Friday, July 17, 2009

Register TECH

cy6wvr59md

Teoh Beng Hock - Siapa terlibat?

Kematian seorang anak muda tidak akan mudah diterima oleh keluarga maupun rakyat biasa. Mungkinkah Teoh membunuh diri selepas disoal siasat oleh SPRM? Saya fikir tidak kerana dia ada masa depan, dia akan mendaftar nikahnya dengan Cik Sue Sue Quay, kekasihnya, dia ada dokumen untuk ditunjukkan kepada SPRM.

Mungkinkah Teoh terjatuh? Ini pun bukan sesuatu yang masuk akal kerana dari bangunan tinggi bagaimana dia mungkin jatuh sekiranya dia di dalam bangunan? Bukannya dia bermain ditepi tangga atau apa!

Kemudian ada kemungkinan ketiga iaitu Teoh sengaja ditolak keluar dari bangunan tinggi. Rasanya penjelasan ini lebih munasabah tetapi timbul pula persoalan siapa yang akan untung jika Teoh mati? Tentunya orang yang tidak senang dengan apa yang mungkin Teoh dedahkan kepada SPRM - logik bukan?

Rasanya cemuh demi cemuhan keatas SPRM mengenai cara soal jawab yang mereka lakukan tidaklah berpadanan sehingga menuduh SPRM petualang kematian Teoh. SPRM mungkin secara tidak sengaja menjadi 'penyebab' kematian Teoh - ada orang takut? marah? dengan 'pendedahan' dari Teoh!

Kemudian mari kita bicara pula kenapa kalaulah SPRM yang 'bunuh' Teoh, mengapa mayatnya dicampak diluar bangunan SPRM - itu bodoh namanya. Ya lah, kalau pun nak kata SPRM ganas, kasar dan sebagainya, rasanya SPRM tidaklah sebodoh itu. Buat apa mereka menarik perhatian kepada kerja buat mereka seperti yang disindir oleh orang PKR. Rasanya, lebih munasabah ada orang yang nak 'kenakan' SPRM - bubuh taik dihalaman rumah SPRM!

Kalau kita renung2 ini mungkin kerja buat Triad yang fed-up dengan orang2 yang lurus bendul seperi Teoh Beng Hock. Walau apa pun takziah kepada keluarga Teoh dan bekas bakal isteri beliau!