Saturday, August 13, 2011

Hari ini larangan pasal Quran, esok azan pulak!



Kian hari kian terserlah apa akan jadi kepada orang Islam di Pulau Pinang, waima orang Islam di Malaysia jika DAP memerintah dengan dokongan PAS dan PKR. Hakikatnya sudah nampak terang lagi bersuluh di Singapura di bawah pemerintahan PAP, pokok asal dari mana tumbuhnya DAP. Nama saja berbeza tetapi dasar dan perjuangan mereka sama!

Inilah bahana bagi orang Melayu Islam yang terlalu bertolak ansur, terlalu 'accomodative' - diberi betis hendak paha, kera dihutan disusui, anak dibuaian mati kelaparan! Sikap tidak heran kepada orang Melayu dan segala yang berkaitan dengan Melayu adalah sikap yang diteladani oleh Namawee, Guan Eng, Kit Siang, Karpal, Ambiga, Teresa Kok, Eli Wong! Kini mereka disokong oleh Nik Aziz, Mat Sabu, Khalid Samad, Khalid Ibrahim dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya!

Bagi mereka-mereka yang sememangnya sudah 'malas' dengan Islam dan orang Islam, peluang yang dibawa oleh Pakatan Rakyat memberi nafas segar untuk menjalani kehidupan indah dunia yang liberal, humanist dan bebas - bebas untuk berpoya-poya, seks sesama jenis, hidup ala barat penuh dengan hak asasi manusia, kesama rataan dan pelbagai lagi ideologi yang acap kali bertentangan dengan syariat Islam.

Tapi bukan kah Pakatan Rakyat ada sebuah parti Islam bersama mereka? Ha, ha, ha - parti Islam kepala bapak mereka!!! Perjuangkan Islam konon - segala apa yang UMNO buat dulu semuanya salah, Haram malah dicap sebagai kafir  - kini perkara yang sama malah lebih teruk dari itu jika dibuat oleh PAS semuanya Halal dan betul! Apa saja DAP buat semuanya OK sebab semangat Pakatan Rakyat! Cina suka makan babi sehinggakan surat khabar STAR boleh pelawa orang Islam buka puasa dengan babi juga! Editor STAR ingat apa salahnya orang Islam dipelawa sedemikian sebab banyak sudah yang PAS halalkan setakat ini!



Hati ini sungguh sedih mengenangkan masa depan orang Melayu Islam diTanah Emas ini (Golden Chersonese). Tanah Melayu yang sekian lama dimiliki orang Melayu yang menjunjung agama Islam kini berdepan dengan hakisan hak diri, bahasa dan agama kerana kelemahan bercakaran sesama sendiri. Sungguh zalim para pemimpin yang bersekongkol dengan musuh Islam hanya kerana ingin mengalahkan saudara seagama! Kami tidak akan gusar jika PAS ingin menganti UMNO untuk menyelamatkan orang Melayu Islam dari terus diperalatkan oleh segelintir pemimpin UMNO yang fasik TETAPI apabila PAS bersungguh untuk menjatuhkan UMNO untuk diserahkan kepada DAP - masyaAllah, itu adalah pengkhianatan yang cukup besar. Hakikatnya pemimpin PAS juga fasik macam sesetengah pemimpin UMNO - mereka juga ada skandal seks, salah guna kuasa dan salah tadbir. Tetapi kerana mereka (PAS) mengaku orang Agama, maka bukan sedikit rakyat yang tertipu!



Kononnya, majlis fatwa Pulau Pinang tidak dipengaruhi oleh Kerajaan DAP tetapi siapa agaknya tiba teringat nak larang baca Quran sebelum subuh ni - orang Melayu kah, orang Islam kah? - Siapa? 52 tahun Malaysia merdeka tidak pernah satu nyawa pun pandai nak tegur perkara ini - loud speaker ni zaman sebelum merdeka dah ada dah - tidak ada pun sesiapa yang komplen?! Tiba-tiba sejak DAP memerintah, bacaan ayat suci al-Quran sudah tidak sedap didengar - sapa agaknya manusia laknat yang tergamak yang mula-mula komplen perkara ini? Sedih, sungguh sedih dan pedih!

Kalau pun sungguh ada tempat-tempat yang pegawai masjid terlalu ghairah dengan mainan loud speakernya buatlah teguran bukannya terus larang semua sekali! Yakinlah ada tangan-tangan tersembunyi dalam hal ini - sudah pasti mereka tidak akan mengaku! Lagi pun mereka (DAP) anggap semua orang Melayu bodoh pun!

Kita nantikan pula setakat mana kebiadaban musuh Islam akan terjadi dan kita nantikan juga apa rakan-rakan PAS mereka akan pertahankan kebiadaban itu. Allah Maha kuasa! Sama-samalah kita tunggu balasan dari Nya. Malangnya, apabila balasan Allah tiba, semua kan merasainya - yang berdosa atau pun tidak!

No comments: