Monday, May 9, 2011

PAS pertahankan DAP - apa sudah jadi?

Pernahkah DAP mempertahankan PAS?

Agaknya, orang DAP pun heran pasal apa PAS beriya-iya pertahankan DAP!
DAP tak suruh pun alim ulamak PAS buat begitu tapi dah depa nak buat jugak, apa salahnya?!
Kecik tapak tangan, periok gajah depa tadah!

Kita mesti heran mengapa jadi begini - perkara yang sepatutnya sensitif kepada orang Islam pun senang2
saja ditolak mentah2 oleh orang PAS. Bukannya nak kata cari kebenaran sebaliknya tuduh pula orang yang
buat pendedahan sebagai penfitnah. Ooooi, kena jaga kawan depa sungguh - pada hal DAP tak pandang pun
kat PAS melainkan untuk jadi pecacai depa saja!

Dari tahun 60an dulu kita dah tahu ada agenda untuk mengkristiankan Asia Tenggara - di Indonesia depa sudah berjaya sangat2. Herankah kita kalau agenda tersebut masih segar dalam hati budi paderi2 Kristian itu? Sudah tentu TG Nik Aziz kata - itu hak depa!  MasyaAllah, sampai begitu sekalikah kita ini berbaik sangka dengan orang Kafir - mentang2 PAS nak tunjuk liberal pun?

Yang sesama Islam boleh pulak buruk sangka, maki hamun malah mengkafirkan sekali - hanya kerana dendam dan cemburu - memang dah sah politik PAS sudah tidak ada kena mengena dengan Islam lagi. Bolehkah kita tunjuk gentleman sampai kita lepaskan penyangak dan kita pukul kawan yang dedah penyangak? Tapi itu yang PAS buat - konon jangan peduli lagi perhimpunan paderi tu - siasat Utusan dan Bloggers dulu, kata Dr.Mujahid!

Andaikata satu hari nanti bila DAP betul2 guna agenda Kristian untuk gulingkan Islam di Malaysia - apa agaknya PAS nak kata??  Kata apa lagi - salah UMNO la!!! Depa ingat orang Melayu Islam di Malaysia semua bengung macam depa kut! Bila agaknya PAS nak sembahyang hajat mintak Tuhan pelihara kawan2 paderi DAP depa?!!

Kalau tak percaya bahawa DAP guna Kristian untuk agenda politik depa, cuba tengok poster dibawah:




Setakat ini pimpinan PAS yang sokong DAP dan perhimpunan Paderi dan kata UTUSAN buat fitnah ialah:

i) Tuan Guru Nik Aziz
ii) Dr Mujahid Rawa
iii) Tuan Ibrahim Tuan Man

Bukan saja nak kata tapi Jeffery Ooi pun tak nafi betui2 - PAS yang lebih2! http://khusairitgmalim.blogspot.com/2011/05/negara-kristian-tiada-penafian-jeff-ooi.html

Allahu 'alam!

No comments: