Tuesday, August 14, 2012

Dr Maszlee dan kafir harbi

Lim (GE) mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya. 

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah. 

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan. 

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini. 

'Tak mungkin pujuk non-Muslim terima hudud' 

Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan pemimpin BN. 

"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju. 

"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya. 


Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan. 

"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya. 

Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan "persepsi palsu" yang didakwanya dibentuk oleh BN. 

Lim juga menafikan dakwaan DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan. 
"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya. 


Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno 

Menurut ahli parlimen Bagan itu, DAP dan PAS sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan". 

Dr Maszlee Malik (2)Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah. 

Sementara itu, pensyarah Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik berkata, berdasarkan tinjauannya, ramai aktivis Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) "lebih selesa" dengan DAP berbanding Umno. 

Beliau membangkitkan beberapa isu sebelum ini berkaitan Islam antaranya menukar cuti hari Jumaat kepada Ahad di beberapa negeri, meroboh surau dan isu memecat mufti. 

"Adakah DAP Pulau Pinang yang buat? Siapa yang anti-Islam?" soal Dr Maszlee yang diiringi jawapan "Umno" dari kira-kira 150 hadirin. 

"Ini persepsi.... Persepsi selalu bersalahan dengan fakta. (Jadi) lihat fakta," katanya. 

Di samping itu, Dr Maslee juga berkata beliau pelik, mengapa MCA tidak dikatakan sebagai anti-Islam sedangkan pemimpinnya didakwa menghina hudud, haji dan wanita bersalaman dengan lelaki.




Saya petik kenyataan diatas dari laman Tranungkite Online. Nampaknya Dr Maszlee Malik benar2 percaya bahawa DAP bukanlah musuh kepada orang Islam. Kononnya ramai orang ABIM dan JIM 'lebih selesa' dengan DAP dari UMNO!

Dr Maszlee juga kata UMNO anti-Islam. 

MasyaAllah, ada kelulusan kedoktoran tetapi malangnya kefahamannya tentang permasalahan yang sedang dihadapi orang Melayu Islam di Malaysia dianggapnya mainan politik semata-mata. 

Dia tak tengok ker ke selatan semenanjung, saudara2 kita diseberang Tambak Johor? Apa sudah jadi dengan orang Melayu penduduk asal Temasek - dulunya penduduk majoriti kini sudah jadi kaum minoriti. 

Bukankah DAP itu saudara bongsu PAP, parti yang memerintah pulau Singa sejak ianya merdeka? Berbeza sangatkah DAP dari PAP? Atau DAP hanya perlu ikut 'blueprint' yang terbukti berjaya di negara pulau itu?

Dr Maszlee kata kafir harbi hanya terpakai ketika dalam senario peperangan. Kita sekarang aman damai maka tiada kafir harbi. Tak sangka saya seorang doktor falsafah boleh jadi begitu naif. Sifat naif ini jugalah yang membawa Bosnia ke kancah peperangan yang tidak diundang lantaran program penghapusan etnik yang dilancarkan oleh tentera Serbia. Ketika itu Bosnia mengumumkan hasratnya  menjadi negara Islam dibumi Europa dengan kepercayaan bahawa peradaban dan tamadun Barat akan mempertahankan hak mereka untuk hidup aman dan 'islamik'! Kita semua tahu betapa pilunya keadaan Muslim Bosnia dibunuh, dirogol, diseksa dan dihalau keluar dari kampung halaman mereka. Semuanya berlaku dibumi Europa, tempat demokrasi unggul didunia.

Betulkah DAP tidak anti-islam? Bagaimana dengan anti-Melayu - pun tidak juga, mungkin Dr Maszlee akan berkata. Oh, jadi gerai2 Melayu  (ada yang sudah 20tahun berniaga) yang dirobohkan diPulau Pinang sebaik sahaja DAP memerintah tu semuanya terjadi dengan sendirilah! MPPP dan MPSP hanya tiba2 terjaga dari tidur mereka untuk mencari dan memusnahkan gerai2 orang Melayu, begitu? Peliknya, gerai2 Cina diGeorgetown yang menganggu lalulintas disana sini dibiarkan kerana mereka mencari rezeki - itu yang dinamakan mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan!

Ha,ha... pandaila..LGE ni buat lawak... (sambil pisau cemetinya memotong satu lagi tali rezeki orang Melayu)... sambil disambut gembira oleh orang2 macam Dr Maszlee dan beberapa lagi orang Melayu yang benci dengan UMNO

Sejak bila dan dimana dapat kita dengar bahawa 

i) sambutan Maulud tidak perlu dibuat
ii) Bacaan tarhim sebelum subuh mengganggu orang nak tidur
iii) projek berkaitan masjid dan sekolah agama tidak dijalankan walaupun ada peruntukkan.
iv) Dasar DEB dihapuskan
v) Pasar ramadzan yang sebelum ini saban tahun dijalankan dianggap mengganggu lalulintas
v) AJK masjid mesti ikut undian
vi) harga rumah mencecah jutaan ringgit tetapi rumah kos rendah tidak dibina
vii) tanah pajakan boleh dijual menjadi milik kekal
viii) kampung Melayu lenyap satu per satu 

dan beberapa perkara pelik lagi...

jawapnya .... di PULAU PINANG.... dimana DAP memerintah dan orang Melayu jadi orang terpinggir dibumi sendiri.

Dr Maszlee mahu kita percaya bahawa masa depan orang Melayu dan Islam akan terbela jika pun DAP memerintah Malaysia ... seperti yang berlaku di Singapura oleh PAP - orang Melayu ok apa disana! Pergilah tanya mereka....

Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diterajui DAP akan memastikan bahawa

i) anak2 Melayu akan tetap mendapat biasiswa untuk sambung pengajian mereka
ii) tempat pengajian di IPTA akan tetap diberi kepada anak2 Melayu
iii) peniaga2 Melayu akan mudah mendapat pinjaman untuk meneruskan perniagaan mereka
iv) tanah milik orang Melayu tidak akan hilang hanya kerana keperluan pembangunan
v) sekolah2 agama rakyat akan tetap mendapat peruntukan untuk meneruskan operasi mereka
vi) orang Melayu akan terus menjadi kaum majoriti dinegara ini kerana DAP tidak akan mengimpot orang asing untuk menjadi rakyat Malaysia secara percuma
vii) agama Islam akan tetap mendapat tempat teratas sebagai agama rasmi persekutuan
viii) bahasa Melayu tidak akan diganti dengan bahasa Inggeris untuk urusan rasmi kerajaan

dan banyak lagi perkara2 yang akan kekal untuk orang Melayu jika DAP kafir harbi ini memerintah Malaysia.

Kalau anda boleh percaya semua itu anda pasti boleh jadi seorang Doktor macam Dr Maszlee!!








No comments: