Peluang DAP untuk memerintah tidak pernah wujud sebelum Anwar Ibrahim berjaya menyatukan musuh musuh UMNO dan BN untuk menerima DAP sebagai rakan kongsi. Malangnya seperti ribuan 'bisnes deal" lain antara Melayu dengan Cina di Malaysia ini, pihak Melayu hanya memegang 10% ekuiti dan selebihnya dikawal oleh pihak Cina. Memanglah asalnya kedua pihak bercadang untuk bekerja sama - sama2 buat dan sama2 dapat. Hakikatnya, PAS adalah parti orang Melayu yang dipimpin oleh orang "agama" kononnya. Sifat tipikal Melayu ialah mudah untuk melepaskan ekuiti hanya untuk laba yang sedikit.
Kalau dulu PAS mengutuk UMNO kerana 'bisnes deals' yang menguntungkan Cina kerana sifat kroni UMNO yang suka jual projek, kali ini PAS telah mencapai kemuncak 'bisnes deal' di Malaysia dengan menjual 'negara, bangsa dan Agama' sekali gus! Rasanya DAP pun tak sangka begitu gelojohnya PAS untuk mengecap kuasa walaupun sehari sebelum mereka mati. Yang peliknya, DAP tidak payah upah banyak2 kepada PAS - hanya duduk diam saja - PAS sendiri akan memastikan agar UMNO roboh dan BN akan jatuh!
Nawaitu PAS selepas bergabung dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu dan satu sahaja - iaitu untuk menjatuhkan UMNO, musuh tradisi mereka kerana hasad, dengki dan khianat! PAS sebelum PR masih ada unsur perjuang untuk agama tetapi selepas Anwar menjadi ketua pembangkang, falsafah 'musuh kamu adalah kawan aku' digunakan. Sebab itu DAP (fahaman Komunis) dan PAS (fahaman agama) boleh berpeluk-peluk dan duduk makan semeja - UMNO adalah musuh mereka!
Antara perkara-perkara yang sudah disenaraikan oleh DAP untuk dihapuskan apabila mereka berkuasa nanti:
i) Raja-raja Melayu
ii) Hak2 istimewa orang Melayu (telah dijalankan di Pulau Pinang)
iii) Agama Islam sebagai agama Persekutuan
iv) Amalan2 agama Islam secara public (telah dijalankan di Pulau Pinang)
iv) Bendera Malaysia
v) Perniagaan runcit orang Melayu (telah dijalankan di Pulau Pinang)
vi) Pakaian seragam unsur Melayu di DUN dan Parlimen (di Sarawak sudah dijalankan)
vii) Identiti bangsa Melayu (telah dijalankan di Pulau Pinang)
Perkara2 lain yang harus akan dilaksanakan juga:
i) Biasiswa dan tempat pengajian untuk pelajar Melayu dikurangkan
ii) Perumahan untuk orang Melayu dikurangkan (Di Pulau Pinang, rumah ada tetapi Melayu tidak mampu)
iii) Pekerjaan untuk graduan Melayu adalah terhad (Syarikat dikuasai bukan Melayu tidak akan ambil pekerja Melayu)
iv) Bahasa Mandarin adalah bahasa rasmi
v) Jumlah penjawat awam disektor Kerajaan akan dikurangkan untuk efisiensi jentera pentadbiran (harus sehingga 30-40 peratus akan diberhentikan)
http://malaydelima.blogspot.com/2011/04/melayu-di-singapura-merempatpkrdapigpas.html
No comments:
Post a Comment