Monday, November 30, 2009

Lagu Warisan - wasiat untuk orang Melayu!

Antara perkara yang sangat dibenci oleh 'mereka' bukan Melayu mengenai BTN adalah lagu tema 'Warisan' yang dikumandangkan bagi mengingatkan orang Melayu tentang nasib mereka. Senikata lagu itu dikatakan bersifat perkauman.


Pelik - kerana 'mereka' menuduh orang Melayu perkauman kerana mengenang nasib bangsa di tanah air sendiri. 'Mereka' yang memperjuangkan budaya, sekolah dan bahasa ibunda mereka di tanah bukan asal bangsa mereka tidak pula dilabel sebagai perkauman. Inikah yang dikatakan keadilan? Yang kami buat itu salah tapi apa yang mereka buat tidak pula salah!


Kita yang sudah berkurun lama menapak menjunjung langit dibumi bertuah ini tidak boleh bercakap pun pasal mengekalkan hak kita. Tapi 'mereka' yang datang merempat kemudian menumpang dan kini menjadi tuan, masih melaung2kan kedunia luar mereka dipinggirkan, dianak-tiri, dizalimi!


Pelik sungguh - kalau mereka terpinggir masakan mereka lebih ramai kaya dan senang dari orang Melayu? Kalau mereka anak-tiri bagaimana mereka punya segala kemewahan, rumah dan kereta besar, syarikat bernilai jutaan ringgit? Kalau mereka dizalimi, mana boleh mereka kehulu hilir tanpa sekatan, bebas dengan kekayaan mereka? Mereka ada Datuk, ada menteri, ada sekolah ada universiti - mereka berpersatuan, berbudaya - makan, minum dan menari sesuka hati. Tokong dan rumah ibadat mereka lebih banyak dari bilangan mereka sendiri. Surau dan masjid kami yang payah dicari.


Namun, ada juga orang Melayu marah dengan bangsa sendiri kerana mengenang nasib diri. Keadilan kononnya mesti dicari - orang Melayu mesti memberi - LAGI???? Kami yang sudah hampir hilang segalanya masih disuruh mengadai pergi. Sudah kehabisan simpanan kami - yang tinggal hanyalah maruah diri - perlembangan negara pun sudah tidak bererti. Mereka mahu segala-galanya dan ada orang 'kita' yang rela bagi.


Kasihan diri kami - ada saudara pun saudara benci. Mula2 kafirkan sesama sendiri baru mudah untuk membenci. Yang peliknya, yang terang2 kafir disanjung dan disayangi. Khalifah Umar dikatakan peribadi. Sudah buta agaknya mereka itu. Kerana politik, mereka kejar bayang2 dan ludah muka sendiri. Satu hari mereka itu akan ketahui kesilapan ini hari. Sayang seribu kali sayang, pada masa itu semuanya tentu sudah terlewat sebab kuasa pun sudah ditangan orang.


Yang tinggal hanyalah memori sekumpulan manusia yang pernah wujud di tanah ini - Tanah Melayu. Di Sepanyol ada juga Alhamra untuk kenangan - akibat khianat sesama sendiri. Di bumi ini, mungkin kubur sesak kita pun satu hari akan dipindah buang. Akibat membenci sesama sendiri sehingga lupa siapa yang perlu dikasihi.


Benarlah kata lagu 'Warisan'! Jadi apa salahnya kita nyanyi lagu ini?

Pepatah Melayu 'Siapa makan cili, dia rasa pedas!' Mungkin ini 'mereka' rasa sangsi lagu kami.


" Kera dihutan disusui, anak dibuaian mati kehausan" - ingatan bagi orang Melayu yang tidak lagi suka mengaku bangsa mereka sendiri!



http://www.youtube.com/watch?v=WErVkXCwBTg


Warisan

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat

Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesamalah kita

Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya

Hasil mengalir ke tangan yang lain

Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam

Kan lenyap peristiwa semalam

Tertutuplah hati terkunci mati

Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa

Yang akan menentukan bangsa

Bersatulah hati bersama berbakti

Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa

Janganlah terlalai teruskan usaha

Melayu kan gagah di Nusantara (3x)

Wednesday, October 28, 2009

Saya hairanlah dengan sikap Nizar dan Nik Aziz!

Akhir2 ini kita tengok betapa kerasnya sikap TGNA bukan sahaja terhadap UMNO tetapi dengan ahli2 tertentu dalam PAS. Yang hairannya, TGNA amat lembut dengan orang2 Cina DAP dan Keadilan. Entah apa alasannya saya habis akal dah nak fikir. Yang saya faham, kita orang Islam harus berlemah lembut dengan orang Islam yang lain dan bersikap keras dengan orang2 kafir yang menentang kita. Pada pandangan kasar saya TGNA dah terbalik kot!

Si Nizar pula nampaknya amat ghairah dengan jawatan MBnya di Perak. Seronok agaknya dia menjadi boneka DAP Perak. Tak sedarkah dia bahawa Exco yang dia 'ketuai' adalah berwawasan chauvanis Cina - harus pula mereka itu anti-Islam dan anti-Melayu. Apa yang dilaungkan oleh DAP sebagai suara rakyat adalah semata-mata suara Cina chauvanis yang tidak puas2 dengan apa yang mereka sudah dapat. Pernahkah orang Melayu menghalang apa2 yang orang Cina mahu di Malaysia ini? Perniagaan, hartanah, kuil, kekeluargaan, pendidikan, persatuan dan bermacam-macam lagi hal waima kelab malam, rumah urut dan rumah judi pun mereka perolehi - nak apa lagi mereka itu? Sudah tentu mereka mahu kuasa - kalau boleh kuasa mutlak dan nampaknya Nizar adalah salah seorang pemudah bagi mereka!

Di Pulau Pinang KM DAP sudah pun mengambil penguasaan keatas tanah2 wakaf orang Islam. Saya hairan mengapa orang Melayu dan lebih2 lagi mereka2 yang dikatakan perjuang Islam diam membisu sejuta bahasa? Agaknya mereka itu semua sabar2 belaka sebab KM belum lagi ambil alih duit zakat, hal nikah kahwin, dan masjid dan surau! Subhanallah, begitu dayusnya rupanya orang Melayu ditanah sendiri - tak kiralah saya apa fahaman politik mereka tetapi apabila hal adat istiadat dan tambah2 pula hal agama pun sudah direbut oleh orang Kafir - yang tinggal hanyalah 'hukuman' dari Allah sahaja! Itu sajalah yang layak bagi orang2 Melayu itu! Saya dah lama curiga tentang berapa sebenarnya jumlah Melayu yang ingin keluar dari Islam - tentu ramai jugak sebab tak dengar apa2 bising pun apabila KM DAP ambil kuasa tanah wakaf diPulau Pinang!

Ahli2 PAS pun nampaknya merestui kerja buat KM DAP itu - mereka amat percaya kepadanya! Baguslah begitukan, lagi pun apakah ertinya pakatan kalau apa yang KM DAP buat mereka nak bantah! Lagi pun kalau orang Melayu Islam yang dapat tanah wakaf bukan tahu buat apa pun. Dapat kepada DAP, mereka boleh buat macam2 pembangunan untuk dikongsi dengan 1Malaysia!

SELAMAT JALAN ORANG MELAYU - ikutlah pesanan TGNA dan NIZAR!

Friday, September 18, 2009

Renungan Dihujung Ramadhan

Sekali lagi kita akan menyaksikan Ramadhan melabuhkan tirainya. Hampir sebulan kita berpuasa apa agaknya yang sudah berubah dalam diri kita? Matlamat puasa seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah "moga2 kamu bertaqwa!".

Kira2 seminggu lalu kita diberitakan tentang anak2 muda Melayu yang terus menerus berhibur dalam sebuah kelab malam sehingga ke siang hari. Ramai pulak tu! Nampaknya mereka itu ingin bersembunyi dari khalayak ramai kerana enggan/malas berpuasa dan juga ingin berhibur sepuas-puasnya.

Selepas Raya nanti kita akan menyaksikan pula kisah Kartika yang ingin menjalani hukuman sebat kerana mengikut katanya dia insaf dan ingin menjadi contoh kepada orang lain yang masih 'lupa' - contohnya pemuda-pemudi yang ditangkap polis dikelab malam (yang buka sampai siang tu!)

TG Dato Nik Aziz menyatakan dalam minggu yang baru berlalu bahawa UMNO akan pupus kerana memperjuangkan Melayu. Katanya perjuangan berasaskan bangsa tidak akan berjaya dan hanya perjuangan untuk agama yang mampu berjaya. Saya terima kata2nya itu dengan rasa yang kurang selesa. Soal perjuangan untuk agama itu saya tidak pertikaikan langsung. Memanglah sesiapa saja yang ikhlas mempertahankan agama Islam pasti diterima Allah tidak kira samaada dia berjaya atau pun gugur dalam kekalahan. Yang saya masih kurang senang ialah penafian tentang perjuangan mempertahankan bangsa Melayu di tanah air kita sendiri. Apakah yang salah sangat mengenai perkara itu? Bukankah kita sedang berdepan dengan fitnah besar dimana budaya dan cara hidup orang Melayu sejak kurun 14 lagi sedang diserang, dicemuh dan harus dihapuskan sedikit demi sedikit?

Saya sayangkan UMNO kerana jasanya dahulu tetapi saya lebih sayangkan Melayu sebenarnya. Pada masa yang sama saya tidak bencikan PAS tetapi saya sangsi apakah sebenarnya kemampuan PAS untuk menjamin masa depan orang Melayu dalam suasana Pakatan Rakyat yang terang2 dimonopoli oleh DAP? Saya sangsi dengan Keadilan kerana Ketua Umumnya amat disenangi oleh Yahudi dan Nasrani - bukankah ada firman Allah SWT yang menyatakan 'orang Yahudi dan Nasrani tidak akan ridha kepada kamu melainkan kamu mengikut cara mereka'? Saya tidak percaya langsung tentang 1Malaysia DAP kerana DAP jelas hanya memperjuangkan keunggulan bangsa Cina. Contoh kerja buat DAP dimasa hadapan boleh dilihat di Singapura melalui dasar2 PAP yang telah dipelopori oleh Lee Kwan Yew.

Walau apapun kepercayaan atau impian kita, hakikatnya PR13 bakal menyaksikan perubahan kerajaan diperingkat Persekutuan dimana mungkin DS Anwar akan menjadi Perdana Menteri dengan dua orang Timbalan Perdana Menteri - seorang Cina dan seorang lagi India - untuk membuktikan kepada dunia betapa adilnya Malaysia dimana tiga kaum utama diwakili diperingkat tertingggi Kerajaan. Maka akan memujilah negara2 barat kepada Malaysia yang sanggup mengadaikan kepentingan pihak yang lebih ramai (Melayu >65%) untuk menjaga kebahagian pihak yang sedikit (Cina 20% dan India 10%). Itulah 'Keadilan' dalam Pakatan Rakyat dan itulah juga agaknya yang diinginkan oleh sesetengah orang Melayu (dalam PAS dan Keadilan) di Malaysia. Yang saya tertanya-tanya di hati kecil saya ialah dimana pula kedudukan pemimpin2 PAS nanti - dan saya tidak dapat lari dari membuat telahan bahawa PAS akan jadi penonton dalam wayang yang ianya telah jadi Producer dan Director selama ini. Apabila anugerah Oscar diumumkan nanti, PAS hanya tumpang sorak sahaja kerana Oscar yang disediakan hanyalah 3 sahaja! Oleh kerana DS Anwar sudah dikira mewakili orang Melayu dan Islam maka PAS dikira 'extras' dan bolehlah berurusan dengan DS Anwar untuk apa2 perkara juga.

Saya tahu DS Anwar ada berjanji jika PR memerintah mereka tidak akan sentuh Artikel 153 dalam Perlembagaan yang memberi keistimewaan untuk orang Melayu. Terus terang saya nyatakan bahawa saya tidak boleh terima janji manis itu. Bukan apa, kalau pun DS Anwar tidak mahu mengubah apa2 dari Artikel 153 itu, siapa dikalangan orang Melayu sekarang ini atau dimasa hadapan boleh menjamin pihak DAP dan sekutu2 mereka tidak akan memansuhkan perkara 153 jika mereka ada kuasa kelak? Dalam pada mereka baru memerintah setahun pun mereka sudah bergerak untuk mempertikaikan perkara2 kecil (bagi mereka) seperti jualan arak, laungan azan dan hak beragama untuk kanak2.

Kalaulah orang2 Melayu masih dibuai mimpi indah yang ditabur ahli2 PR tidak kiralah samada Keadilan, DAP atau PAS maka saksikanlah satu hari nanti orang Melayu pasti merempat ditempat sendiri. Kalaulah orang2 UMNO masih tidak sedarkan diri bahawa parti UMNO bukan untuk mengaut keuntungan peribadi maka saksikanlah 'kematian' UMNO ditangan orang Melayu juga! Pada masa itu, padanlah muka kita semua - yang menangis tidak berlagu dan yang bersorak, kampung tergadai!

APA SARANAN SAYA? UMNO mesti kembali memperjuangkan survival orang Melayu tidak kira apa fahaman politik mereka dan bukan hanya memperjuangkan survival UMNO. PAS mesti menyedari bahawa musuh mereka adalah orang2 Kafir yang punya agenda sendiri dan UMNO hanyalah saudara yang berlainan fahaman politik dan bukannya Kafir - Zimmi atau Harbi!

Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis dan berpegang teguhlah kepada tali Allah!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI!

Tuesday, September 8, 2009

Perjuangan Tanpa Sempadan - Jahil atau Sesat?

Mungkin anda ada terbaca dalam blog Malaysia Today mengenai satu tulisan Haris Ibrahim "The Beautiful Malay" (Melayu yang cantik). Kononnya ini sebagai menyambut tulisan Marina Mahathir tentang "The Ugly Malay". (Melayu Hodoh). Saya percaya kedua dua penulis merujuk kepada sikap - yang satu semasa sessi dialog di Shah Alam bersama TS Khalid dan satu lagi mengenai apa yang Haris ceritakan dalam makalahnya.

Saya suntingkan dibawah petikan dari tulisan Haris itu. Jelas dari tulisannya Haris merasa bangga kerana ada orang Melayu yang sanggup menunjukkan kesetiakawanan dan kebersamaan (solidarity) dengan jawantakuasa Kuil seksyen 19. Mereka berkumpul di kuil dan sama2 hadir semasa upacara 'sembahan' dikuil tersebut.

Agaknya mereka (Melayu2 berkenaan) rasa itu adalah bukti betapa memahaminya dan tolerannya mereka dengan agama lain - bukan seperti Melayu2 'lama' yang orthodok - tak tahu bercampur dengan penganut agama lain. Ketika orang Islam lain berjemaah isya' dan terawih dimasjid dan surau, mereka2 itu bersama rakan2 mereka yang ada dikuil.

Saya tidaklah alim dalam hal2 agama tetapi saya yakin sebagai orang Islam kita ada sempadan yang mesti dituruti. Ada kala kita bergaul dan ada kala kita mengasingkan diri. Sama seperti dalam hal makan babi atau minum arak. Hanya kerana 'kawan2' kita makan babi atau minum arak kita sama sekali tidak dibenarkan meraikan mereka dengan ikut sama makan babi dan minum arak. Apatah lagi untuk ikut serta dalam majlis sembahan kuil - lakum dinukum wali ya din - kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami - surah Al Kafirun.

Kita tidak halang mereka dengan agama mereka tetapi kita juga tidak bersama mereka kerana agama mereka - melainkan kita sendiri juga sudah mahu mengikut agama mereka!

Pemikiran dan perbuatan yang terlalu liberal yang dilakukan oleh Melayu2 tersebut kalau dibiarkan akan merosakkan akidah terutamanya anak2 muda Melayu. Kita akui dan sedar bukan semua anak Melayu terdidik agamanya dengan mantap - soal siapa salah kita cerita dilain halaman - ditambah pula dengan liberalisma yang tiada sempadan itu akan menambah kepada luka yang sudah parah!

Pada saya, perlu dijelaskan kepada Melayu2 itu apa bezanya toleransi berbanding dengan menyokong agama lain. Apakah hukum halal haram dalam hubungan seorang muslim dengan yang bukan muslim? Apakah sempadan2 yang perlu kita jaga dalam kehidupan kita sehari hari?

Kalau mereka itu jahil maka mereka perlu dibimbing tetapi kalau mereka sesat mesti ada usaha untuk menunjukkan mereka jalan pulang. Kalau mereka tidak lagi minat dengan Islam dan ingin keluar darinya, gugurkan status Bumiputera / Melayu mereka - itu takrif Melayu dalam Perlembagaan Malaysia! (Berita kelmarin/basi : mana ada status Melayu atau Bumiputera lagi sekarang ini!! - tak rasa pelikkah saudara, sesuatu yang termaktub dalam Pelembangaan dengan mudah saja digugurkan tanpa pindaan di Parlimen?)

Nota: Di UAE (Emiriyah Arab Bersatu) di mana hampir 90% penduduknya dari kalangan orang India (50% Hindu 50% Muslim) anda tidak akan jumpa walau satu kuil pun - kecil atau besar! Orang2 India sudah berada di sana lebih 40 tahun - ada yang kaya raya, jutawan pun ada. Setiap 3 tahun mereka mesti mendapatkan permit pemastautin dari kerajaan UAE. Satu kuil pun tidak dibenarkan - orang India berlumba-lumba kesana mencari rezeki. Adakah mereka yang ke UAE itu tidak warak seperti saudara2 mereka di Malaysia? Mereka nampak 'happy' saja dan sedikit pun tidak marah kepada pemerintah UAE - kalau mereka tidak suka lagi tinggal di UAE mereka balik India!

Sekali sekala kita kena juga tengok dunia luar - soalannya, Jahat sangatkah orang Melayu Islam di Malaysia ini?


The Beautiful Malay

by Haris Ibrahim


On Thursday last week, I received the following e-mail from a Malay friend.


“We are very concerned about last week’s protest against the construction of a Hindu temple through cow heads. As individuals we are very disturbed by this and the implications it has on the unity of Malaysia. We are therefore inviting our Muslim friends and colleagues to join us in an attempt to show our solidarity to the Hindu community in Shah Alam and our refusal to allow these provocative and disgraceful acts to be done in the name of Islam. Please join us this Friday,the 4th of September, 8:30 pm in front of the De Palma Inn Hotel in Shah Alam where we will be picked up by someone from the temple to take us there”



To the temple in section 19, Shah Alam. The temple that was proposed to be re-located to section 23. The temple that sits in the eye of the controversy.

Jaya, Robert, Danny and I set out for the De Palma hotel on Friday evening. Dominic and Chin Huat were going to get there on their own.

We were all at the temple a little after 9pm.

Bearing flowers and fruit that Mas and friends had put together, we were greeted by temple committee members and welcomed into the temple even as prayers were going on.
Prayers were underway so we sat on the floor and joined the congregation.












As the prayers proceeded, temple committee member Selva and Shah Alam local councillor Uthayasoorian shared with us with us the problems that the devotees faced. The issue of relocating the temple has been hanging over their heads for almost two decades.

If special prayers to be held might draw a larger than usual crowd, a police permit must be sought.

Sunday, September 6, 2009

Nasib Melayu - Pucuk di cita!

Acap kali orang Melayu tertipu atau menipu diri sendiri. Kalau dizaman British dulu orang Melayu tidak sabar2 menanti kemasukan tentera Jepun kerana mereka percaya Jepun akan membawa kesenangan yang tidak terhingga berbanding penjajah British. Rupanya keluar mulut buaya masuk mulut harimau!

Meluat orang Melayu kepada pemerintahan Tun Mahathir meluap-luap sehingga insiden DS Anwar membawa orang Melayu kepada demonstrasi jalanan dan kesediaan berdepan dengan polis rusuhan. Apabila Tun Abdullah mengambil alih tampuk kerajaan barulah orang Melayu sedar perbezaan diantara dua pemimpin. Nasi sudah menjadi bubur!

Kini orang Melayu sekali lagi berdepan dengan rasa muak dan mual yang sama seperti sebelum ini tetapi kali ini terhadap parti UMNO. Mereka merasakan Pakatan Rakyatlah yang boleh memperbaiki keburukan2 yang timbul dari UMNO (Baru). Tinggal hanya 2 tahun lagi sebelum peralihan kuasa dari BN kepada PR dijangka berlaku oleh kebanyakkan orang - mungkin juga semua orang sudah yakin itu pasti berlaku. Persoalannya adakah orang Melayu sekali lagi akan mengeluh panjang dan mengadah seperti yang sebelum ini? Adakah sekali lagi orang Melayu akan 'jatuh dari periuk masuk dalam api'?

Mari kita tengok rentetan peristiwa2 yang sudah berlaku semenjak DS Anwar cuba mengambil tampuk pemerintahan dari Tun Mahathir:

i) Demonstrasi jalanan - pembangkang bersatu
ii) TG Dato Nik Aziz kata - kawan dengan syaitan jika perlu untuk jatuhkan UMNO
iii) Kumpulan Artikel 11 mula menyuarakan hak kebebasan beragama secara agresif
iv) IFC cuba dibentuk kononnya untuk persefahaman agama
v) HINDRAF buat tuntutan
vi) PR12 - PR menang 5 negeri
vii) Isu istilah ALLAH untuk semua agama
viii) Isu pelbagai bahasa untuk nama jalan melainkan Jawi
ix) Isu bunyi Azan perlu di kurangkan
x) Isu halalkan anak haram Beng Teong
xi) Isu rampasan arak dikembalikan
xii) Isu perpindahan Kuil seksyen 19 Shah Alam
xiii) Pasar ramadan Penang Road tidak dibenarkan

Jelas pada saya banyak isu2 yang timbul selepas PR12 itu adalah yang berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Sedar atau tidak itulah kesannya apabila kita terlalu bertolak ansur dan ingin menjaga hati semua pihak melainkan hati orang Melayu sendiri. Kemerdekaan selama 52 tahun yang dikecapi semua pihak telah berjalan aman dan sentosa kerana sebelum ini masing2 tahu kedudukan dan ruang lingkup masing2. Tidak pernah timbul isu ketidaksama-rataan, lokasi kuil atau tokong, laungan azan, jualan arak, pasar ramadan atau sebagainya. Orang Melayu tidak pernah menghalang pembangunan atau perkembangan bangsa lain di Malaysia. Dan bangsa2 lain juga tidak pernah ganggu gugat apa yang kebiasaan untuk orang Melayu.

Bukan semua orang Melayu taat dan patuh kepada agama Islam tetapi itu soal individu dengan Tuhannya. Bangsa lain tidak pernah komen, tegur atau beri pandangan sama sekali. Tetapi kini bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam pun akan cuba diselamatkan oleh aktivis2 hak kemanusiaan dari di'paksa' menganut agama Islam. Apakah itu bukankah menganggu adat resam, istiadat dan agama orang Melayu? Apakah itu bukan menceroboh keamanan dan ketenteraman orang Melayu?

Semua orang Melayu perlu sedar bahawa tiada guna kita mengalah dan menyerahkan sedikit demi sedikit hak dan cara hidup kita semata-mata untuk menjaga kerharmonian bangsa lain sementara kita sendiri kucar kacir, terlingkup dan akhirnya tergadai agama sendiri! Enough is enough! Ya, kita juga mahu keadilan, kebebasan, kesenangan dan kebahagiaan tetapi jangan sampai kita jual anak isteri malah ibu pertiwi kita kepada orang lain!

Apakah tidak cukup lagi memonopoli ekonomi kini mereka inginkan kesemuanya sekali? Jangan terlalu ghairah dan tamak. Orang tamak selalu rugi! Nak kaya kayalah kami tidak pernah halang, cemburu pun tidak. Tetapi jangan sampai kacau peribadi, agama dan keluarga kami!

52 tahun orang Melayu memerintah tidak pernah buat zalim kepada bangsa lain kerana kalau zalim masakan ada billionaire Cina dan India di Tanah Melayu. Kalau zalim mana boleh rumah tauke2 Cina sebesar kapal disana sini; kereta mewah perkara biasa; syarikat2 mereka maju di Bursa Malaysia. Tetapi tengoklah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, baru setahun memerintah sudah ingin dirongkai semuanya - kalau boleh malam ini juga.

Cuba kita fikir dalam2, siapa yang tidak toleran, tidak saling menghormati, tidak taat setia kepada raja dan negara, tidak tahu hidup rukun damai? Orang Melayu kah atau orang lain? Siapa yang mahu bersatu dan siapa pula yang inginkan kesemuanya - winner takes all?

Friday, July 17, 2009

Register TECH

cy6wvr59md

Teoh Beng Hock - Siapa terlibat?

Kematian seorang anak muda tidak akan mudah diterima oleh keluarga maupun rakyat biasa. Mungkinkah Teoh membunuh diri selepas disoal siasat oleh SPRM? Saya fikir tidak kerana dia ada masa depan, dia akan mendaftar nikahnya dengan Cik Sue Sue Quay, kekasihnya, dia ada dokumen untuk ditunjukkan kepada SPRM.

Mungkinkah Teoh terjatuh? Ini pun bukan sesuatu yang masuk akal kerana dari bangunan tinggi bagaimana dia mungkin jatuh sekiranya dia di dalam bangunan? Bukannya dia bermain ditepi tangga atau apa!

Kemudian ada kemungkinan ketiga iaitu Teoh sengaja ditolak keluar dari bangunan tinggi. Rasanya penjelasan ini lebih munasabah tetapi timbul pula persoalan siapa yang akan untung jika Teoh mati? Tentunya orang yang tidak senang dengan apa yang mungkin Teoh dedahkan kepada SPRM - logik bukan?

Rasanya cemuh demi cemuhan keatas SPRM mengenai cara soal jawab yang mereka lakukan tidaklah berpadanan sehingga menuduh SPRM petualang kematian Teoh. SPRM mungkin secara tidak sengaja menjadi 'penyebab' kematian Teoh - ada orang takut? marah? dengan 'pendedahan' dari Teoh!

Kemudian mari kita bicara pula kenapa kalaulah SPRM yang 'bunuh' Teoh, mengapa mayatnya dicampak diluar bangunan SPRM - itu bodoh namanya. Ya lah, kalau pun nak kata SPRM ganas, kasar dan sebagainya, rasanya SPRM tidaklah sebodoh itu. Buat apa mereka menarik perhatian kepada kerja buat mereka seperti yang disindir oleh orang PKR. Rasanya, lebih munasabah ada orang yang nak 'kenakan' SPRM - bubuh taik dihalaman rumah SPRM!

Kalau kita renung2 ini mungkin kerja buat Triad yang fed-up dengan orang2 yang lurus bendul seperi Teoh Beng Hock. Walau apa pun takziah kepada keluarga Teoh dan bekas bakal isteri beliau!

Friday, June 12, 2009

Kenapa ada yang tolak 'Kerajaan Perpaduan'?


Logiknya semua orang akan suka apabila ada pihak yang menganjurkan perpaduan. Tak kiralah sama ada perpaduan yang dimaksudkan itu adalah dikalangan adik beradik, jiran tetangga atau pun masyarakat. Apatah lagi jika perpaduan yang dibincangkan itu adalah diantara dua parti utama orang Melayu di Malaysia ini. Saya kira rata2 umat Melayu sudah bosan dan letih dengan retorik dan latahan pemimpin2 politik Melayu di Malaysia ini. Sementara ahli2 Yang Berhormat Melayu saling bertikam lidah, kutuk mengutuk, cabar mencabar sesama sendiri tanpa segan silu kepada rakyat maupun pemerhati asing luar maupun dalam negara - kaum lain berusaha memperkukuhkan kedudukan mereka samaada dari aspek ekonomi, pendidikan dan status sosial mereka.

Kita tidak boleh menafikan kejayaan Samy Vellu yang telah membawa keluar kaum India dari belenggu kemiskinan untuk menjadi kaum paling banyak berubah dalam tempoh amat singkat iaitu kurang dari 5 tahun. Kaum Cina tak perlulah kita hairan lagi - sudahlah mereka menguasai 90% ekonomi runcit di Malaysia, mereka juga sudah mendapat hak2 lain seperti tempat dalam MRSM, biasiswa JPA, bantuan tambahan untuk sekolah2 venakular mereka, tanah2 anugerah dan lain2 lagi.

Senario 'perpecahan' dikalangan umat Melayu Islam juga membuka ruang kepada agama lain dari Islam untuk memperhebatkan peluang mereka untuk berdakwah dikalangan anak2 Melayu walaupun secara sindiran atau tempiasan. 'Allah' kini bukan lagi hak eksklusif untuk orang Melayu beragama Islam. Kalau diikutkan pejuang2 Artikel 11, semua kanak2 di Malaysia dibawah umur 18 tidak boleh dipaksa oleh ibu-bapa mereka untuk mengikuti mana2 agama demi kebebasan kemanusiaan.

Yang menghairankan kita ialah ada pula golongan Melayu yang kononnya beragama Islam juga mendokong cita2 ini. Sekiranya undang2 'tidak paksa agama' ini terlaksana yang paling ramai yang akan menghadapi bahananya ialah orang Melayu Islam kerana kanak2 Melayulah yang paling ramai di Malaysia ini. Tapi nak kita kata apa - orang Melayu ini memang terkenal tak pandai Matematik - mereka tak berapa faham yang sebagai bangsa terbesar di Malaysia (70% ++) merekalah yang akan paling terkena kesan cadangan Artikel 11 itu. Agaknya mereka ingat 'aku sorang saja yang kena, bukan semua!' - dia congak2 70% tu lebih kurang sama saja dengan 30% - kira teruk2 buat apa? Terima sajalah cadangan itu!

Segala pemikiran kebebasan ini timbul selepas tahun 1997 ketika negara dilanda krisis dalam kepimpinan orang Melayu. Kaum lain yang menjadi 'king maker' (penentu) dalam senario politik pecah dan perintah ini mengalih sokongan mereka kepada segerombolan parti politik pembangkang yang bersatu (perpaduan tu!) untuk menjatuhkan sebuah lagi perpaduan parti2 politik.

Jelas perpaduan dapat merubah lanskap sosio-politik-budaya malah pemerintahan sesebuah negeri seperti yang kita lihat berlaku semasa PR12 yang lalu. Tidak heranlah jika ada pihak khuatir perpaduan juga boleh merubah pemerintahan negara ini. Bukankah pihak2 yang berpolitik sekarang masing2 mempunyai perpaduan mereka sendiri yang mereka harap dapat membawa teraju Malaysia kepada kumpulan mereka.

Politik Perpaduan? - yang berlawanan pun boleh berkawan.

Hanya apabila Dato Seri Hj Hadi mencadangkan 'Kerajaan Perpaduan' dengan UMNO maka mereka2 yang berkepentingan lain (PKR & DAP) merasa curiga kerana 'perpaduan' mereka sendiri yang akan pecah jika cadangan Hj Hadi menjadi realiti. Hakikatnya, perpaduan itu amat penting - hanya yang menjadi persoalannya ialah dengan siapa perpaduan itu dilangsungkan.





Ramai juga dikalangan orang Melayu yang mengimpikan senario ini. Entahlah boleh jadi atau tidak?




Tuan Guru tak setuju.

Karpal pun (tak setuju!)
















Suasana di Malaysia kini tidak lagi berpihak kepada orang Melayu. Di khabarkan kepada dunia oleh rakan Cina dan India dari Malaysia bahawa orang Melayu amatlah tidak adil kepada mereka kerana orang Melayu diberi layanan istimewa di tanah air mereka sendiri. Mengikut logik mereka itu, tuan rumah tidak boleh mendapat keistimewaan di rumahnya sendiri tetapi mesti berkongsi sama rata sama rasa dengan semua yang singgah dirumah tuan tanah tadi. Itu adalah hak asasi manusia - orang Melayu tak faham ke? Dan jika ada perpaduan Melayu maka itu adalah satu usaha untuk menindas orang lain. Teruk betullah Melayu ni!

Tanya rakan2 Cina dan India 'bila lagi nak serah rumah kamu kepada kami?' Kami lebih pandai menjaganya dari kamu sendiri - mungkin orang Melayu boleh berpindah ke tempat lain?! Kenapa tak cari? Orang Melayu dahulu dah pernah dihalau British ke Madagascar, Afrika Selatan, Pulau Solomon dan Pulau Christmas. Kenapa tidak keluar sekarang? Buat apa ada perpaduan kalau nanti jadi gaduh sesama sendiri - lebih baik saja mengalah, itu lebih demokratik!

Jadi pada saya, tidak heranlah ada orang yang tolak 'Kerajaan Perpaduan' - ianya hanyalah untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara orang Melayu dan pada mereka itu sangat tidak adil! Tidak demokratik!

Monday, June 1, 2009

Chin Peng - Hero untuk siapa?

Saya kira kaum Cina amat bangga dengan perjuangan yang telah diterajui oleh Chin Peng. Walaupun hanya Dr.Teng yang menyarankan Kerajaan Malaysia membenarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia, kemungkinan kebanyakan kaum Cina bersetuju dengan saranan tersebut.

Yang nampak membantah keras adalah orang Melayu Islam dan bekas tentera yang telah berjuang melawan CPM yang dipimpin Chin Peng.


Semasa askar Melayu sedang bertempur dengan komunis di Malaya, saya baru lahir. Ketika saya sudah berumur 10 tahun komunis masih lagi berperang dengan tentera Malaysia. Saya masih ingat satu peristiwa dimana trak2 tentera membawa pulang jenazah askar2 Melayu yang terkorban menentang Komunis. Khabarnya zakar askar2 yang terbunuh itu dipotong dan disumbat kedalam mulut mereka sendiri - sebagai tanda bencinya Komunis terhadap askar Melayu. Walaupun saya masih kanak2 tetapi rasa pilu yang dirasai masih ada dihati ini. Bayangkan bagaimana rasa ibu bapa, anak isteri mereka2 yang terkorban.

Hanya pada tahun 1989 baru Komunis mengaku kalah - ketika saya sudah berumur 30 tahun. Jadi kalau ditanya kepada saya Chin Peng ni hero siapa? Jawab saya, tentulah orang2 yang secara langsung atau tidak, menyokong keganasan yang telah ketuai oleh Chin Peng. Orang2 yang redha akan pembunuhan askar2 Melayu serta orang awam yang kebetulan korban angkara tentera pimpinan Chin Peng.












Inilah sambutan Chin Peng kepada askar Melayu!

Untuk cerita lanjut, sila layari:

http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/12/bintang-tiga-dan-chin-peng-bukan.html


Kemudian ada juga orang Melayu kononnya atas dasar perjanjian dan kemanusiaan juga menyokong Chin Peng dibenarkan 'pulang'.

"If the demand is excessive, explain but don't raise history to cover up shortcomings. Do not get angry always, threaten and dish out pieces of incomplete history for political mileage," "When we agree, we must honour the agreement," - Zaid Ibrahim

Saya kira orang Melayu demikian sudah lupa segala2nya tentang cara hidup Melayu Islam!

Keampunan hanya boleh diberi apabila seseorang itu bertaubat dan memeluk agama Islam. Tetapi sekiranya budaya, cara fikir malah falsafah hidup Chin Peng masih seperti dahulu - hanya umurnya yang sudah tua - TIADA MAAF BAGI NYA!

Perangai bunuh dan lupakan itu adalah sikap yang diambil oleh Yahudi ketika mereka menentang British di Palestin. Kalau tidak masakan orang2 seperti Begin, Sharon dan lain2 pemimpin Israel yang dahulunya dilabel penganas boleh menjadi Perdana Menteri. Saya percaya sekiranya Chin Peng masih muda dan diberi peluang pula oleh Kerajaan yang memerintah, ada kemungkinan besar beliau boleh menjadi Pemimpin Cina yang dihormati dikalangan kaumnya. apa tidaknya, tidakkah terbukti beliau mampu menggunakan apa saja cara untuk 'melawan' kerajaan semasa. Inilah yang dinamakan 'Hero' kerana mampu melakukan perkara yang orang lain tidak berani atau tidak mampu melakukan.























Sikap suka mengidolakan kaum sendiri inilah yang menjadi kesangsian utama terhadap kesetiaan kaum Cina di negara Malaysia. Kalau mereka mengagung-agungkan Dato Lee Chong Wei tiada siapa yang akan marah kerana jasa Dato Lee dalam sukan Badminton. Kalau nak dipuja Dato Michelle Yeoh pun tiada siapa yang akan pertikai kerana sudah lumrah manusia berbangga dan berseronok dengan kejayaan anak kandung, kaum keluarga, orang sekampung, anak bangsa dan rakyat senegara. TETAPi apabila Chin Peng yang secara peribadi bertanggung jawab merancang dan mengarahkan peperangan yang mengorbankan askar Melayu di puji dan pertahankan oleh kaum Cina ianya adalah satu tamparan kepada askar Melayu khasnya dan orang Melayu amnya.

Sifat sama oleh kaum India yang mempertahankan anak bangsa mereka yang penjenayah juga merupakan sikap yang mencurigakan. Memang tiada ibu yang akan mengaku anaknya jahat selagi anak tersebut tidak durhaka kepadanya tetapi jika seluruh masyarakat India tidak menjauhkan diri mereka dari penjenayah hanya atas dasar bangsa ini adalah masalah sosial yang berat!

Dimanakah pertimbangan kemanusiaan yang mereka inginkan dari orang lain? Mengapa jenayah dibolehkan terhadap orang lain tetapi jangan orang lain berlaku kasar terhadap mereka? Bukankah kita sudah lihat sikap yang sama di bumi Palestin dimana halal bagi tentera Israel membunuh orang Palestin walaupun bayi berumur 2 bulan tetapi jangan orang Palestin, nak baling batu pun satu kesalahan besar!

Sikap double standard ini nampaknya semakin ketara apabila Pakatan Rakyat yang diterajui PKR mendapat menang besar pada PR12 yang lalu. Malangnya, yang dituduh jahat, tidak adil, zalim dan sebagainya ialah apabila sesuatu itu dilakukan oleh orang Melayu. Tetapi apabila kaum Cina atau India melakukan sesuatu yang bertentangan dengan norma masyarakat majmuk Malaysia ianya atas alasan kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia. Saya cukup kecewa apabila pemimpin PKR malah PAS sendiri tidak langsung membicarakan tentang isu kepulangan Chin Peng tetapi mengatakan ianya hanyalah mainan politik UMNO/BN.

Nampaknya, apa saja yang menyukarkan sokongan dari kaum Cina dan India kini sudah boleh ditangani oleh orang Melayu dalam PKR dan PAS - iaitu berdiam diri kalaupun tak sokong. Ini adalah mainan politik yang cukup licik kerana apa yang PKR dan PAS tuduh terhadap UMNO, iaitu mengadai bangsa kini mereka juga melakukan hanya kerana meraih sokongan dari kaum Cina dan India.

Inilah nasib orang Melayu rata2, diperkuda dan diguna pakai oleh pemimpin2 yang mereka harapkan. Tidak kiralah dari UMNO, PKR atau PAS, kita mesti berfikiran lebih ikhlas terhadap nasib dan masa depan orang Melayu Islam di Malaysia. Kalau Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya pun sudah diberi pertimbangan, jangan terkejutlah jika satu hari nanti Botak Chin penjenayah ulung di Malaysia satu hari nanti akan diberi anugerah bintang (posthumus) oleh kerajaan Pakatan Rakyat atas desakan orang Cina demi mengenangkan jasa Botak Chin membantu memperhebatkan dan memperbaiki sistem pentadbiran dan urus kerja pasukan Polis DiRaja Malaysia.




Botak Chin - pun hero juga?










Mari kita renung betul2, Chin Peng ini Hero untuk siapa?










Monday, May 25, 2009

Ceramah PKR di Kubang Semang




















Semalam Pakatan Rakyat buat ceramah di kawasan padang di hadapan masjid Kubang Semang. Tuan rumah ceramah adalah PAS kawasan dan penceramahnya ada 3 orang:

i) Senator Ir Zamri Yusuf







ii) Syed Shahrir (Presiden MTUC)










iii) Lim Boh Chang









Pada saya Pakatan Rakyat cukup pandai menggunakan pentas prk penanti untuk memperkukuhkan minat orang ramai kepada agenda politik DSAI. Bermula dengan ucapan alu-aluan oleh wakil PAS tempatan, 'kejahatan' UMNO dan BN didedahkan kepada umum. Yang bercakap adalah orang cerdik pandai dan ahli politik pulak tu. Cara mereka mendekati 'rakyat' dengan bahasa mudah di selang seli dengan cerita2 menarik tentang 'penindasan' atau paling kurang 'ketidak-pedulian' kerajaan terhadap masalah rakyat saya kira tentu dapat menawan sebahagian besar hadirin semalam.

Oh ya, slogan PKR yang menekankan kepada PEDULI pada rakyat juga cukup bijak. Ini kerana persepsi ramai ialah kerajaaan BN tidak berapa ambil peduli pasal rakyat bawahan. Mereka hanya sibuk dengan projek2 mega dan yang mahal2 yang kebanyakkannya adalah untuk kroni dan kaum puak mereka sahaja. Strategi ini jugalah yang telah menumbangkan BN di 4 negeri utara semenanjung.




Dalam jalan2 disekitar kawasan ceramah saya sempat mendengar VCD ceramah Saifuddin Nasution mengenai Dato Anuar Musa yang kini presiden bolasepak Kelantan. Betul jugak logik yang diutarakan oleh Saifuddin, sementara Anuar Musa sibuk dengan projek2 mega di negeri Kelantan, kerajaan Pas menawan hati rakyat dengan bantuan2 kecil kepada orang2 tua dan kurang upaya, ibu tunggal dan sebagainya.

Saya kira sampai sekarang UMNO dan BN masih kurang faham kenapa rakyat marah sangat dengan pemerintahan mereka. Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya - Kerajaan Malaysia terbentuk dengan undi dari rakyat biasa (individu). Sekira cukup ramai individu2 tadi menyokong atau bersimpati dengan keluhan yang disuarakan oleh sesebuah parti politik maka parti tersebut akan menang walaupun dengan satu undi!

Ini yang telah, sedang dan akan dibuat oleh PKR terutamanya - memenangi hati rakyat - melayu, cina, india dan lain2. Senjata mereka mudah - dedahkan kepincangan, keburukan, kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Walaupun sebenarnya kepincangan, keburukan dan kejahatan yang sama mungkin juga dilakukan oleh Pakatan Rakyat satu hari nanti apabila mereka berkuasa kelak. Malahan dari kes2 yang telah kita lihat di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, ahli2 politik Pakatan Rakyat terutamanya PKR termasuklah ketua umum mereka tidak sunyi dari sifat manusia biasa yang mudah tergoda dan rebah dek tawaran, sogokan dan peluang yang datang kepada mereka. Tapi kenapa rakyat tidak ambil peduli tentang itu? Jawapannya juga senang - rakyat mahukan 'reset' kepada perangai buruk yang telah mereka lihat selama ini.

Sebagai contoh, kalau PKR boleh buat 3 kesalahan, pada rakyat UMNO/BN telah buat 30 atau 300 atau 3000 kesalahan sebelum ini - mereka kurang pasti berapa banyak kesalahan yang telah berlaku sebenarnya tetapi mereka pasti ianya lebih dari 3 kesalahan PKR tadi. Rakyat juga faham bahawa selepas 50 tahun memerintah PKR juga mungkin akan menyamai bilangan kesalahan yang dilakukan UMNO/BN. TAPI buat masa ini, untuk PRU13 sekurang-kurangnya kesalahan yang disengajakan oleh Pakatan nanti akan bermula dari 0 dan tidak lagi menambah kepada puluhan malah ratusan kesalahan kerajaan sekarang.

Sebenarnya rakyat mahukan perubahan kepada cara dan kaedah kerajaan selama ini. Mereka bukannya benci semua dalam Kerajaan sekarang tetapi mereka ingin melihat penyesalan kepada kesalahan, kesilapan dan kesombongan yang rakyat lihat atau rasai selama ini. Mereka mencari orang2 yang ikhlas dalam kerajaan yang benar2 sayangkan rakyat, bangsa dan agama.

Malang sungguh bagi UMNO/BN dan orang Melayu terutamanya apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti. Memanglah apa ada pada Penanti, sebuah pekan/kampung kecil yang punya hanya orang2 Melayu kampung yang rata2 berpendapatan dan berpelajaran sederhana. Tetapi UMNO/BN lupa bahawa rakyat ini juga sederhana sahaja dalam fahaman politik mereka. Jika ada ahli2 PAS/PKR/DAP yang taksub di Penanti jumlahnya bukannya besar - saya kira lebih ramai lagi yang hanya mahu peluang hidup seperti orang lain juga - di kampung2 di seluruh Malaysia.

Apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti peluang untuk berhujah, membalas hujah malah untuk menyangkal tuduhan tidak lagi wujud. Ibarat ahli tinju yang kononnya tidak masuk gelanggang tetapi tetap juga kena tumbuk - teruk pulak tu! Kalau masuk gelanggang sekurang-kurangnya lawannya akan kena tumbuk juga. Kalau lawan itu menang sekali pun, lebam biru juga dia apabila dia kena tumbuk balas!

Apa boleh buat, UMNO sebagai parti politik tidak salah apa2. Malangnya ahli2 UMNO sejak 10-15 tahun kebelakang ini sudah tidak lagi sayang kepada rakyat. Bahkan mereka menggunakan rakyat untuk membolot kuasa, pangkat dan harta melimpah. Kini rakyat tidak nampak lagi cara atau peluang untuk perubahan. Malang bagi orang Melayu biasa yang kurang arif tentang politik negara atau dunia. Orang Melayu ini bangsa yang baik dan bersopan. Mereka agak naif juga selalunya kerana beranggapan orang lain juga baik dan bersopan.

PKR adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan orang Melayu Islam dari segi bilangannya. Ianya adalah sebuah politik peringkat dunia dalam konteks tiada kepentingan bangsa dalam agendanya. Satu masa nanti apabila Anuar Ibrahim sudah bersara dari politik kemungkinan besar PKR akan diterajui oleh orang Cina atau India kerana tidak ramai orang Melayu yang akan kekal dalam PKR dan dari sudut ketrampilan orang Cina dan India lebih dedikasi pada agenda politik mereka dari orang Melayu. Pada masa itu, PM Malaysia boleh jadi bukan lagi dikalangan orang Melayu Islam - mungkin Melayu Kristian atau Hindu, siapa tahu?

Memang sukar untuk dibayangkan suasana kehidupan orang Melayu selepas PRU13 nanti - memanglah tidak akan berlaku perubahan yang mendadak dalam konteks kehidupan harian. Yang tidak dapat difahami orang Melayu biasa ialah agenda puluhan malah ratusan tahun yang dirancang dan dipupuk oleh pelbagai organisasi dalam dan luar negara yang punya matlamat jangka panjang - mungkin tiada penjajahan dan rampasan hak milik secara keras - tetapi penjajahan minda dan pengurangan hak milik pasti berlaku kerana selepas 50 tahun merdeka dari British kaum lain masih kekal dengan bahasa dan budaya mereka malah bertambah kukuh kedudukan mereka. Sementara orang Melayu semakin tersepit diasak dari segala sudut - agama, budaya dan minda.

Kini orang Melayu sibuk dengan AF dan anak melayu sudah jadi punk!
















Raja Melayu, adat istiadat orang Melayu, Bahasa Melayu dan budaya Melayu semakin dikritik, dikomen dan diperkecilkan - oleh mereka2 yang akar umbi bukan di Tanah Melayu. Lebih malang lagi ada dikalangan orang Melayu turut bersetuju dengan mereka ini.

Saya teringat lagu Aduh Sayang apabila mengenangkan nasib UMNO, orang Melayu dan Tanah Melayu. Apa juga yang akan berlaku adalah atas perbuatan kita sendiri.

Kera dihutan kita susui, anak dibuaian ditinggalkan!

KEADILAN IALAH MELETAKKAN YANG PATUT PADA TEMPATNYA. KEADILAN TIDAK BERERTI SAMA RASA,SAMA RATA!

Tetapi selagi UMNO tidak dapat membuktikan keikhlasannya kepada orang Melayu, nampaknya PKR lah yang mengambil tempat dihati sebilangan orang Melayu. Dan selagi parti PAS pula masih bersikap "Marahkan nyamuk bakar kelambu", maka parti DAP lah yang akan berkuasa di Pulau Pinang, Perak, Selangor - mungkin juga selepas ini di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia tak ia, nampaknya hasrat Lee Kuan Yew untuk memerintah Malaya akan terhasil juga walaupun secara 'proxy'. Dan apabila kuasa sudah jatuh ke tangan orang..... LU FIKIR LA SENDIRI

Aduh Sayang

Artist: P. Ramlee, Feat: Saloma

Sayang sayang aduh sayang
O ditelan pahit dibuang sayang
Pabila sudah mabuk kepayang
Hatiku rasa bimbang

Oh risau aduh risau
Semakin lama semakin kacau
Jiwaku hampa tidak tenang
Aduh sayang

Bila siang terbayang-bayang
Di malam hari termimpi-mimpi
Ingin sunting gadis Pak Abas
Tapi sayang sayang orang dah kebas

Sayang sayang aduh sayang
Jikalau sudah gila bayang
Makin kulupa makin mendatang
Aduh sayang

Saturday, May 23, 2009

Apa ertinya Bumiputra?





Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader M. Manoharan today called for all those born in Malaysia after independence to be accorded Bumiputera status, saying that this would truly unite Malaysians and give 1 Malaysia some meaning.

“I have a masterplan for Selangor. If we solve these three problems – Tamil schools, Hindu temples and graveyards or crematoriums – then we will have solved 90 per cent of Indian problems,” he said.


Definasi Bumiputra telah dibincangkan oleh Max U. Montesino, Ed.D. dalam makalah beliau
Multi-Ethnicity In the Malaysian Workplace: Scarching The Surface. Makalah penuh beliau boleh dibaca dari url dibawah:

http://melayuonline.com/article/?a=ZUxQL1U5bWh1MGY%3D=

Keikhlasan seseorang rakyat terbukti bukan dari kata katanya sahaja! Pepatah Melayu menyebut masuk kandang kambing megembek, masuk kandang lembu menguak. Maksud pepatah ini ialah perbuatan kita dalam persekitaran yang menentukan hala tuju kita. Tiada guna kita ingin jadi Bumiputra tetapi kita tolak segala-galanya tentang negara kita melainkan apa yang kita suka dan mahu sahaja.

Kesamaan dan hak kaum Cina dan India di Malaysia tidak pernah dikurangkan sejak merdeka lagi. Malah tidak ada di dunia mana-mana negara yang memberi kebebasan pendidikan, bahasa dan cara hidup semurah yang didapati di Malaysia. Kini orang orang yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia enggan untuk bersama menjadi 'Bumiputra' sebenar tetapi sebaliknya mahukan segala2nya tentang sejarah bangsa mereka mengatasi asal usul Tanah Melayu.

Tanah Melayu mempunyai sejarah bangsa, agama, budaya dan bahasanya tersendiri. Seperti juga benua India dan negara Cina, Tanah Melayu punya cara dan adat resamnya. Bangsa yang dominan di pelusuk dunia di sini adalah Bangsa Melayu.

Jika benar mereka ini ingin menjadi rakyat negara ini mengapa pula mereka menuntut malah mendesak dikekalkan sekolah venacular - india dan cina?





















Mengapa tauke Cina dan syarikat2 mereka hanya berurusan sesama mereka dengan kakitangan yang rata2nya adalah kaum Cina sahaja?

Mungkinkah mereka ini hanya mementingkan 'kekitaan' mereka sahaja dan memandang orang2 Melayu sebagai penghalang kepada 'total domination' kaum mereka keatas tanah milik orang lain. Inilah yang dinamakan dendalu - hidup menumpang tanpa perlu ada akarnya mencecah tanah dan akhirnya pokok yang ditumpang itu mati 'tercekik' dek dendalu tadi.

Kemana perginya Rukun Negara yang menceritakan tentang perkara2 berikut:

Prinsip-prinsip Rukun Negara -

Kepercayaan kepada Tuhan -
Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

Campur tangan dalam urusan dan hal Agama Islam dan penganutnya berleluasa

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Raja2 Melayu dicemuh dan tidak dihormati

Keluhuran Perlembagaan -
Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.

Hak2 orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan dicabar dan ingin dihapuskan

Kedaulatan Undang-Undang -
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kehakiman dan undang2 dipertikai dan dicabar

Kesopanan Dan Kesusilaan -
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Sifat biadab, sombong dan keras kepala disanjung

Nyata sekali mereka yang memanggil diri mereka rakyat dan kini ingin dipanggil "Bumiputra" tidak lain hanyalah orang2 yang mengambil kesempatan untuk menambah lagi kesenangan dan kekuasaan mereka walaupun 80% dari bangsa Melayu akan dipinggirkan di Tanah Air sendiri satu masa nanti jika mereka ini berkuasa. Diantara kaum Cina dan India sendiri, mereka yang susah akan diperalatkan untuk membenci segala2nya tentang Tanah Melayu - bangsa, bahasa, budaya, Raja dan adat resamnya!

Hakikatnya puak capitalis dikalangan rakyat Malaysia sedang berusaha menjajah negara ini dan memperhambakan rakyatnya yang secara azalinya didominasi oleh orang Melayu yang hanya mempunyai pemilikan kurang dari 20% kekayaan negara ini!

Jika ada dalam hati mana2 rakyat negara ini terlintas untuk menggunakan paspot antarabangsa Malaysia untuk lari keluar dari negara ini jika berlaku apa2 kesusahan atau bencana maka orang tersebut bukanlah layak menjadi rakyat disini. Orang2 Melayu mahu tidak mahu ini adalah negara mereka - dikalangan orang India dan Cina yang berada, adakah mereka juga akan kekal di negara ini walau apa pun terjadi? Mungkinkah Hong Kong, Taiwan, Shanghai, LA, Kanada, Perth atau pun Singapura jadi pilihan?

Mari kita masing2 tepuk dada dan tanyalah selera....




Monday, May 11, 2009

Menang Sorak Kampung Tergadai - Bhg 2

Kenderaan Rakyat Kelas 1













































Kenderaan Rakyat Kelas 2




































Maka mahsyurlah serata pelusuk dunia bahawa di Malaysia ini orang orang Melayu adalah rakyat kelas pertama yang mendapat segala macam kemewahan dan kemudahan sehinggakan tiada apa yang perlu dirisaukan untuk mereka. Dasar pilih kasih yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB) diguna sewenang wenangnya untuk memberi kedudukan, pangkat, harta, peluang pekerjaan, tempat pengajian kepada orang Melayu ... begitulah ceritanya. Kaum kaum lain terutamanya Cina dan India melabel diri mereka sendiri rakyat kelas 2 kerana tidak mendapat 'apa apa' dari DEB - hidup mereka susah, tertekan, di anak tirikan dalam segala segi. Merana sungguh mereka dibumi Malaysia ini. Betullah zalim sungguh pemerintahan orang Melayu terhadap orang Cina dan India .... ajuk pula aktivitis Barat melalui NGO dan persatuan persatuan yang peri kemanusian dari seluruh dunia.

Yang pelik lagi ajaibnya, kayu ukur apa yang mereka pakai untuk melihat siapa sebenarnya yang susah di bumi Malaysia ini? Siapa yang duduk rumah bungalow mencecah jutaan ringgit harganya dan pandu kereta mewah ratusan ribu nilainya? Kalau di dunia langit sekali pun tentu pening kepala mereka yang waras untuk mengimbangi label rakyat kelas 2 yang mengecap nikmat kekayaan di bumi Malaysia ini masih mengadu susah dan tertindas. Sementara yang kononnya rakyat terpilih duduk ala kadar dirumah rumah kos rendah dan pandu motosikal kapcai atau kereta kecil sahaja

Propaganda mereka yang tamak haloba kepada negara ini dan hasil buminya besertakan pula rasa iri hati dan dengki kepada orang Melayu dan asal usulnya, sedikit sebanyak telah mengabui hakikat sebenarnya 'siapa tindas siapa' di Malaysia ini. Orang Melayu yang kebanyakkannya adalah juga orang Islam amat rendah hati dan bersyukur dengan apa jua pemberian Illahi. Mereka tidak pandang kekayaan dan kesenangan orang lain sebagai sesuatu yang perlu dipertikaikan. Sebaliknya, kaum bukan Melayu tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Mereka sering saja mencari jalan dan helah untuk membolot segala-galanya. Kalau pun tidak semua kaum mereka bersikap begitu, ada sekumpulan dari mereka yang memang berpegangan begitu - bagi mereka itu, dimana bumi dipijak disitu mereka mesti berkuasa! Ini semua adalah pengajaran dari Sifu mereka "LEE KUAN YEW"

Dari PAP kepada DAP, matlamatnya sama saja - Dominisasi Cina - di Singapura dan di Tanah Melayu! Di Singapura, dominisasi Cina dalam semua aspek kehidupan dan kenegaraan adalah jelas dan tiada pertikaian lagi. Di Malaysia, ianya sedang bermula. Melalui helah politik dimana orang Melayu sendiri digunakan untuk memberi kuasa kepada yang bukan Melayu, kuasa pemerintahan Cina sedang berjalan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Angin perubahan yang bertiup pada PRU12 yang lalu terlalu mengasyikkan sehingga ramai yang sedang menanti PRU13 dimana adalah dijangkakan segala-galanya akan berubah - lanskap politik Malaysia, pemerintahan kerajaan, sosio-ekonomi rakyat dan sebagainya - akan diubah demi 'siapa'?


Yang pastinya, orang Melayulah yang pertama sekali akan rugi. Mungkin kaum lain akan beruntung tetapi orang Melayu pasti rugi kerana yang sibuk diperkatakan untuk diubah atau dihapuskan adalah hak keistimewaan dan perkara perkara yang berkepentingan orang Melayu. Yang menakjubkan ialah ada dikalangan orang Melayu sendiri yang menyokong agar kepentingan kepentingan orang Melayu itu dikurangkan atau pun di hapuskan sama sekali - konon demi keadilan! Antara perkara perkara utama yang akan lambat laun dihapuskan oleh demokrasi ala Malaysia ialah:

i) Kesultanan Melayu
ii) Hukum Syariah
iii) Islam sebagai agama rasmi
iv) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
v) Hak keistimewaan orang Melayu

Sebaliknya, perkara utama yang akan dihebahkan untuk sokongan rakyat ialah:

i) Negara Republik
ii) Undang2 Sivil
iii) Semua agama adalah sama
iv) Bahasa Malaysia
v) Tiada keistimewaan untuk sesuatu bangsa/kaum

Agenda pertama yang dilaksanakan oleh DAP di Pulau Pinang setelah ia berkuasa ialah menghapuskan DEB.

Di Perak, menggunakan MB dari PAS DAP berjaya memberi tanah kepada kampung baru (kebanyakannya Cina) dengan pajakan 999 tahun. Begitulah kaharnya geng DAP apabila mereka berkuasa - sayangnya ada orang Melayu yang menyokong mereka dengan alasan geng UMNO pun buat begitu juga. Yang jelasnya, orang Melayu juga yang rugi. Kenapa perlu ada penjualan 'maruah', 'tanah', 'agama' dan sebagainya hanya untuk berkuasa?



Dipetik dari
Outsyed the Box

Nga & Ngeh’s act of granting 999 year leases to some of the TOL holders in Perak’s New Villages is obvious political bravado. It is also irresponsible because it impacts very negatively on other peoples’ sentiments. Even in high end Petaling Jaya (although not in Perak) many home owners (Malay as well as non Malay) only have 60 year lease hold land titles for which they paid real money.



Nampaknya, cerita Pak Kadok dan ayam sabungnya berulang lagi untuk orang Melayu. Kenapa kita tidak berdiri tegak dan pertahankan nasib dan masa depan orang Melayu Islam tak kiralah sama ada kita ni PAS ke, UMNO ke atau pun Keadilan? Apalah gunanya kita bersorak menang jika hakikatnya kita kalah sebagai satu bangsa - sudahlah anak muda kita terjebak ke dalam pelbagai jenis noda dan maksiat, agama kita di serang secara halus dan kasar, tanah air kita semakin hari menjadi milik orang - kita masih bercakaran, membuka pekong di dada, meludah ke langit... LU FIKIR LA SENDIRI!!

Thursday, May 7, 2009

Menang Sorak Kampung Tergadai - Bhg 1

Kisah Pak Kadok

Pak Kadok pergi ke gelanggang ayam untuk menyabung ayam. Raja negeri itu yang telah tahu kehandalan ayam Pak Kadok meminta agar mereka bertukar ayam. Kerana kebodohannya, Pak Kadok bersetuju.

Sabung ayam itu berakhir dengan kemenangan ayam Pak Kadok yang telah menjadi milik raja. Akibatnya kampung Pak Kadok tergadai dan pakaiannya yang diperbuat dari kertas terkoyak kerana Pak Kadok terlalu gembira bersorak. Pak Kadok pulang bertelanjang.


Tanah Melayu adalah nama asal Semenanjung Malaysia.

Nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. (Utusan Online : 15/10/2008)


Penjajah British yang enggan bertanggung jawab terhadap buruh buruh India dan Cina yang mereka bawa ke Tanah Melayu memaksa penerimaan pendatang pendatang tersebut ke dalam penubuhan 'Malaya'. Orang Melayu yang sememangnya berhati budi dan mulia tidak berfikir panjang tentang pengkhianatan yang mungkin berlaku satu hari, menerima baik 'persaudaraan' itu kerana falsafah Melayu "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung". Begitu lah 'naif'nya orang Melayu kerana tidak menyangka dunia luar adalah medan pertandingan - siapa kuat, siapa cepat... dialah yang dapat!

Mana mungkin orang yang menumpang akan menjadi Tuan satu hari nanti. Mana mungkin si-sengkek akan jadi orang kaya wang berjuta. Mana mungkin "Diberi betis hendak paha". Tapi rupanya orang Melayu tidak belajar dari perpatah sendiri - "Bagai Belanda minta tanah"

Kisah Belanda minta tanah daripada Kerajaan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Kisah tersebut adalah muslihat pertama orang Eropah menipu orang Melayu. Sekumpulan orang Belanda mengadap Sultan Melaka pada masa itu meminta sebidang tanah hanya sebesar kulit kambing yang mereka bawa.

Melihat hanya kecil sahaja kulit kambing itu, tanpa berfikir panjang baginda terus setuju kerana tanah sebesar kulit kambing bukanlah luas mana pun. Orang lain yang melihat hanya ketawa sahaja kerana apa orang-orang Belanda ini hendak buat dengan tanah sebesar kulit kambing sahaja.

Esoknya baru orang Melaka tahu luas mana tanah sebesar kulit kambing. Si Belanda ini telah memotong kulit kambing itu menjadi tali yang cukup panjang dan tali itu dibuat pengukur tanah yang mereka minta. Akhirnya mereka berjaya mendapat beberapa ekar tanah di Melaka pada waktu itu.

Itulah muslihat terbesar yang pernah dilalui oleh orang-orang Melayu. Sehingga sekarang peristiwa itu terpahat sebagai satu peribahasa Melayu ‘Bagai Belanda Minta Tanah’.


Laju kehadapan 50 tahun dari hari Kemerdekaan dari British, orang Melayu Islam kini di ambang malapetaka yang amat dahsyat dalam sejarah Tamaddun Melayu di Nusantara. Kenapa saya perlu sebut Melayu Islam? Sepanjang hidup saya orang Melayu sudah semestinya orang Islam juga. Sehingga British sendiri pun memaktubkan definisi Melayu sebagai bangsa Melayu yang menganuti Agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Kini malangnya orang Melayu sudah bukan semuanya Islam lagi - ada Kristian, Buddha dan Hindu dan mungkin juga ramai lagi yang 'free-thinker'.

"Ayam di kepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan" - satu lagi perpatah Melayu yang sangat dalam maknanya. Kefahaman orang tua tua dahulu adalah amat menakjubkan! Bagaimana, ayam yang berada dalam simpanan padi boleh mati lapar dan itik yang sudah di air mati haus? Jika kita imbas keadaan orang Melayu sekarang keadaan yang hampir sama juga telah, sedang dan akan berlaku - Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai rumah atau pun tanah milik sendiri? Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai kerja atau pun kekayaan di bumi yang dianugerah Allah Taala pelbagai jenis hasil dan segala macam kehidupan?


Negara Kaya - untuk siapa?


















Rumah Rakyat Kelas 1
















Rumah Rakyat Kelas 2

















Nabil kata - LU FIKIR LA SENDIRI!