Tuesday, August 30, 2011

Mat Sabu dan penyokongnya adalah penyokong Komunis!!

Ingin jual Bangsa , Agama dan Negara kepada DAP


Mat Sabu mungkin mengaji tak habis di ITM tapi pasal kelentong dan cari pasal dia memang pandai! Tahniah kepada Mat Sabu kerana berjaya pula menarik perhatian ramai (yang buta hati dan buta perut) kepada sejarah perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Kalaulah Muhamad Indera dan Abdullah CD yang bersekongkol dengan Cina Komunis itu dianggap pejuang bangsa maka dengan hujah yang sama Mat Sabu, Haji Hadi dan Nik Aziz juga adalah pejuang bangsa kerana bersekongkol dengan DAP (juga komunis!)

Dan sebenarnya itulah matlamat Mat Sabu pun, ingin dijulang sebagai pejuang bangsa dan ramai yang nak bagi dia gelaran itu. Sama seperti mereka dahulu yang anggap Abdullah CD dan Rashid Maidin sebagai pejuang bangsa. Hakikat bahawa rakan seperjuangan mereka adalah komunis secara mudah diketepikan kerana matlamat menghalalkan cara!

Komunis dahulu dan DAP sekarang ingin mengambil tampuk pemerintahan di Malaya / Malaysia - jika ada orang Melayu yang bingai otak yang ingin membantu mereka tentulah mereka terima dengan tangan dan hati terbuka - asalkan Melayu-Melayu tersebut ikut cakap dan perintah mereka (Komunis / DAP).

Itulah yang sedang berlaku dengan PAS! Andaikata hanya PAS yang menentang UMNO kononnya untuk menegakkan permerintahan Islam, subuh subuh lagi majoriti orang Melayu akan memberi kuasa kepada PAS (jika dinilai kepincangan yang ada didalam UMNO selama ini!). Namun, kerana PAS sudah jual maruah, agama dan nilai diri kepada DAP seperti mana Rashid Maidin dan Abdullah CD jual diri, agama dan tanah air mereka kepada Chin Peng maka insyaAllah sampai kiamat pun PAS tidak akan memerintah Tanah Melayu! Kerana apa - kerana hati perut mereka busuk dan jiwa mereka songsang, kerana pejuang mereka bukanlah untuk agama Islam sebenarnya, kerana mereka hanya ingin menjatuhkan UMNO! Biar bagi negara ini kepada Komunis ka Sosialis ka DAP ka - asalkan jangan bagi UMNO memerintah lagi. PAS jadi barua, anjing dan suruhan DAP pun tak apa. Biar puas hati! Itulah perjuangan PAS sebenarnya!

Ingin tengok UMNO jatuh saja - serah kuasa kepada DAP

Negara Kebajikan yang dijaja oleh PAS sekarang modalnya diberi oleh Pakatan Rakyat (Bukan Melayu) yang dicipta oleh DAP. Negara Kebajikan adalah satu langkah lagi dari Negara Komunis! Boleh fikirkah kita bahawa dari Negara Islam tup, tup boleh pindah ke Negara Kebajikan. Tunggulah DAP memerintah dalam sekelip mata saja akan jadi Negara Komunis (ala Lee Kuan Yew).

Kalau tak percaya pergilah tengok Singapura betapa orang Melayu dan orang Islam disana amat maju , senang lenang dan 'berjaya'! (ha,ha,ha!) Kalau nak tengok apa akan jadi kepada Malaysia apabila DAP memerintah Putrajaya, mai la tengok Pulau Pinang! Di Pulau Pinang adalah gambaran awal untuk semua umat Melayu dan Islam di Malaysia! Cuba tanya orang PAS di Pulau Pinang, mereka OK saja, mereka gembira - ha, ha, ha!

Haaaa... Apa boleh buat, kalau orang Melayu dah bingai sangat untuk menyokong kebodohan, keangkuhan dan kebiadapan Mat Sabu dan penyokongnya - sama-sama lah kita tunggu bencana dari Allah. Kita yang pilih pemimpin kita maka kita tanggunglah akibat keputusan kita itu. Kita memang akan menang sorak apabila UMNO gagal mempertahankan teraju negara pada PRU13 nanti. Malangnya, kampung halaman kita negara yang kita ada satu saja ini akan jatuh ketangan Kafir Laknat seperti mana dinegara jiran kita - calon Presiden mereka seorang Melayu pun tak ada sebab semua Melayu disana bodoh, miskin dan tidak layak!

Bakal Presiden Malaysia

Dinegara ini pun satu hari nanti, terima kasih kepada Mat Sabu dan PAS, orang Melayu pun tidak akan layak jadi Presiden juga - nak azan dimasjid pun kena perlahan-lahan saja sebab kita tak mahu ganggu perasan dan hak asasi orang Kafir. (hu,hu...)

Saturday, August 13, 2011

Hari ini larangan pasal Quran, esok azan pulak!



Kian hari kian terserlah apa akan jadi kepada orang Islam di Pulau Pinang, waima orang Islam di Malaysia jika DAP memerintah dengan dokongan PAS dan PKR. Hakikatnya sudah nampak terang lagi bersuluh di Singapura di bawah pemerintahan PAP, pokok asal dari mana tumbuhnya DAP. Nama saja berbeza tetapi dasar dan perjuangan mereka sama!

Inilah bahana bagi orang Melayu Islam yang terlalu bertolak ansur, terlalu 'accomodative' - diberi betis hendak paha, kera dihutan disusui, anak dibuaian mati kelaparan! Sikap tidak heran kepada orang Melayu dan segala yang berkaitan dengan Melayu adalah sikap yang diteladani oleh Namawee, Guan Eng, Kit Siang, Karpal, Ambiga, Teresa Kok, Eli Wong! Kini mereka disokong oleh Nik Aziz, Mat Sabu, Khalid Samad, Khalid Ibrahim dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya!

Bagi mereka-mereka yang sememangnya sudah 'malas' dengan Islam dan orang Islam, peluang yang dibawa oleh Pakatan Rakyat memberi nafas segar untuk menjalani kehidupan indah dunia yang liberal, humanist dan bebas - bebas untuk berpoya-poya, seks sesama jenis, hidup ala barat penuh dengan hak asasi manusia, kesama rataan dan pelbagai lagi ideologi yang acap kali bertentangan dengan syariat Islam.

Tapi bukan kah Pakatan Rakyat ada sebuah parti Islam bersama mereka? Ha, ha, ha - parti Islam kepala bapak mereka!!! Perjuangkan Islam konon - segala apa yang UMNO buat dulu semuanya salah, Haram malah dicap sebagai kafir  - kini perkara yang sama malah lebih teruk dari itu jika dibuat oleh PAS semuanya Halal dan betul! Apa saja DAP buat semuanya OK sebab semangat Pakatan Rakyat! Cina suka makan babi sehinggakan surat khabar STAR boleh pelawa orang Islam buka puasa dengan babi juga! Editor STAR ingat apa salahnya orang Islam dipelawa sedemikian sebab banyak sudah yang PAS halalkan setakat ini!



Hati ini sungguh sedih mengenangkan masa depan orang Melayu Islam diTanah Emas ini (Golden Chersonese). Tanah Melayu yang sekian lama dimiliki orang Melayu yang menjunjung agama Islam kini berdepan dengan hakisan hak diri, bahasa dan agama kerana kelemahan bercakaran sesama sendiri. Sungguh zalim para pemimpin yang bersekongkol dengan musuh Islam hanya kerana ingin mengalahkan saudara seagama! Kami tidak akan gusar jika PAS ingin menganti UMNO untuk menyelamatkan orang Melayu Islam dari terus diperalatkan oleh segelintir pemimpin UMNO yang fasik TETAPI apabila PAS bersungguh untuk menjatuhkan UMNO untuk diserahkan kepada DAP - masyaAllah, itu adalah pengkhianatan yang cukup besar. Hakikatnya pemimpin PAS juga fasik macam sesetengah pemimpin UMNO - mereka juga ada skandal seks, salah guna kuasa dan salah tadbir. Tetapi kerana mereka (PAS) mengaku orang Agama, maka bukan sedikit rakyat yang tertipu!



Kononnya, majlis fatwa Pulau Pinang tidak dipengaruhi oleh Kerajaan DAP tetapi siapa agaknya tiba teringat nak larang baca Quran sebelum subuh ni - orang Melayu kah, orang Islam kah? - Siapa? 52 tahun Malaysia merdeka tidak pernah satu nyawa pun pandai nak tegur perkara ini - loud speaker ni zaman sebelum merdeka dah ada dah - tidak ada pun sesiapa yang komplen?! Tiba-tiba sejak DAP memerintah, bacaan ayat suci al-Quran sudah tidak sedap didengar - sapa agaknya manusia laknat yang tergamak yang mula-mula komplen perkara ini? Sedih, sungguh sedih dan pedih!

Kalau pun sungguh ada tempat-tempat yang pegawai masjid terlalu ghairah dengan mainan loud speakernya buatlah teguran bukannya terus larang semua sekali! Yakinlah ada tangan-tangan tersembunyi dalam hal ini - sudah pasti mereka tidak akan mengaku! Lagi pun mereka (DAP) anggap semua orang Melayu bodoh pun!

Kita nantikan pula setakat mana kebiadaban musuh Islam akan terjadi dan kita nantikan juga apa rakan-rakan PAS mereka akan pertahankan kebiadaban itu. Allah Maha kuasa! Sama-samalah kita tunggu balasan dari Nya. Malangnya, apabila balasan Allah tiba, semua kan merasainya - yang berdosa atau pun tidak!