Friday, August 27, 2010

Apakah perjuang PAS sebenarnya?

Hari ini kekecewaan saya terhadap PAS sudah tidak dapat disorok lagi. Terlalu banyak sangat perkara2 musykil dan pelik dilakukan, disokong atau didiamkan saja oleh PAS. Saya tahu bukan semua ahli atau penyokong PAS bersetuju dengan semua yang berlaku TETAPI saya terpaksa rangkum semua sekali sebab PAS adalah parti politik yang kononnya memperjuangkan agama Islam. Sebagaimana juga PAS melabel UMNO keseluruhannya tiada nilai dan tidak berguna lagi untuk orang Melayu di Malaysia walaupun sebenarnya hanya sebahagian sahaja ahli UMNO yang tidak 'berguna'!















Hakikatnya PAS berjaya dengan slogan bahawa perjuang berdasarkan bangsa adalah tidak 'halal' dan tidak semurni perjuangan kerana agama. Maka ramai diantara orang Melayu telah menerima slogan dan pegangan tersebut sehingga tidak lagi minat untuk menyokong UMNO kerana tidak mahu kepada perjuangan bangsa semata-mata. Ditambah pula dengan coretan keburukan yang telah dilakukan oleh kroni2 UMNO serta tidak 'islamik'nya orang2 UMNO, maka bertambah yakinlah orang Melayu untuk menolak atau sekurang2nya enggan bersama UMNO.

Malangnya, orang Melayu tertipu dengan helah politik PAS ini dan PAS sendiri tidak juga berjaya sangat menarik semua yang bencikan UMNO untuk meyertai PAS. Yang berlaku ialah orang Melayu membuat pilihan untuk menyokong Parti Keadilan dan bukanya PAS secara terus. Orang Melayu tertipu kerana apa yang dikatakan oleh PAS perbuatan buruk UMNO kini dilakukan atau diredhai oleh PAS, kadang2 lebih dahsyat lagi buruknya dari UMNO.

Dalam BN, sekurang-kurangnya UMNO menerajui pelbagai parti politik lain - sekurang2nya orang Melayu menjadi ketua dan yang bukan Melayu mengikut sekadar yang mereka mampu. Agama Islam sentiasa terpelihara dan tidak dicemari oleh bangsa asing. Dalam UMNO dan BN Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu (dalam konteks Tanah Melayu).

Dalam Pakatan Rakyat, PAS hanya memainkan peranan tukang sokong dan tukang sorak. Melainkan di Kedah, dinegeri2 baru yang kuasai PR tak pandang pun kepada PAS. Entahlah bila PAS nak sedar yang Karpal tidak suka kepada mereka dan Guan Eng hanya bersandiwara sahaja. Keadilan tentulah mahu kepada sentimen anti-UMNO dari PAS tetapi mereka bukan mahukan apa yang PAS mahu.















Dalam Pakatan Rakyat, orang Islam (PAS tidak mahu guna istilah Melayu) jadi kerbau dicucuk hidung oleh orang2 bukan Islam. Banyak perkara yang tidak terlintas boleh berlaku dahulu kini sudah berlaku. Sikap setiakawan PAS jelas tidak bertempat - saudara seagama dianggap musuh dan mereka yang jelas musuh diberi segala sokongan dan persaudaraan walaupun memakan diri orang yang sebangsa seagama.

Saya tidak akan bersuara sekiranya PAS ingin mengantikan UMNO untuk memerintah negara ini kerana ahli2 PAS adalah orang Melayu beragama Islam seperti juga orang2 UMNO. Tetapi ini tidak - nampak jelas bahawa jika BN kalah dan UMNO jatuh semasa PR13 nanti yang akan memerintah adalah kumpulan dari Keadilan dan DAP! Minta maaf tetapi saya sesungguhnya tidak nampak kaliber YB dari PAS yang akan diberi ruang oleh kerajaan Pakatan Rakyat - seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (sebelum ini). PAS hanyalah alat untuk memusnahkan kedudukan orang Melayu dan akhirnya kedudukan agama Islam itu sendiri.

PAS cakap tak serupa bikin - nak bertengkar dengan Karpal pun tidak mampu. Nak perjuangkan penindasan orang Melayu di Pulau Pinang pun tak larat. Lebih teruk lagi, kesejahteraan Guan Eng pulak yang didoakan. MasyaAllah, dulu kata macam2 kepada UMNO - kawan dengan kafirlah, bagi muka kepada kafirlah dll. Hari ini dengan senang hati orang PAS bagi mimbar masjid dan mihrab surau untuk DAP bertazkirah.















50 tahun lebih Chin Peng berjuang untuk merampas Tanah Melayu untuk kaumnya. Ribuan askar dan Polis Melayu (Islam) terkorban mempertahankan bumi ini. Sekarang senang2 sahaja PAS berkompromi untuk menerima semua (hantu ke syaitan ke bekas komunis atau chauvanis cina) asalkan UMNO dapat dihapuskan. Inilah dia sifat buruk orang Melayu iaitu dengki khianat - biar siapa (bangsa sendiri) pun tak dapat - biar orang lain memerintah bumi ini; biar satu hari nanti azan tidak boleh dilaungkan kuat2, orang Islam tidak boleh berniaga dirata2 tempat, orang Islam yang tidak berbahasa Cina sukar mendapat kerja dan pelbagai lagi sekatan dan kekangan seperti mana yang berlaku di Singapura.
















Kadang2 saya terlintas dihati - adakah kita orang Melayu beragama Islam sedang menanti kifarah dari Allah - seperti mana yang berlaku di Acheh atau di Bosnia dulu?
Kenapalah sukarnya untuk disatukan hati umat Islam dikalangan orang Melayu ini? Nanti apabila Perlembagaan telah ditukar malah bendera pun diubah rekabentuknya, baru masa itu kita semua nak mengaduh kesal?! DS Anwar ada berkata dalam wawancara dengan media antarabangsa 'Apalah gunanya agama kalau tiada keamanan?' (Nak tunjuk betapa dia itu menyayangi keamanan) TETAPI saya kata ' Apalah gunanya keamanan jika tiada agama!'

Saya seru kepada ahli2 PAS semua, fikirlah masak2 sebelum menyerahkan negara ini ketangan DAP sepupu PAP(Singapura). Kalau tuan2 jadi pemimpin dinegara ini InsyaAllah ramai orang Melayu akan sokong kerana 95% orang Melayu beragama Islam. Tetapi jika hanya kerana ingin jatuhkan UMNO kerana kebencian maka yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang! Orang2 UMNO seburuk2 mereka hanya orang2 Islam yang terlencung dan terlupa maka berdakwahlah kepada mereka dan ingatkan mereka tentang kubur, syurga dan neraka. Kalau betullah perjuangan PAS untuk agama semestinya penyatuan sesama seagama lebih baik untuk semua. Jika orang Islam memerintah (UMNO atau PAS) kita tidak akan menganiayai orang lain bahkan kita tetap adil. Tetapi jika orang bukan Islam yang memerintah percayalah, kezaliman mereka nampak saja halus tetapi adalah terlalu keras!
















Saban hari di Pulau Pinang, warisan dan sejarah orang Melayu Islam sedikit2 dihilangkan dari pandangan dan ingatan umum. Bayangkan Bazar Ramadhan di Penang Road dengan 70 gerai sejak 20 tahun dahulu dalam masa 2 tahun telah dikurangkan kepada 18 gerai sahaja. Kononnya atas alasan kesesakan lalulintas! Sebaliknya, kalau pesta Hantu Lapar ke Thaipusam ke, nak sesak sehari semalam pun tidak mengapa - kebebasan berbudaya konon. Yang sebenarnya, apa2 sahaja yang melibatkan orang Melayu Islam adalah sesuatu yang jelek untuk mereka. Ahli2 PAS tolonglah sedarkan diri sendiri dan pemimpin anda! Allah menyaksikan segala2nya - kita tidak mungkin dapat memberi alasan!


Soalan saya ialah apakah perjuangan PAS sebenar-benarnya?

No comments: