya keamanan jika tiada agama!'

Saya seru kepada ahli2 PAS semua, fikirlah masak2 sebelum menyerahkan negara ini ketangan DAP sepupu PAP(Singapura). Kalau tuan2 jadi pemimpin dinegara ini InsyaAllah ramai orang Melayu akan sokong kerana 95% orang Melayu beragama Islam. Tetapi jika hanya kerana ingin jatuhkan UMNO kerana kebencian maka yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang! Orang2 UMNO seburuk2 mereka hanya orang2 Islam yang terlencung dan terlupa maka berdakwahlah kepada mereka dan ingatkan mereka tentang kubur, syurga dan neraka. Kalau betullah perjuangan PAS untuk agama semestinya penyatuan sesama seagama lebih baik untuk semua. Jika orang Islam memerintah (UMNO atau PAS) kita tidak akan menganiayai orang lain bahkan kita tetap adil. Tetapi jika orang bukan Islam yang memerintah percayalah, kezaliman mereka nampak saja halus tetapi adalah terlalu keras!
















Saban hari di Pulau Pinang, warisan dan sejarah orang Melayu Islam sedikit2 dihilangkan dari pandangan dan ingatan umum. Bayangkan Bazar Ramadhan di Penang Road dengan 70 gerai sejak 20 tahun dahulu dalam masa 2 tahun telah dikurangkan kepada 18 gerai sahaja. Kononnya atas alasan kesesakan lalulintas! Sebaliknya, kalau pesta Hantu Lapar ke Thaipusam ke, nak sesak sehari semalam pun tidak mengapa - kebebasan berbudaya konon. Yang sebenarnya, apa2 sahaja yang melibatkan orang Melayu Islam adalah sesuatu yang jelek untuk mereka. Ahli2 PAS tolonglah sedarkan diri sendiri dan pemimpin anda! Allah menyaksikan segala2nya - kita tidak mungkin dapat memberi alasan!


Soalan saya ialah apakah perjuangan PAS sebenar-benarnya?