Sekali lagi orang Melayu Islam dalam dilema tetapi mungkin kali ini dilema paling besar dalam sejarah Tanah Melayu dan mungkin juga dilema kali terakhir dalam lipatan sejarah Melayu! Politik diMalaysia sudah sampai keperingkat yang amat memeningkan kepala orang Melayu terutamanya mereka yang diatas pagar. Cuba kita tinjau opsyen atau pilihan yang ada untuk mereka ini semasa PRU13 nanti:
i) UMNO - Teraju dalam BN dan sudah memerintah selama 50tahun (sejak Perikatan lagi)
Sebenarnya UMNO ini adalah UMNO (Baru) yang menggantikan UMNO asal yang dibatalkan pendaftarannya ketika perebutan kuasa diantara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh pada tahun 1987. UMNO dulu telah banyak berjasa dari segi memperjuangkan kemerdekaan, membangunkan ekonomi negara secara industri pertanian secara besar-besaran (FELDA dan DEB sebagai contoh). UMNO (Baru) telah membawa negara kearah kemodenan melalui program penswastaan dan dasar2 berkaitan industi berat dan teknologi (Proton, HICOM, pembangunan infrastruktur dan pelaburan dalam sektor pendidikan). 1997 merupakan pergolakkan perebutan kuasa sekali lagi kali ini diantara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. Banyak tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar terhadap Dr Mahathir (kronisma, nepotisma dan salah guna kuasa) ternyata juga melibatkan diri Anwar sendiri. Malah boleh dikatakan pepatah "Kata dulang paku serepih, kata orang dia yang lebih!" boleh digunakan terhadap Anwar. Elemen tamak haloba orang Melayu dimasa itu amat menjadi-jadi - tak kira samada dikem Dr Mahathir atau Anwar! Disitulah kiranya orang Melayu biasa mula sangsi dengan ahli UMNO! Orang UMNO terkenal dengan pentingkan diri sendiri dan tidak segan-segan menggunakan rakyat biasa untuk mengaut kekayaan. Disitu jugalah tertanam benih benci kepada UMNO!
ii) PAS - Parti yang tertubuh kerana perselisihan 'orang agama' dengan kepimpinan dalam UMNO dan menjadi Agama Islam dan pemerintahan secara Islam sebagai tunggak perjuangan. Parti ini adalah parti kesayangan orang Melayu (mengaku atau tidak bukanlah penting) kerana sentimen agama yang ada pada setiap orang Melayu beragama Islam namun secara amnya parti ini dianggap tidak mampu memerintah kerana kurang arif dalam hal-hal keduniaan (sekurang-kurangnya hingga tahun 1969). Pernah menyertai BN untuk bersama UMNO selepas rusuhan kaum Mei 1969 atas dasar perpaduan orang Melayu dan agama Islam. Kontroversi 'penyingkiran PAS dari BN pada tahun 70an berputik dari ketidak puasan dalaman PAS sendiri walau pun ada tuduhan itu adalah mainan politik UMNO untuk merampas Kelatan.
PAS menjadi lebih popular setelah bergabung dengan Semangat 46 pada tahun2 ahkir 80an-awal 90an dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan bertambah sokongan apabila bersama PKR semasa krisis Anwar Ibrahim sehingga sekarang. Malangnya sejak 2008 apabila Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU12, hala tuju dan matlamat PAS nampak sangat berubah kerana terlalu mengikut telunjuk DAP terutamanya dalam hal prinsip2 perjuangan asal PAS berkaitan agama Islam. Kebergantungan PAS kepada PKR dalam hal2 sumber kewangan dilihat menjejaskan beberapa peluang untuk mengambil keputusan sendiri kerana dikawal oleh Anwar (contohnya kerajaan perpaduan PAS-UMNO diPerak selepas PRU12).
PAS kelihatan tidak mampu untuk mengenengahkan calon2 berwibawa untuk menjadi anggota kabinet nanti. Alangkan untuk menjadi Ketua Pembangkang ketika PAS menguasai kerusi pembangkang diParlimen satu ketika dahulu pun tidak mampu. Itu adalah satu kelemahan yang ketara yang tidak boleh dipandang remeh.
iii) PKR - Tertubuh kerana ingin membebaskan Anwar dari Penjara
Teraju utama Parti ini adalah ahli keluarga dan kawan2 Anwar Ibrahim yang kemudiannya disertai oleh mereka2 yang hilang pengaruh dalam UMNO, MCA dan MIC serta rakyat biasa (orang Melayu terutamanya) yang selama ini tidak setuju dengan UMNO atau pun PAS. Dengan daya tarikan dan populariti Anwar, PKR menjadi penghubung diantara DAP dan PAS yang semuanya bermatlamat untuk mengambil alih pemerintahan Malaysia ( PAS ingin menggantikan UMNO dan DAP ingin mengambil kuasa dari orang Melayu). PKR (Anwar) sendiri ingin menjadi Perdana Menteri! Pakatan Rakyat adalah pengumpulan parti2 politik yang ada dendam dengan UMNO (BN).
Natijah dari semua ini adalah orang Melayu secara kasarnya terbahagi kepada 3 kumpulan dengan agihan (anggaran) penyokong UMNO (40%) PAS (30%) PKR (20%) - bakinya adalah mereka yang diatas pagar! Secara statistiknya, kelihatan orang Melayu terbahagi dua iaitu 50:50 (jika kita anggap semua yang diatas pagar akan menyokong UMNO akhirnya). Hakikat sebenarnya ialah penentu kuasa pemerintahan Malaysia pada PRU13 nanti berada ditangan bukan Melayu iaitu Cina (25%) dan India (10%). Kalau kita kira selangkah lagi, bayangannya ialah UMNO akan dikalahkan oleh gabungan PAS, PKR dan DAP dengan pembahagian UMNO/BN (39+10 (India)=49%) dan PAKATAN (26+25=51%). Angin2 tinjauan diperingkat rakyat biasa akan mendapati bahawa hampir 99% orang Cina menyokong pembangkang DAP/PR dan harusnya tidak semua orang India akan menyokong UMNO/BN! Begitu juga tidak semua orang Melayu diatas pagar akan menyokong UMNO. Dengan percaturan demikian, tidak salah jika kita simpulkan bahawa majoriti 2/3 untuk UMNO/BN tidak akan berlaku dan pada senario paling buruk, UMNO/BN akan kalah dalam PRU13 nanti.
Yang perlu kita lihat sekarang ialah kesan kepada kekalahan UMNO/BN kepada orang Melayu umumnya. Elok kita nilai dari sudut penyokong parti dahulu dan kemudian kita nilai secara umum untuk orang Melayu amnya.
i) Ahli UMNO - Ahli biasa akan meneruskan hidup mereka tetapi mungkin akan merasa sedikit gelabah kerana tiada lagi tempat untuk mengharap sesuatu pertolongan kerana pemimpin mereka sudah tiada kuasa.
Kepimpinan UMNO akan merasa sedikit terganggu dalam ikhtiar mereka mengumpul harta serta kehilangan pengaruh dikalangan rakyat dan ahli parti. Namun secara amnya, mereka boleh membawa diri kerana sudah ada 'bekalan'. Ahli2 perniagaan bukan Melayu akan meninggalkan mereka ini kerana sudah tidak ada nilai bagi tujuan mendapatkan projek atau seumpamanya.
ii) Ahli PAS - Ahli PAS akan merasa bangga kerana berjaya menjatuhkan UMNO yang dianggap mereka 'tidak Islamik' kalau pun bukan 'Kafir' seperti yang dilabel oleh pimpinan mereka. Mereka akan bersorak riang kerana setelah sekian lama 'dendam' mereka akhirnya menjadi - Musuh mereka sudah kalah. Dari segi kehidupan, mereka ini juga tidak akan dapat banyak peningkatan dalam masa terdekat namun habuan untuk anak cucu mereka harus berkurangan kerana pemerintah bukan lagi orang Melayu beragama Islam!
Kepimpinan PAS juga akan merasa bangga kerana berjaya mengalahkan musuh mereka tetapi jauh didalam lubuk hati mereka akan menanggung beban dan sengsara sebagai pemimpin yang rata2nya mereka tidak bersedia untuk memerintah 'dunia'. Mereka juga akan berhadapan dengan 'serangan' yang lebih hebat dari rakan2 bukan Islam dalam Pakatan Rakyat yang memang menunggu peluang untuk memerintah negara ini.
iii) Ahli PKR - Mereka juga seperi ahli PAS, gembira dapat kemenangan dengan UMNO/BN. Beberapa pemimpin Melayu mereka akan mendapat tempat dan sifat mereka adalah sama seperti pemimpin UMNO dahulu kerana kebanyakan pemimpin PKR adalah bekas ahli UMNO juga satu masa dulu. Perhatikanlah secara kepimpinan PKR dinegeri2 yang mereka kuasai atau ada peranan dalam pemerintahan. Mereka ini juga akan mencari peluang2 peribadi seperti mana2 juga pemimpin yang dibuai bayu kuasa.
iv) Orang Melayu umumnya mungkin tidak akan merasa perubahan secara drastik dalam tahun2 awal kekalahan UMNO/BN. Namun kerana Pakatan Rakyat kurang bersedia untuk memerintah secara berkumpulan harus pihak DAPlah yang akan menguasai banyak dari portfolio penting dalam kerajaan Malaysia samaada sebagai menteri atau pun Ketua setiausaha Kementerian. Secara halusnya Malaysia akan berubah dari negara Tanah Melayu kepada negara moden dan liberal yang akan mengetepikan budaya dan unsur2 bangsa Melayu (lihat Singapura dan Pulau Pinang sekarang). Sedikit demi sedikit, elemen2 penting orang Melayu seperti Agama Islam, adat istiadat dan raja-raja Melayu akan dikeluarkan dari Perlembagaan Malaysia kerana perkara tersebut sudah lapuk dan tidak relevan dalam dunia yang mementingkan hak asasi manusia serta kesaksamaan sejagat. Perkara itu semua akan dibuat melalui Parlimen yang menggunakan demokrasi sebagai asas dan orang2 Melayu sendiri (atau pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat) akan menyetujuinya - mahu atau tidak, percaya atau tidak - itu adalah satu kemungkinan yang amat besar yang boleh berlaku dalam masa 5 tahun selepas PRU13.
APA PILIHAN KITA?
i) Beri kata dua kepada UMNO - ubah pemimpin2 kamu yang tidak mesra rakyat dan tamak untuk diri sendiri semata-mata. Walau pun tidak semua tetapi kebanyakkan pemimpin UMNO terutamanya diperingkat kawasan berperangai demikian. Beri peluang untuk orang Melayu mengubah struktur UMNO yang pro-kroni kepada pro-rakyat dengan bertindak lebih telus dalam hal agihan kekayaan negara! Jika ini boleh dilakukan maka tiada alasan bagi orang Melayu tidak menyokong UMNO sekali lagi.
ii) Beri nasihat kepada PAS - jika kamu serius untuk menggantikan UMNO sila keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sendiri! Letak calon disemua kawasan majoriti Melayu dan cabar UMNO 1 lawan 1 tetapi tolonglah ketepikan orang2 yang berlakon warak tetapi bersifat syaitan dari menjadi calon. Jangan menipu diri dan rakyat bahawa kamu tidak ada dosa dan tidak akan berbuat noda atau honar! Sila kemukakan calon2 yang mampu memerintah negara - tidak mestinya genius tapi tolonglah jangan beri calon2 yang lebih bodoh dari kami!
iii) PKR - tidak harus disokong kerana mementingkan individu dan kroni sahaja. Kamu jangan gadaikan agama dan bangsa kepada orang lain! Bubarkan saja parti ini dan sertai PAS atau UMNO!
iv) Yang paling baik untuk orang Melayu Islam di Malaysia - silalah UMNO dan PAS bergabung dalam Kerajaan Perpaduan dimana salah silap boleh ditegur dan kekuatan orang Melayu dan agama Islam boleh dikekalkan. Hentikan perbalahan, dendam dan benci serta sifat penting diri demi agama, bangsa dan negara. Itu harapan kami, rakyat biasa!
Ingatlah pepatah " Bersatu teguh, bercerai roboh! "
Kenalilah siapa musuh dan siapa saudara kita sebenarnya - jangan sudah terantuk baru nak mengadah. Tiada gunanya kita menyesal selepas nasi sudah menjadi bubur!
Nota Khas Untuk DAP!
Jika kamu sentuh, ganggu atau cuba untuk merubah lanskap Tanah Melayu kepada lanskap ala Singapura maka tunggulah AMUKAN orang Melayu! Janganlah kamu bermuka-muka kerana kami tahu niat kamu sebenarnya. Kalau kamu ingin berkuasa diTanah Melayu hanya ada satu cara - peluklah agama Islam! Dengan itu kita boleh bersaudara! Kami sekali-kali tidak akan memaafkan Komunis Malaya dan kami tidak akan benarkan fahaman 'chauvanis' atau komunis bertapak dibumi bertuah ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment