Thursday, May 7, 2009

Menang Sorak Kampung Tergadai - Bhg 1

Kisah Pak Kadok

Pak Kadok pergi ke gelanggang ayam untuk menyabung ayam. Raja negeri itu yang telah tahu kehandalan ayam Pak Kadok meminta agar mereka bertukar ayam. Kerana kebodohannya, Pak Kadok bersetuju.

Sabung ayam itu berakhir dengan kemenangan ayam Pak Kadok yang telah menjadi milik raja. Akibatnya kampung Pak Kadok tergadai dan pakaiannya yang diperbuat dari kertas terkoyak kerana Pak Kadok terlalu gembira bersorak. Pak Kadok pulang bertelanjang.


Tanah Melayu adalah nama asal Semenanjung Malaysia.

Nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa. (Utusan Online : 15/10/2008)


Penjajah British yang enggan bertanggung jawab terhadap buruh buruh India dan Cina yang mereka bawa ke Tanah Melayu memaksa penerimaan pendatang pendatang tersebut ke dalam penubuhan 'Malaya'. Orang Melayu yang sememangnya berhati budi dan mulia tidak berfikir panjang tentang pengkhianatan yang mungkin berlaku satu hari, menerima baik 'persaudaraan' itu kerana falsafah Melayu "Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung". Begitu lah 'naif'nya orang Melayu kerana tidak menyangka dunia luar adalah medan pertandingan - siapa kuat, siapa cepat... dialah yang dapat!

Mana mungkin orang yang menumpang akan menjadi Tuan satu hari nanti. Mana mungkin si-sengkek akan jadi orang kaya wang berjuta. Mana mungkin "Diberi betis hendak paha". Tapi rupanya orang Melayu tidak belajar dari perpatah sendiri - "Bagai Belanda minta tanah"

Kisah Belanda minta tanah daripada Kerajaan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Kisah tersebut adalah muslihat pertama orang Eropah menipu orang Melayu. Sekumpulan orang Belanda mengadap Sultan Melaka pada masa itu meminta sebidang tanah hanya sebesar kulit kambing yang mereka bawa.

Melihat hanya kecil sahaja kulit kambing itu, tanpa berfikir panjang baginda terus setuju kerana tanah sebesar kulit kambing bukanlah luas mana pun. Orang lain yang melihat hanya ketawa sahaja kerana apa orang-orang Belanda ini hendak buat dengan tanah sebesar kulit kambing sahaja.

Esoknya baru orang Melaka tahu luas mana tanah sebesar kulit kambing. Si Belanda ini telah memotong kulit kambing itu menjadi tali yang cukup panjang dan tali itu dibuat pengukur tanah yang mereka minta. Akhirnya mereka berjaya mendapat beberapa ekar tanah di Melaka pada waktu itu.

Itulah muslihat terbesar yang pernah dilalui oleh orang-orang Melayu. Sehingga sekarang peristiwa itu terpahat sebagai satu peribahasa Melayu ‘Bagai Belanda Minta Tanah’.


Laju kehadapan 50 tahun dari hari Kemerdekaan dari British, orang Melayu Islam kini di ambang malapetaka yang amat dahsyat dalam sejarah Tamaddun Melayu di Nusantara. Kenapa saya perlu sebut Melayu Islam? Sepanjang hidup saya orang Melayu sudah semestinya orang Islam juga. Sehingga British sendiri pun memaktubkan definisi Melayu sebagai bangsa Melayu yang menganuti Agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Kini malangnya orang Melayu sudah bukan semuanya Islam lagi - ada Kristian, Buddha dan Hindu dan mungkin juga ramai lagi yang 'free-thinker'.

"Ayam di kepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan" - satu lagi perpatah Melayu yang sangat dalam maknanya. Kefahaman orang tua tua dahulu adalah amat menakjubkan! Bagaimana, ayam yang berada dalam simpanan padi boleh mati lapar dan itik yang sudah di air mati haus? Jika kita imbas keadaan orang Melayu sekarang keadaan yang hampir sama juga telah, sedang dan akan berlaku - Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai rumah atau pun tanah milik sendiri? Bagaimana orang Melayu di negara sendiri tidak mempunyai kerja atau pun kekayaan di bumi yang dianugerah Allah Taala pelbagai jenis hasil dan segala macam kehidupan?


Negara Kaya - untuk siapa?


















Rumah Rakyat Kelas 1
















Rumah Rakyat Kelas 2

















Nabil kata - LU FIKIR LA SENDIRI!


No comments: