Monday, May 25, 2009

Ceramah PKR di Kubang Semang




















Semalam Pakatan Rakyat buat ceramah di kawasan padang di hadapan masjid Kubang Semang. Tuan rumah ceramah adalah PAS kawasan dan penceramahnya ada 3 orang:

i) Senator Ir Zamri Yusuf







ii) Syed Shahrir (Presiden MTUC)










iii) Lim Boh Chang









Pada saya Pakatan Rakyat cukup pandai menggunakan pentas prk penanti untuk memperkukuhkan minat orang ramai kepada agenda politik DSAI. Bermula dengan ucapan alu-aluan oleh wakil PAS tempatan, 'kejahatan' UMNO dan BN didedahkan kepada umum. Yang bercakap adalah orang cerdik pandai dan ahli politik pulak tu. Cara mereka mendekati 'rakyat' dengan bahasa mudah di selang seli dengan cerita2 menarik tentang 'penindasan' atau paling kurang 'ketidak-pedulian' kerajaan terhadap masalah rakyat saya kira tentu dapat menawan sebahagian besar hadirin semalam.

Oh ya, slogan PKR yang menekankan kepada PEDULI pada rakyat juga cukup bijak. Ini kerana persepsi ramai ialah kerajaaan BN tidak berapa ambil peduli pasal rakyat bawahan. Mereka hanya sibuk dengan projek2 mega dan yang mahal2 yang kebanyakkannya adalah untuk kroni dan kaum puak mereka sahaja. Strategi ini jugalah yang telah menumbangkan BN di 4 negeri utara semenanjung.




Dalam jalan2 disekitar kawasan ceramah saya sempat mendengar VCD ceramah Saifuddin Nasution mengenai Dato Anuar Musa yang kini presiden bolasepak Kelantan. Betul jugak logik yang diutarakan oleh Saifuddin, sementara Anuar Musa sibuk dengan projek2 mega di negeri Kelantan, kerajaan Pas menawan hati rakyat dengan bantuan2 kecil kepada orang2 tua dan kurang upaya, ibu tunggal dan sebagainya.

Saya kira sampai sekarang UMNO dan BN masih kurang faham kenapa rakyat marah sangat dengan pemerintahan mereka. Sudah terang lagi bersuluh sebenarnya - Kerajaan Malaysia terbentuk dengan undi dari rakyat biasa (individu). Sekira cukup ramai individu2 tadi menyokong atau bersimpati dengan keluhan yang disuarakan oleh sesebuah parti politik maka parti tersebut akan menang walaupun dengan satu undi!

Ini yang telah, sedang dan akan dibuat oleh PKR terutamanya - memenangi hati rakyat - melayu, cina, india dan lain2. Senjata mereka mudah - dedahkan kepincangan, keburukan, kejahatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Walaupun sebenarnya kepincangan, keburukan dan kejahatan yang sama mungkin juga dilakukan oleh Pakatan Rakyat satu hari nanti apabila mereka berkuasa kelak. Malahan dari kes2 yang telah kita lihat di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, ahli2 politik Pakatan Rakyat terutamanya PKR termasuklah ketua umum mereka tidak sunyi dari sifat manusia biasa yang mudah tergoda dan rebah dek tawaran, sogokan dan peluang yang datang kepada mereka. Tapi kenapa rakyat tidak ambil peduli tentang itu? Jawapannya juga senang - rakyat mahukan 'reset' kepada perangai buruk yang telah mereka lihat selama ini.

Sebagai contoh, kalau PKR boleh buat 3 kesalahan, pada rakyat UMNO/BN telah buat 30 atau 300 atau 3000 kesalahan sebelum ini - mereka kurang pasti berapa banyak kesalahan yang telah berlaku sebenarnya tetapi mereka pasti ianya lebih dari 3 kesalahan PKR tadi. Rakyat juga faham bahawa selepas 50 tahun memerintah PKR juga mungkin akan menyamai bilangan kesalahan yang dilakukan UMNO/BN. TAPI buat masa ini, untuk PRU13 sekurang-kurangnya kesalahan yang disengajakan oleh Pakatan nanti akan bermula dari 0 dan tidak lagi menambah kepada puluhan malah ratusan kesalahan kerajaan sekarang.

Sebenarnya rakyat mahukan perubahan kepada cara dan kaedah kerajaan selama ini. Mereka bukannya benci semua dalam Kerajaan sekarang tetapi mereka ingin melihat penyesalan kepada kesalahan, kesilapan dan kesombongan yang rakyat lihat atau rasai selama ini. Mereka mencari orang2 yang ikhlas dalam kerajaan yang benar2 sayangkan rakyat, bangsa dan agama.

Malang sungguh bagi UMNO/BN dan orang Melayu terutamanya apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti. Memanglah apa ada pada Penanti, sebuah pekan/kampung kecil yang punya hanya orang2 Melayu kampung yang rata2 berpendapatan dan berpelajaran sederhana. Tetapi UMNO/BN lupa bahawa rakyat ini juga sederhana sahaja dalam fahaman politik mereka. Jika ada ahli2 PAS/PKR/DAP yang taksub di Penanti jumlahnya bukannya besar - saya kira lebih ramai lagi yang hanya mahu peluang hidup seperti orang lain juga - di kampung2 di seluruh Malaysia.

Apabila UMNO/BN tidak bertanding di Penanti peluang untuk berhujah, membalas hujah malah untuk menyangkal tuduhan tidak lagi wujud. Ibarat ahli tinju yang kononnya tidak masuk gelanggang tetapi tetap juga kena tumbuk - teruk pulak tu! Kalau masuk gelanggang sekurang-kurangnya lawannya akan kena tumbuk juga. Kalau lawan itu menang sekali pun, lebam biru juga dia apabila dia kena tumbuk balas!

Apa boleh buat, UMNO sebagai parti politik tidak salah apa2. Malangnya ahli2 UMNO sejak 10-15 tahun kebelakang ini sudah tidak lagi sayang kepada rakyat. Bahkan mereka menggunakan rakyat untuk membolot kuasa, pangkat dan harta melimpah. Kini rakyat tidak nampak lagi cara atau peluang untuk perubahan. Malang bagi orang Melayu biasa yang kurang arif tentang politik negara atau dunia. Orang Melayu ini bangsa yang baik dan bersopan. Mereka agak naif juga selalunya kerana beranggapan orang lain juga baik dan bersopan.

PKR adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan orang Melayu Islam dari segi bilangannya. Ianya adalah sebuah politik peringkat dunia dalam konteks tiada kepentingan bangsa dalam agendanya. Satu masa nanti apabila Anuar Ibrahim sudah bersara dari politik kemungkinan besar PKR akan diterajui oleh orang Cina atau India kerana tidak ramai orang Melayu yang akan kekal dalam PKR dan dari sudut ketrampilan orang Cina dan India lebih dedikasi pada agenda politik mereka dari orang Melayu. Pada masa itu, PM Malaysia boleh jadi bukan lagi dikalangan orang Melayu Islam - mungkin Melayu Kristian atau Hindu, siapa tahu?

Memang sukar untuk dibayangkan suasana kehidupan orang Melayu selepas PRU13 nanti - memanglah tidak akan berlaku perubahan yang mendadak dalam konteks kehidupan harian. Yang tidak dapat difahami orang Melayu biasa ialah agenda puluhan malah ratusan tahun yang dirancang dan dipupuk oleh pelbagai organisasi dalam dan luar negara yang punya matlamat jangka panjang - mungkin tiada penjajahan dan rampasan hak milik secara keras - tetapi penjajahan minda dan pengurangan hak milik pasti berlaku kerana selepas 50 tahun merdeka dari British kaum lain masih kekal dengan bahasa dan budaya mereka malah bertambah kukuh kedudukan mereka. Sementara orang Melayu semakin tersepit diasak dari segala sudut - agama, budaya dan minda.

Kini orang Melayu sibuk dengan AF dan anak melayu sudah jadi punk!
















Raja Melayu, adat istiadat orang Melayu, Bahasa Melayu dan budaya Melayu semakin dikritik, dikomen dan diperkecilkan - oleh mereka2 yang akar umbi bukan di Tanah Melayu. Lebih malang lagi ada dikalangan orang Melayu turut bersetuju dengan mereka ini.

Saya teringat lagu Aduh Sayang apabila mengenangkan nasib UMNO, orang Melayu dan Tanah Melayu. Apa juga yang akan berlaku adalah atas perbuatan kita sendiri.

Kera dihutan kita susui, anak dibuaian ditinggalkan!

KEADILAN IALAH MELETAKKAN YANG PATUT PADA TEMPATNYA. KEADILAN TIDAK BERERTI SAMA RASA,SAMA RATA!

Tetapi selagi UMNO tidak dapat membuktikan keikhlasannya kepada orang Melayu, nampaknya PKR lah yang mengambil tempat dihati sebilangan orang Melayu. Dan selagi parti PAS pula masih bersikap "Marahkan nyamuk bakar kelambu", maka parti DAP lah yang akan berkuasa di Pulau Pinang, Perak, Selangor - mungkin juga selepas ini di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia tak ia, nampaknya hasrat Lee Kuan Yew untuk memerintah Malaya akan terhasil juga walaupun secara 'proxy'. Dan apabila kuasa sudah jatuh ke tangan orang..... LU FIKIR LA SENDIRI

Aduh Sayang

Artist: P. Ramlee, Feat: Saloma

Sayang sayang aduh sayang
O ditelan pahit dibuang sayang
Pabila sudah mabuk kepayang
Hatiku rasa bimbang

Oh risau aduh risau
Semakin lama semakin kacau
Jiwaku hampa tidak tenang
Aduh sayang

Bila siang terbayang-bayang
Di malam hari termimpi-mimpi
Ingin sunting gadis Pak Abas
Tapi sayang sayang orang dah kebas

Sayang sayang aduh sayang
Jikalau sudah gila bayang
Makin kulupa makin mendatang
Aduh sayang

No comments: