Sekali lagi kita akan menyaksikan Ramadhan melabuhkan tirainya. Hampir sebulan kita berpuasa apa agaknya yang sudah berubah dalam diri kita? Matlamat puasa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah "moga2 kamu bertaqwa!".
Kira2 seminggu lalu kita diberitakan tentang anak2 muda Melayu yang terus menerus berhibur dalam sebuah kelab malam sehingga ke siang hari. Ramai pulak tu! Nampaknya mereka itu ingin bersembunyi dari khalayak ramai kerana enggan/malas berpuasa dan juga ingin berhibur sepuas-puasnya.
Selepas Raya nanti kita akan menyaksikan pula kisah Kartika yang ingin menjalani hukuman sebat kerana mengikut katanya dia insaf dan ingin menjadi contoh kepada orang lain yang masih 'lupa' - contohnya pemuda-pemudi yang ditangkap polis dikelab malam (yang buka sampai siang tu!)
TG Dato Nik Aziz menyatakan dalam minggu yang baru berlalu bahawa UMNO akan pupus kerana memperjuangkan Melayu. Katanya perjuangan berasaskan bangsa tidak akan berjaya dan hanya perjuangan untuk agama yang mampu berjaya. Saya terima kata2nya itu dengan rasa yang kurang selesa. Soal perjuangan untuk agama itu saya tidak pertikaikan langsung. Memanglah sesiapa saja yang ikhlas mempertahankan agama Islam pasti diterima Allah tidak kira samaada dia berjaya atau pun gugur dalam kekalahan. Yang saya masih kurang senang ialah penafian tentang perjuangan mempertahankan bangsa Melayu di tanah air kita sendiri. Apakah yang salah sangat mengenai perkara itu? Bukankah kita sedang berdepan dengan fitnah besar dimana budaya dan cara hidup orang Melayu sejak kurun 14 lagi sedang diserang, dicemuh dan harus dihapuskan sedikit demi sedikit?
Saya sayangkan UMNO kerana jasanya dahulu tetapi saya lebih sayangkan Melayu sebenarnya. Pada masa yang sama saya tidak bencikan PAS tetapi saya sangsi apakah sebenarnya kemampuan PAS untuk menjamin masa depan orang Melayu dalam suasana Pakatan Rakyat yang terang2 dimonopoli oleh DAP? Saya sangsi dengan Keadilan kerana Ketua Umumnya amat disenangi oleh Yahudi dan Nasrani - bukankah ada firman Allah SWT yang menyatakan 'orang Yahudi dan Nasrani tidak akan ridha kepada kamu melainkan kamu mengikut cara mereka'? Saya tidak percaya langsung tentang 1Malaysia DAP kerana DAP jelas hanya memperjuangkan keunggulan bangsa Cina. Contoh kerja buat DAP dimasa hadapan boleh dilihat di Singapura melalui dasar2 PAP yang telah dipelopori oleh Lee Kwan Yew.
Walau apapun kepercayaan atau impian kita, hakikatnya PR13 bakal menyaksikan perubahan kerajaan diperingkat Persekutuan dimana mungkin DS Anwar akan menjadi Perdana Menteri dengan dua orang Timbalan Perdana Menteri - seorang Cina dan seorang lagi India - untuk membuktikan kepada dunia betapa adilnya Malaysia dimana tiga kaum utama diwakili diperingkat tertingggi Kerajaan. Maka akan memujilah negara2 barat kepada Malaysia yang sanggup mengadaikan kepentingan pihak yang lebih ramai (Melayu >65%) untuk menjaga kebahagian pihak yang sedikit (Cina 20% dan India 10%). Itulah 'Keadilan' dalam Pakatan Rakyat dan itulah juga agaknya yang diinginkan oleh sesetengah orang Melayu (dalam PAS dan Keadilan) di Malaysia. Yang saya tertanya-tanya di hati kecil saya ialah dimana pula kedudukan pemimpin2 PAS nanti - dan saya tidak dapat lari dari membuat telahan bahawa PAS akan jadi penonton dalam wayang yang ianya telah jadi Producer dan Director selama ini. Apabila anugerah Oscar diumumkan nanti, PAS hanya tumpang sorak sahaja kerana Oscar yang disediakan hanyalah 3 sahaja! Oleh kerana DS Anwar sudah dikira mewakili orang Melayu dan Islam maka PAS dikira 'extras' dan bolehlah berurusan dengan DS Anwar untuk apa2 perkara juga.
Saya tahu DS Anwar ada berjanji jika PR memerintah mereka tidak akan sentuh Artikel 153 dalam Perlembagaan yang memberi keistimewaan untuk orang Melayu. Terus terang saya nyatakan bahawa saya tidak boleh terima janji manis itu. Bukan apa, kalau pun DS Anwar tidak mahu mengubah apa2 dari Artikel 153 itu, siapa dikalangan orang Melayu sekarang ini atau dimasa hadapan boleh menjamin pihak DAP dan sekutu2 mereka tidak akan memansuhkan perkara 153 jika mereka ada kuasa kelak? Dalam pada mereka baru memerintah setahun pun mereka sudah bergerak untuk mempertikaikan perkara2 kecil (bagi mereka) seperti jualan arak, laungan azan dan hak beragama untuk kanak2.
Kalaulah orang2 Melayu masih dibuai mimpi indah yang ditabur ahli2 PR tidak kiralah samada Keadilan, DAP atau PAS maka saksikanlah satu hari nanti orang Melayu pasti merempat ditempat sendiri. Kalaulah orang2 UMNO masih tidak sedarkan diri bahawa parti UMNO bukan untuk mengaut keuntungan peribadi maka saksikanlah 'kematian' UMNO ditangan orang Melayu juga! Pada masa itu, padanlah muka kita semua - yang menangis tidak berlagu dan yang bersorak, kampung tergadai!
APA SARANAN SAYA? UMNO mesti kembali memperjuangkan survival orang Melayu tidak kira apa fahaman politik mereka dan bukan hanya memperjuangkan survival UMNO. PAS mesti menyedari bahawa musuh mereka adalah orang2 Kafir yang punya agenda sendiri dan UMNO hanyalah saudara yang berlainan fahaman politik dan bukannya Kafir - Zimmi atau Harbi!
Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis dan berpegang teguhlah kepada tali Allah!
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI!
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment