Wednesday, January 2, 2013

99 hari lagi... tukar kerajaan persekutuan?

Hari ini rata-rata blog2 yang menyokong PR mula melaungkan bahawa hanya tinggal 99 hari lagi sebelum kerajaan Persekutuan Malaysia akan bertukar. Ini adalah kerana tempoh 5 tahun sebelum Pilihanraya Umum diadakan mengikut perlembagaan sudah hampir tamat.

Yang paling berseronok jika kerajaan BN betul2 jatuh ialah Cina cauvanis DAP dan konco2 mereka - ini termasuklah Melayu dari PKR yang menyembah DSAI serta Melayu PAS yang dengki dengan Melayu UMNO. Yang akan menentukan menang atau kalah BN adalah rakyat Malaysia yang layak dan sudah mendaftar untuk mengundi. Yang layak tetapi tidak mendaftar untuk mengundi hanya boleh duduk dan lihat dari luar gelanggang.



Hampir pasti semua pengundi Cina akan memberi sokong padu kepada agenda cauvanis Cina kerana inilah peluang keemasan mereka kerana sekarang adalah titik sejarah dimana orang Melayu berada dikedudukan paling lemah sejak Tanah Melayu dijajah oleh Portugis. Selama ini keistimewaan yang dikecapi oleh rata2 orang Melayu adalah dari dasar 'protectionism' yang direka oleh British. Kini atas pelbagai sebab dari rasa bangga diri, perasan bijak, malu ditolong atau semata-mata rasa cemburu dengan pihak lain, ada kalangan orang Melayu sendiri yang ingin dan sudah membantu merungkai tali yang memelihara kepentingan Melayu di tanah air sendiri.

Pengikut dan pemimpin PAS totok seperti TGNA, sudah dapat merasakan 'darah' UMNO yang ingin mereka tumpahkan atas nama agama. Kebencian yang dipupuk puluhan tahun kini sedang mekar membuahkan hasil. Ramai anak2 Melayu terutama yang dari jurusan pendidikan agama yang diajar membenci 'Firaun' Mahathir dan partai Melayu UMNO kini sudah besar panjang, muda dan kuat. Mereka ini melihat orang UMNO lebih kafir dari Cina DAP. Justifikasi untuk menjatuhkan UMNO adalah sebesar kelingking sahaja namun ianya sudah cukup besar dijanjikan syurga Allah oleh Nik Aziz.

Sayangnya, yang akan memerintah Malaysia bagi pihak PR adalah DAP dan bukannya PAS dan dari kalangan PKR pula adalah orang2 Melayu yang tidak berapa minat dengan Islam pun kerana mereka liberal - boleh Gay, Lesbian, Biseksual dan Tranvestite (Darai) - hak asasi manusialah kononnya!

Oleh itu, buat orang2 Melayu sekalian bersedialah anda semua untuk menerima habuan dari pemerintah baru yang akan memastikan perkara2 berikut:

i) tiada lagi keistimewaan anda Melayu dibumi Malaysia
ii) tiada lagi MRSM, SMS, SBP, IKBN, ILP, Politeknik
iii) Menteri agama tidak lagi peduli pasal Tabung Haji sebab banyak lagi agama lain yang perlu tabung sendiri
iv) Agama tidak semesti Islam sahaja yang rasmi
v) Kemasukan ke IPTA kembali kezaman UM pada tahun 60'an - Melayu jangan haraplah nak masuk!
vi) perkhidmatan awam bukan lagi dikuasai orang Melayu
v) tiada peruntukan untuk Masjid dan surau kerana kerajaan tidak bias kepada mana2 agama
vi) Urusan Haji adalah tanggung jawab sendiri bukan kerajaan lagi - takkan Guan Eng nak jumpa Menteri Haji Saudi untuk tambah kouta??
vii) Perumahan rakyat adalah slogan sahaja sebab dibandar semua kos rumah ikut pasaran (berapa banyak pemaju Melayu sekarang ini pun?)




Sebenarnya banyak lagi yang akan mereka lakukan demi kemajuan negara - dan dunia tidak akan salahkan mereka seperti dunia tidak pernah salahkan Israel mengenai Palestine. Siapa yang akan kita salahkan nanti - elok2 kita sendiri yang pegang (walaupun ada kelemahan dan kesilapan) - nanti bila dah serah pada orang (musuh kita pulak tu) kita nak pohon dan rayu keadilan dan ehsan dari mereka kah?? Tak usahlah bermimpi disiang hari - sampai kiamat pun tidak akan mereka layan kita macam kita layan mereka.

Memang pada 21 Disember 2012 yang lalu, dunia tidak berakhir tetapi bagi orang Melayu Malaysia - PRU13 akan menjadi permulaan kepada agenda Cina cauvanis seperti apa yang telah terjadi kepada orang Melayu Singapura - JIKA mereka menang!



Tepuk dada dan tanyalah selera - kita yang menentukan nasib kita sendiri - janganlah disalahkan orang lain waima Dato Nik Aziz sendiri kerana dia nyanyuk dan penuh kebencian, kenapa kita nak kena ikut dia pula? Dia pasti bukan Nabi dan dia bukan Tuhan - macam mana dia boleh janji syurga dan ugut kita dengan neraka hanya kerana kita nak selamatkan diri, anak dan cucu kita dari ditindas oleh orang Kafir? Mahu sangatkah kita jadi seperti Muslim Bosnia, Rohingnya dan Palestine - merintih dan terseksa dinegara sendiri?


No comments: