Saya tertarik dengan tulisan Praba Ganesan, Malay Mail Online yang bertajuk " Can Pakatan Rakyat form the government after the 14th General Election if it dumps PAS? " (http://www.malaysia-today.net/pakatan-to-win-ge14-without-pas/). Terjemahan tajuk tersebut adalah " Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selepas PRU 14 jika ia buang PAS?"
Perkara pertama yang saya dapati dari tulisan ini ialah - ada orang sudah berangan-angan untuk membentuk kerajaan untuk menggantikan BN pada PRU akan datang tanpa perlu kepada undi orang Melayu (Islam) iaitu penyokong2 parti PAS. Sudah memadai nampaknya jika orang Melayu (tidak mestinya penyokong atau pengamal Islam) mengundi Pakatan Rakyat yang tidak mengumpulkan PAS bersama mereka - iaitu orang Melayu yang mengundi DAP dan Keadilan sudah cukup banyak untuk dicampur dengan pengundi Cina dan bukan Melayu tanpa perlu kepada orang Melayu yang mengundi PAS.
Oleh kerana orang Melayu sudah berpecah tiga iaitu pengundi UMNO (BN), PAS dan Keadilan secara umumnya (ada juga orang Melayu yang mengundi DAP) maka kemungkinan Pakatan dapat mengondol majoriti jika ada pertandingan 3 penjuru (BN, Pakatan dan PAS) adalah tinggi. Dimana-mana sahaja yang ada pengundi DAP sebanyak 30% atau lebih maka Pakatan berpeluang untuk menang. Ini adalah kerana jika 10% sahaja orang Melayu berpihak kepada Pakatan maka BN dan PAS akan hanya mendapat masing2 30% undi dan semestinya kalah - sebab Pakatan dapat 40% undi (pengundi DAP + pengundi Pakatan dari kalangan orang Melayu).
Atas kiraan mudah diataslah maka ada orang sudah bercaturan untuk menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana kehadiran PAS menyukarkan dasar mereka mengenai Hudud dan Islam. Persoalannya adakah orang Melayu yang menolak UMNO (jawabnya - banyak!) dan PAS (jawabnya - banyak juga!)? Maka siapakah orang Melayu yang mahu menyokong Pakatan? Jawabnya - mereka yang membenci UMNO/BN; cemburu/dengki/khianat sesama orang Melayu; tidak berapa minat dengan Islam; minat kepada agama lain dari Islam; nilai dan norma hidup ala Barat (LBGT); tidak minat dengan cara/perjuangan PAS; percaya kepada Anwar 100%; lebih percaya kepada Anwar berbanding orang lain; berasa diri mereka sudah cukup kuat untuk bersaing dengan bukan Melayu; anggap orang Melayu yang tidak mahu tukar kerajaan pengecut; merasa kerajaan UMNO/BN zalim kepada mereka; tidak merasa keuntungan dengan kerajaan UMNO/BN.
Agak2 tuan/puan adakah boleh kita dapati 10% orang Melayu yang akan mengundi Pakatan kerana tidak mahu kepada UMNO dan PAS? Saya rasa, mungkin lebih... sebab itu En.Ganesan boleh menulis tentang senario dimana PAS tidak bersama Pakatan tetapi Pakatan masih boleh membentuk kerajaan!
Sayang seribu kali sayang, PAS akan bersorak pada kemenangan Pakatan mengalahkan BN tetapi PAS akan terlupa bahawa 'Menang Sorak Kampung Tergadai' - yang kalah nanti adalah orang Melayu beragama Islam!