Friday, October 29, 2010

UCAPAN YB KULIM - MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei


MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei

Artikel ini dipetik dari blog

http://celahgelegar.blogspot.com/2010/10/

 




PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969.
Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
 
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.
 
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
 
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
 
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.
 
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.
 
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”.
Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.
 
Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu.
Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina.
Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:

Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.

Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”

Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.



Mayat Cina di Arak



Mayat Tanpa Kepala

Monday, October 4, 2010

KEC – ORANG CINA KINI MAHU PULAK CELAH PEHA MELAYU!

1. MCA telah menganjurkan Kongres Ekonomi Cina (KEC) pada 14 Ogos 2010; besar kemungkinan ianya sebagai reteliasi kepada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang telah berlangsung pada 29 Mei lalu.

2. KEB meluluskan 31 resolusi manakala KEC meluluskan 13 (terbalik 31) resolusi!

3. UMNO tak terniat nak anjurkan kongres yang serupa? Dato’ Dr Awang Adek selaku Pengerusi Biro Ekonomi UMNO kenalah fikir masak-masak sebab, berdasarkan 13 resolusi itu, agak jelas mereka yang sudah pun dapat betis dan peha Melayu kini mahu pulak menikmati apa yang tinggal terselit di celah peha Melayu. Jika UMNO terus membisu maka Dato’ Ibrahim Ali dan Perkasanya akan smash bola tangguk ini.

4. Boleh diramalkan dengan mudah – UMNO tak akan react; kalu react pun, bisik-bisik aje macam suara itek nila. Inilah antara komen/keluhan ahli UMNO yang saya dengar.

5. Satu dunia tahu bahawa kaum Cinalah yang menguasai ekonomi Negara ini; minority is controlling the majority – sama seperti apa yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Lanskap yang serupa di Fiji dan Afrika Selatan. Sebagai contoh, menurut RMKe-10, kaum Cina memiliki ekuiti sebanyak 34.9% berbanding ekuiti milik Bumi hanyalah 21.9%!

6. Mereka turut mendapat faedah yang lebih daripada DEB tetapi mereka terus menyerang dasar tersebut. Mereka sepatutnya menerima pengakuan jujur Tan Sri Liew Kee Sin, Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia Bhd:

“Statistically, Forbes magazine shows that the Malaysian-Chinese can prosper over the last 30 years,” said the SP Setia president and chief executive.

According to Forbes, Chinese-controlled companies account for 37 per cent of market capitalisation among the top 100 Malaysian listed companies, compared to Bumiputera equity of seven per cent.

Chinese individuals also control 73 per cent of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top 10 richest Malaysians.

“That’s wealth. Where did wealth come from? The wealth came in the last 30 years of so-called NEP (New Economic Policy) policies.”

7. Seperti yang pernah saya tulis di sini, mereka masih tak puas hati. Maka antara yang didesak melalui 13 resolusi itu dan dengan tujuan untuk menghakis kepentingan Melayu ialah:

• Menghapuskan kuota 30%,

• Membuka lebih luas lagi sektor-sektor tertentu ekonomi kepada orang Cina seperti sektor minyak & gas dan telekomunikasi,

• Mengambil lebih ramai orang Cina sebagai ahli lembaga pengarah GLCs,

• Membuka sistem perolehan kerajaan dan GLCs kepada orang Cina, dan

• Membuka kontraktor kelas F kepada orang Cina.

8. Desakan tersebut sudah tentu meghakis kepentingan Melayu sepertimana yang pernah diakui oleh The Star sendiri:

“The claim that championing one’s own community interests need not diminish another community’s interests is blatantly hollow in the Perkasa [MCA] “model”. If only that were true, some of its adherents would not be in the mess they are in now.”

9. Sebaliknya KEC tersebut langsung tidak menyebut tentang perlunya:

• Menghapuskan diskriminasi terhadap Melayu dan India di sektor swasta dari segi pengambilan, perjawatan, gaji, kenaikan pangkat dna sebagainya,

• Membuka syarikat-syarikat milik orang Cina seperti Public Bank, YTL, Berjaya, IOI kepada orang Melayu dan India dari segi pekerjaan dan tender/perolehan,

• Membuka sektor-sektor yang dikawal / dimonopoli orang Cina seperti industri gula, tepong, beras, alat binaan, alat ganti kereta, bekalan daging, ayam, ikan dan sayur kepada peniaga Melayu dan India,

• Menyediakan padang permainan yang sama rata kepada orang Melayu dan India.

10. Sepatutnya KEC itu berbincang dan mengemukakan syor yang membina dalam konteks pandangan baru dan pengakuan jujur Tan Sri Liew Kee Sin:

Liew stressed that such Malay-Chinese cooperation required a spirit of give-and-take.

“Before we start asking them to give us more liberal policies… we must also allow them to come to our sector, things that we are good at. If not, this so-called collaboration will not happen. They will not allow us,” he said.

“If we were to say we want to take a bigger pick from this economic cake from under the NEM (New Economic Policy)… we must also learn to give in.

“We must also learn to take a step back. We must also learn how to live with their culture, their mindset.”

11. Saranan jujur tokoh tersebut boleh membuka ruang kepada permulaan penyusunan semula Economic Eco-System, sepertimana yang pernah saya sarankan.

12. Malangnya, di celah-celah lonely voice tokoh Cina ini yang nampaknya faham tentang kedudukan dan mindset orang Melayu terdengar pulak suara sumbang yang amat memilukan; suara tokoh Melayu yang nampaknya menghentam NEP dan menghina bangsanya sendiri:

In the harshest rebuke yet of the abuse of the New Economic Policy (NEP), CIMB group CEO Nazir Abdul Razak described the NEP as having been bastardised by deviating from its original purpose.

‘The police, judiciary, the AG’s office, the Malaysian Anti-Corruption Commission and other civil services have all been bastardised.’

13. Sampai begitu sekali (bastardised) DEB dihentam? Maka ada yang bertanya kepada tokoh ini:

Merchant Banker: What is your brother, the PM, going to do about it? I guess both of you are fans of the Myers-Briggs behavioural theory (I learnt that from Harvard Business School) where you re-orientate your behaviour according to the situation: what your audience wants to hear.

14. Ada juga yang tertanya-tanya, bukankah beliau juga produk DEB? Kalau beliau bukan adik DS Najib dan bukan pulak anak Tun Razak, adakah beliau akan duduk di kerusinya sekarang itu? Adakah beliau akan diundang oleh MCA untuk berucap di KEC tersebut? Tidakkah undangan tersebut bermotifkan ‘ada udang disebalik batu?’ dan ‘telunjuk lurus kelingking berkait’?

15. Dilaporkan beliau turut mencadangkan supaya AP (menjadi hak Melayu di bawah Perkara 153) dihapuskan atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir Melayu (ahli PEKEMA). Jika benarlah demikian, maka eloklah beliau turut mencadangkan supaya dihapuskan jugak lesen judi, arak dan astro serta runtuhkan monopoli gula, tepung dan sebagainya, atas alasan ia hanya menguntungkan segelintir orang Cina dan India sahaja.

16. Mohon janganlah hati orang Melayu yang telah luka berdarah ini ditaburkan pula garam dan diperahkan lagi limau ke atasnya. Yang menyayatkan lagi hati kami ialah tangan yang melakukannya bukan tangan orang lain melainkan tangan anak negarawan Melayu yang kami hormati dan sanjungi. Dibimbangi kerana “dek lenggang adik, baju abang pulak yang koyak” semasa PRU ke-13 nanti!

17. Telah pun kedengaran kata dua ke arah itu:

“Malay rights NGO Perkasa today told PM Najib Abdul Razak that he must do all he can to address the economic woes of Malays or risk losing their support in the next general election.”

Yang dikejar (undi kaum Cina) tak dapat, yang dikendung (undi Melayu) berciciran!

18. Saya tak mahu melihat malapetaka itu berlaku. Selisih malaikat 44! Lantas saya ingin memetik apa yang pernah saya tuliskan sebagai ingatan DSN dan Datuk Nazir:

“Concurrently, if he insists to go ahead with his current controversial and courageous decisions / policies [exhortations] without modifications, then he ought to be politely reminded of this line in Episode Six: The Right To Know of satirical Yes Minister… “Controversial” only means “this will lose you votes”; “Courageous” means “this will lose you the election”.

One took this liberty to sincerely remind [both] DS [and Datuk] for the sake of our collective / shared future, it’s indeed a very gentle but clear reminder:

Slowly meandering down from the foot of a mountain flows the river,
less restrained, the flotsam and jetsam are on the door step for sure.”


View the original article here

Sejarah dan tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan sesudah pengaruh Islam (Siri pengajian sejarah)

History of Southeast Asia.

Price:


Click here to buy from Amazon

Saturday, October 2, 2010

Dr M sakit - Web PAS keji habis-habisan












Berita Dr Mahathir sakit dan berada di hospital di Australia menjadi bahan cacian dan kejian ahli2 web Tranungkite Online. Jika anda baca komen2 yang dipaparkan anda harus merasa mual dengan akhlak mereka2 itu. Pelik tapi benar orang2 yang kononnya berbangga memperjuangkan Islam terang2 tidak mempunyai sahsiah diri yang boleh diikuti. Lebih parah lagi ada juga ahli web tersebut melebihkan Lim Guan Eng kerana kononnya LGE lebih baik dari Dr M!

Inilah padahnya orang Melayu Islam yang tidak lagi sedar kedudukan mereka yang menjadi tunggangan kafir laknat. Sementara LGE tidak pernah menafikan dirinya bangsa Cina atau Karpal Singh menafikan dirinya Bengali, ahli2 PAS beriya2 sangat menolak bangsa mereka sendiri - ada yang menyesal dan malu menjadi orang Melayu! Baguslah begitu - mungkin mereka itu ingat LGE dan Karpal akan sayang mereka lebih kerana penafian bangsa yang mereka buat ATAU LGE dan Karpal akan lebih mudah menerima Islam mereka kerana mereka berkompromi menjual perjuangan agama untuk politik.



Kata dulang paku serepih - Kata orang dia yang lebih!!

Dulu UMNO kawan dengan MCA MIC - mereka kata kawan dengan Kafir haram!
Hari ini PAS kawan dengan DAP - takpa Harus - malah kawan dengan Syaitan pun boleh!

Dulu apa saja yang UMNO buat, semua tak kena - SALAH!
Sekarang apa saja yang PAS tak mampu buat atau tak mahu buat waima hukum Hudud sekali pun - TAK APA - hikmah!

Entahlah, sampai bila kita nak biarkan lakonan buruk PAS ini berlarutan? Rasanya tidak lama lagi - selepas PR13 nanti apabila DAP memerintah Putrajaya dan PAS hanya dapat 'taik' barulah nak mengadah kut? Tetapi jangan takut, kita akan diberitahu oleh PAS bahawa kehancuran kuasa orang Melayu Islam dan hilangnya kesucian agama Islam selepas DAP memerintah nanti semuanya adalah salah UMNO - PAS tak salah juga seperti hujah Syaitan dihadapan Allah nanti - dia (syaitan) hanya mencadangkan kepada manusia untuk berbuat jahat - dia tak suruh pun! Manusia yang memilih untuk berbuat jahat! PAS pun begitu juga, PAS hanya cadang untuk orang Melayu menyokong PR (DAP) - kenapa orang Melayu ikut?? Sendiri buat sendiri tanggung lah!!

Lagi pun bukankah LGE dan Karpal lebih baik dari Dr Mahathir?!!

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi musibah akibat kesilapan kita sendiri!
Semoga Dr M cepat sembuh untuk terus membina kekuatan umat Melayu Islam dan orang Islam sejagat!


Segala cacian dan kejian ahli2 web PAS boleh dibaca disini:>>  Klik Sini

SEMAKIN RAMAI BUKAN MELAYU/BUMI TAK TAHU BM?

1. Isu yang diperbesarkan oleh NYSP kali ini adalah kemarahan seorang wanita Cina, Pn Loh Shi Mui, dan anaknya yang kononnya disuruh balik ke China kerana tak pandai berbahasa Melayu/Kebangsaan (BM). Tak dinyatakan pulak umur masing-masing. Yang agak pasti, umur anak Pn Loh tentulah kurang daripada 53 tahun.

2. Yang menarik perhatian saya ialah dua perkara:

• Mengapa sekarang bukan Melayu/Bumi semakin sensitif tentang isu ‘balik China/Tongsan’ atau ‘balik India/balik negeri’ ini? Dulu cakap-cakap seperti ini adalah bahan biasa; tak ada masalah – sama seperti Melayu disuruh balik kampong tanam kacang!

Tiada laporan polis dibuat walaupun balai polis juga banyak, terutama di Kuala Lumpur, termasuk di Kepong. Maka tak benarlah kalau dikatakan “pada zaman itu … tiada peluang dan tidak ada kemudahan untuk membuat aduan…”. Yang pasti, “… keadaan sekarang agak sudah berbeza.”

• Setelah 53 tahun Negara ini merdeka, adakah semakin ramai bukan Melayu/Bumi tak faham/fasih berbahasa Kebangsaan? Jika dulu mereka bukan sahaja pandai bercakap dalam BM, malah mereka boleh bertutur pula dalam loghat tempatan seperti loghat Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan. Sekarang? Hmmm…

Eloklah kerajaan membuat kajian seramai manakah mereka ini fasih bertutur dalam BM untuk menghapuskan tanggapan serong bahawa semakin ramai mereka itu tak fasih berbahasa Melayu. Implikasinya banyak dan besar; antaranya:

3. Kenyataan Gan Ping Sieu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang meletakkan kelemahan memahami bahasa ibunda satu sama lain sebagai punca penghalang perpaduan tidak membantu keadaan.

The lack of understanding of each other’s mother tongue has become a setback to forging national unity among Malaysians, in particular among the young.

Deputy Youth and Sports Minister Gan Ping Sieu attributed the problem to their reluctance to mingle with different communities.

“Unlike 30 years ago, when Malaysians of different races and ethnic backgrounds used to mix freely with each other, you can hardly see this happening these days,” he said when opening the Erican For School 123 language centre here on Friday

4. Kenyataan tersebut boleh diconstrue sebagai mempunyai kandungan tersirat dan berniat jahat / tak ikhlas. Kandungan tersirat ialah dia mahu mengagungkan bahasa ibundanya. Niat jahat dia pula ialah dia tak mengagung dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (BM) serta tidak mengiktiraf BM sebagai bahasa perpaduan.

5. Pada hemat saya, apa yang dikatakan ejekan oleh anggota polis itu, kata-kata oleh warga pendidikan yang menjadi hangat baru-baru ini  dan ucapan YB Dato’ Tan Lian Hoe yang telah menimbulkan kemarahan bangsa Melayu serta laporan polis oleh Pn Loh adalah sebahagian daripada manifestasi tujuh cabaran di atas (tips of the iceberg). Saya ulangi lagi bahawa sebahagiannya adalah sebab serta akibat Newton’s Third Law of Motion.

6. Cabaran substantif inilah yang perlu ditangani segera dengan cermat dan berhemah oleh semua pihak agar kita semua dapat hidup bersatu padu dalam sebuah Negara yang selamat, aman dan makmur.

7. Apa pilihan yang kita ada?

Nanyang Siangpao
Per: Balai Polis Sentul?
Ruangan: dalam negeri m/s A6
Tarikh: 5 September 2010 (Ahad)

Tajuk:

“Jika Tak Tahu Bahasa Melayu, Balik China”
Wanita Disamun Buat Laporan Polis Diejek Polis Pula

4hb Kuala Lumpur, seorang wanita berketurunan Cina meradang diejek oleh anggota polis kerana tidak tahu berbahasa Melayu, anggota polis tersebut mengejek dengan berbunyi “Jika tak tahu bahasa Melayu, Balik Cina”, mahu ketua balai balai Polis Sentul beri penjelasan dalam masa satu minggu!

Seorang wanita Cina puan Loh Shi Mui (terjemahan mandarin) 51 tahun, suri rumah mengadu kepada ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, Lim Lip Eng bersama wanita tersebut buat aduan polis di balai polis Sentul pagi semalam sejurus terima aduan dari wanita tersebut.

Pada 24 haribulan Ogos selasa jam 4.30 petang di Bandar setalite Kepong semasa Puan Loh She Mui mahu pulang ke rumah, ada 4 orang peragut bersama 2 buah motorsikal menghalang dan meragut beliau di tengah jalan, pada malam bersebut beliau ditemani oleh anak perempuannya yang berusia 26 tahun membuat aduan polis di balai Polis Kepong, kaki beliau cedera akibat insiden peragut itu, puan Loh mempunyai 3 orang anak.

Dikatakan puan Loh tidak begitu mahir berbahasa Melayu, terpaksa minta bantuan anak perempuannya, anak perempuannya menggunakan bahas Inggeris untuk membantu buat aduan insiden itu, pihak polis bukan sahaja tidak hiaraukan anak perrempuan Loh malah mengejek mereka dengan berkata: “jika tak tahu cakap bahasa Melayu, balik China”.

Puan Loh tidak dapat terima hakikat dan kata-kata pegawai polis tersebut, pada masa yang sama puan Loh mendakwa beliau adalah rakyat Malaysia, kenapa pihak berkenaan suruh beliau balik ke China? Dengan membalas kata: “pengapa cakap saya balik China? Saya orang Malaysia.”

Sikap Pegawai Penyiasat Sangat Buruk

Selepas insiden itu puan Loh rasa tidak puas hati, beliau anggap kenapa orang-orang Cina yang tidak tahu bahasa Melayu disuruh balik ke China, beliau buat keputusan untuk membuat aduan.

“sikap pegawai polis semasa ambil keterangan amat buruk, seperti tidak puas hati terhadap anak perempuan saya menggunakan bahasa Inggeris, pada masa yang sama pegawai polis tersebut menghisap rokok di depan kami, buat kami semakin rasa marah.”

Beliau menegaskan, tidak salah jika beliau tidak tahu berbahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi beliau bukan penjenayah, beliau adalah mangsa kepada peragut, kenapa pihak polis cuba menyusahkan beliau?

Puan Loh memberitahu, ini kali kedua beliau disuruh Balik ke China, kali pertama berlaku pada dua tiga puluh tahun yang lalu, isu yang sama itu berlaku kerana tidak tahu berbahasa Melayu disuruh balik ke China oleh jururawat dengan berkata “balik Tongshan”.

“pada zaman itu beliau diejek kerana tiada kesempatan, tiada peluang dan tidak ada kemudahan untuk membuat aduan, tetapi keadaan sekarang agak sudah berbeza.”

Beri Masa Satu Minggu Mahukan Penjelasan: Lim Lip Eng

Lim Lip Eng berkata, beliau beri masa satu minggu untuk ketua balai balai polis Sentul beri penjelasan terhadap perkara itu, jika tidak beliau akan adukan perkara itu ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman seterusnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata, semasa beliau tiba di Ibu Pajabat Balai Polis Sentul, Ketua Balai dan Timbalan Ketua Balai tidak berada di pos mereka, selepas menunggu lebih 15 minit baru muncul seorang pegawai polis untuk mengambil keterangan aduan mereka.


View the original article here

Friday, October 1, 2010

ISU SEKOLAH CINA – DESAKAN SEMAKIN MENINGKAT!

1. Nampaknya isu sekolah vernikular akan terus menjadi duri dalam daging masyarakat Malaysia, terutama ekoran daripada desakan berterusan dan terancang dari masyarakat Cina, selagi ianya tidak diselesaikan segera dengan cermat. Antara banyak contoh ialah apa yang disuarakan oleh Koh See Kian (KSK) melalui NYSP dan isu pengiktirafan sijil Sekolah Cina oleh Lim Meng Fah (LMF) melalui SCJP masing-masing pada 7 dan 14 September lalu. Silalah baca dua rencana berkenaan di bawah.

3. Jika isu sensitif ini tidak diurus dengan berhemah dan cermat maka, dengan kombinasi beberapa isu sensitif yang lain seperti isu bahasa, budaya, ekonomi, politik, Tan Lian Hoe, Namewee dan Ismail, ia berpotensi untuk membakar seluruh Negara.

4. Isu tuntutan Sekolah Cina, seperti isu desakan menghapuskan kuota 30% untuk Bumiputera, di samping diselimuti dengan emosi, mempunyai pelbagai implikasi lain. Tiga langkah, terutama langkah ketiga, yang dikemukakan oleh KSK di bawah mempunyai impak yang luas ke atas kesucian Perlembagaan (khususnya Perkara 152 & 153), Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Negara, kedudukan sekolah kebangsaan, SJK (T), kedaulatan Bahasa Kebangsaan, kebebasan berbahasa ibunda, peruntukan biasiswa, tempat di IPTA, kewangan kerajaan, ekonomi, perpaduan kaum, identiti rakyat Malaysia, 1Malaysia dan seterusnya.

5. Dalam pada itu, nampaknya cara isu tersebut dirongkai selama ini tidak langsung dihargai serta tidak berjaya mengembirakan masyarakat Cina dan jauh sekali mereka berterima kasih, jika berdasarkan ayat KSK ini:

“….mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”…”

“…. tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN….”

6. Malah, berdasarkan apa yang ditulis oleh LMF, boleh di construe atau misconstrue sebagai diberi betis hendakkan peha:

“…tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur…”

7. Masyarakat India juga marah sepertimana yang dijeritkan oleh kumpulan Hindraf.

8. Orang Melayu (dan Bumiutera?) pula berasa bimbang, terancam dan tidak senang hati terhadap pelbagai desakan dan tuntutan yang dibuat dari pelbagai sudut itu. Mereka melihat kaum-kaum berkenaan langsung tidak menghormati Perlembagaan dan apapun dibuat oleh kerajaan tidak akan memuaskan hati mereka; jauh sekali akan mendapat sokongan mereka.

9. Justeru kerajaan, termasuk para pemimpin parti dalam BN yang memerintah, hendaklah dengan segera dan ikhlas menangani isu ini secara tuntas, komprehensif dan berhemah. Ia termasuklah menjelaskan batas dan sempadan, hak dan tanggungjawab masing-masing. Proses penyelesaiannya hendaklah melibatkan penyertaan rakyat di meja bulat agar apa yang diputuskan nanti akan dengan mudah mereka buy-in serta mereka miliki secara kolektif (collectively owned).

Nanyang Siangpao
Per: Pendidikan Bahasa Cina? Najib?
Ruangan: Nan Yuan m/s A9
Tarikh: 7 September 2010 (Selasa)

Tajuk:

Ambil Berat Sekolah Menengah Cina Kerana Lahirkan Cerdik Pandai
Koh See Kian pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Kali pertama pihak kerajaan memberi biasiswa kepada 50 orang pelajar yang cemerlang menduduki peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, perkara ini perlu ambil perhatian serius, kerana ia memberi makna bahawa sekoleh menengah Cina dalam mata kasar pihak kerajaan bukan lagi satu peninggalan yang “dianak tirikan”, ataupun dibiarkan “hidup mati sendiri”, dalam satu keadaan ataupun sesuatu situasi menunjukkan bahawa pihak kerajaan sedang ke arah membuat satu perubahan dalam polisi pendidikan.

Sama ada polisi pendidikan akan berubah ataupun tidak mungkin itu bukan satu perubahan yang secara langsung, sekurang-kurangnya pendidikan sekolah menengah Cina adalah sudah dianggap penting untuk dijadikan salah satu tunggak kepada organisasi dan aliran pendidikan negara ini.

Mengikut laporan yang sah dari pihak kerajaan, setiap pelajar cermerlang itu mendapat 45 ribu ringgit biasiswa, diberi berperingkat-peringkat selama 3 tahun, jumlah keseluruhan wang sebanyak 2.25 juta ringgit untuk 50 orang telah diperuntukkan, angka itu cukup untuk melahirkan seorang mahasiswa. Jika kita renungkan sejarah sekolah menengah Cina untuk melihat biasiswa yang diberikan oleh kerajaan ini, mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”, inilah imbuhan yang kita dapat kerana selama ini kita telah buat banyak bantahan, tetapi ada banyak lagi isu yang masih belum dapat diselesaikan dan diungkai, kerana kita perlu lihat dan renung sejarah dan politik negara ini dalam menjurus kepada pembangunan serta kemajuan sekolah-sekolah menengah Cina.

Mengikut akta pendidikan tahun 1961 (acuan dari laporan yang disiapkan pada tahun 1960), sekolah-sekolah menengah Cina sudah tiba di persimpangan jalan, sama ada menerima pendidikan sekolah-sekolah kebangsaan; ataupun tidak menerima perubahan itu terus menjadi sekolah pendidikan swasta.
Pada masa itu presiden Jiao Zong Lim Lian Geok mengarahkan semua pengelola-pengelola sekolah menengah Cina jangan terima tawaran dari pihak kerajaan itu, sanggup mengikat perut mengecilkan perbelanjaan dan terus berdikari. Akhirnya hanya ada 16 buah sekolah menengah Cina yang kekal menjadi sekolah menengah swasta Cina, sebanyak 54 buah sekolah menengah Cina menjadi sekolah menengah aliran kebangsaan; tetapi pihak kementerian pendidikan pada masa itu oleh kerana mahu menggalakkan sekolah-sekolah menengah Cina terima tawaran itu, mengizinkan sekolah-sekolah yang masuk ke aliran kebangsaan itu boleh adakan kelas-kelas tambahan swasta pada sebelah petang.

Akhirnya dengan adanya kelas-kelas tambahan swasta itu berlaku berubah menjadi sekolah mengah Cina semula, pada hari ini bilangan sekolah menengah Cina menjadi 61 buah sekolah; dan yang mengikut pendidikan kebangsaan sebanyak 78 buah sekolah.

Bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan seramai 120 ribu orang dan bilangan murid di sekolah menengah Cina swasta seramai 60 ribu orang, bermakna bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan satu kali ganda banyak berbanding sekolah menengah Cina swasta. Apa yang membezakan mereka ialah; sekolah menengah Cina kebangsaan mendapat pendidikan percuma, gaji-gaji guru dibayar oleh pihak kerajaan, sukatan dan silibus pelajaran ditentukan oleh pihak kerajaan. Pernah dikritik oleh NGO-NGO Cina kerana sistem itu telah membelakangi pendidikan bahasa Cina, sekolah-sekolah tersebut didakwa telah berubah corak dan tidak ada bezanya dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan biasa.

Pembangunan Sekolah Cina Yang Begitu Getir Melambangkan Ketahanan Bangsa

Sebaliknya sekolah menengah Cina yang mahu mengekalkan identiti mereka langsung tidak dapat bantuan dari pihak kerajaan, terpaksa hidup dalam keadaan terumbang ambing meraba-raba dalam gelap untuk teruskan hidup. Oleh kerana demikianlah yuran sekolah terpaksa ditinggikan namun masih tidak dapat menampung gaji guru-guru, dan mengalami pergerakan bilangan tenaga pengajar keluar masuk yang amat ketara, jawatan guru-guru itu tidak seperti guru-guru di sekolah menengah kebangsaan di mana mereka mereka itu sebagai pegawai kerajaan, mereka boleh berkhidmat sehingga umur pencen.

Walau bagaimanapun, dalam tahun 60an pendidikan sekolah menengah Cina terus dapat berkembang, itu semuanya mengharapkan kecemerlangan ketahanan kaum bangsa dan sokongan dari masyarakat Cina itu sendiri, untuk mengjaga bahasa ibunda serta pendidikan ibunda milik sendiri sebagai tuju arah bersama, mahu terus pertahankan kualiti yang sedia ada dalam sistem pelajaran yang ada di sekolah-sekolah menengah Cina dengan lengkap. Tetapi pengiktirafan terhadap sekolah menengah Cina itu dinilai sendiri oleh mesyarakat Cina, dan mendapat perihatin daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Cina itu sendiri, mereka juga prihatin terhadap jatuh bangunnya sekolah-sekolah menengah Cina itu. Campur tangan dari pihak Dong Jiao Zong berperanan sebagai kordinator untuk peranan mereka sebagai penyelaras pendidikan Cina, tetapi tidak dapat memberi bantuan dari segi kewangan serta bantuan-bantuan lain. Akhirnya sekolah-sekolah menengah Cina dapat bangun dengan kederat sendiri, ada yang gemilang dan mantap ada juga yang kurang prestasinya dan penyelarasannya tidak begitu seimbang.

Walaupun mereka mengahadapi masalah kewangan, mereka setiap kali wujudkan dana-dana yang baru, namun mereka tetap masih boleh teruskan hidup sehingga ke hari ini, kelebihan yang ada pada pelajar-pelajar itu ialah boleh pengambilan bahagian dalam peperiksaan SPM dan STPM. Jika peperiksaan-peperiksaan itu ditambah pula dengan peperiksaan sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, apabila mereka menduduki kelas menengah atas Cina sekurang-kurangnya mereka telah menduduki 3 peperiksaan besar secara terbuka, jika keputusan mereka cemerlang, menunjukkan bahawa mereka ini memang hebat, tetapi bilangan itu agak kecil.

Kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Cina, peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina itu sebagai salah satu cara untuk mereka melanjutkan pelajaran. Walaupun mereka tidak dapat masuk ke IPTA tempatan, mereka boleh masuk universiti-universiti di luar negara ataupun universiti-universiti swasta tempatan.

Masa Depan Sekolah Menengah Cina Satu Cabaran Bagi Najib

Bermula pada tahun 1962 sehingga sekarang sudah 48 tahun, walaupun kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina menjadi salah satu tunggak kepada pendidikan di negara ini, tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN, yang sepatutnya pemegang sijil SPM sahaja yang layak memohon biasiswa tersebut, ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sekarang ini bersedia membantu pelajar sekolah menengah Cina secara praktik, sekarang ini ditambah pula dengan duit yang banyak untuk peruntukan biasiswa kepada bekas pelajar, isu ini menampakkan seperti satu perubahan telah tiba kepada kita.

Kalau kita lihat satu dua pergerakan ini, masih belum mencukupi untuk memberi impak tindak balas kerajaan terhadap perubahan polisi pendidikan negara, dengan itu walaupun kita nampak hasrat perdana menteri mahu ambil berat terhadap cerdik pandai dari sekolah menengah Cina, mahukan mereka satu masa nanti kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara, memang wajar jika pihak kerajaan mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, samakan taraf mereka dengan sekolah menengah kebangsaan, melalui keputusan peperikasaan dinilai untuk mendapatkan biasiswa.

Selain dari itu kita berharap pihak kerajaan boleh buat beberapa langkah seperti di bawah ini:

1. beri peruntukan kepada sekolah-sekolah menengah Cina secara tetap (bukan bermusim), peruntukkan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah serta tingkatkan penggajian dan imbuhan guru-guru.

2. lakukan seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, pihak kerajaan bayar mengikut kepala 1+1, (sepatuh yuran ditanggung oleh pelajar dan separuh lagi yuran ditanggung oleh pihak kerajaan), supaya dapat meringankan beban pelajar.

3. pihak kerajaan letakan semua sekolah-sekolah sama rata, tidak dibeza-bezakan antara sekolah bantuan penuh ataupun bantuan separuh, serta menanggung kos-kos pembesaran bangunan-banguanan sekolah menengah Cina.

Sebaik sahaja pihak kerajaan masukkan pendidikan sekolah menengah Cina sebagai aliran sekolah kerajaan, Lim Lian Geok yang sudah lama mati di alam akhirat tentu akan tersenyum melihat apa yang berlaku itu dan apa yang beliau taburkan bakti itu kini sudah berbaloi.

Ini adalah cabaran kepada kewibawaan Najib, adakah masa depan pendidikan bahasa Cina lebih cerah?

Sinchew Jitpoh
Per: pengiktirafan sijil sekolah Cina?
Ruangan: Opinion Corner m/s 26
Tarikh: 14 Sept 2010 (Selasa)

Tajuk:

Jangan Menggelabah Sendiri
Penulis Lim Ming Fah/eksekuti editor akhbar ini

Satu patah perkataan dari Chua Sui Lek: “bukankah ini sudah bermakna ia telah diiktiraf”, ia diumpama melambangkan sijil peperiksaaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan, sedangkan dalam telekkan (bazi) belum terurai lagi, pandangan dan pengakuan oleh MCA dalam masyarakat Cina terhadap isu itu masih nampak longgar lagi.

Isu pemegang sijil kelulusan gabungan sekolah menengah Cina diterima untuk memohon masuk ke maktab perguruan, menjadi harapan kepada masyarakat Cina, bahawa pihak kerajaan akan secara menyeluruh mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, dikatakan telah memecah benteng halangan itu yang berlaku selama ini. Tetapi apa yang dipersetujui oleh Chua Sui Lek dengan pandangan masyarakat Cina agak berbeza yang amat ketara sekali, dengan itu timbul satu lagi era perbalahan.

Pandangan dari pihak Dong Jiao Zong, sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah Cina lebih tinggi tarafnya daripada sijil SPM, memang ada kebenarannya. Sebab itu pihak mereka mahu sekurang-kurangnya ada 3 atau 5 mata pelajaran yang lulus dengan kepujian layak memasuki maktab perguruan (dengan ditambah lulus bahasa Melayu SPM), mereka anggap itu boleh diterima pakai; tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur.

Tetapi bukankah sijil gabungan sekolah Cina itu memang hasil daripada peninggalan dari satu sistem yang terwujud dari arus pembangunan pendidikan negara ini, kami mahu pihak kementerian pelajaran halusi serta beri pertimbangan yang wajar dan lebih adil untuk menilai kedudukan akademiknya. Mahu kerajaan mengiktiraf nilai sijil gabungan sekolah CIna lebih tinggi daripada sijil SPM memang agak susah.

Sebenarnya seseorang pelajar sekolah Cina yang menduduki peperiksaan gabungan itu jika sekurang-kurangnya mendapat 3 mata pelajaran cemerlang (saya anggap jika benar pelajar itu diterima masuk ke maktab perguruan menggunakan sijil yang sama, kita sendiri perlu gariskan dan menilai kelayakan sebenar diri kita), jika kita rajin belajar sedikit sahaja lagi, mahu mendapatkan bahasa Malaysia kepujian dan ditambah lagi 3 mata pelajaran SPM kepujikan memang bukan satu halangan besar.

Sebab itu ia bukan masalah sijil kita dipandang rendah ataupun tidak, kerana syarat pelajar sekolah Cina jika diberi kelonggaran bahasa Melayu kepujian serta ditambah lagi 3 mata pelajaran kepujian dalam SPM memang bukan satu masalah yang besar, ia tidak dianggap terlalu keras, cuba kita ke alam realitinya, jika seorang pelajar tidak mencapai kepujian dalam bahasa Melayu SPM dan juga 3 lagi mata pelajaran tidak mendapat kepujian, cuba anda fikirkan mampukah mereka hadapi pelajaran di maktab perguruan itu nanti?

Apa yang difahamkan, maktab perguruan di negara ini walaupun di bahagian pendidikan Cina, ia hanya satu mata subjek bahasa Cina sebagai bahasa penghantaran, selain dari itu mata pelajaran lain semuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantaran di maktab itu, semua kertas kerja dan tesis perlu disiapkan dengan menggunakan bahasa Malaysia. Kepada pelajar-pelajar sekolah Cina yang ingin masuk ke maktab peguruan, ini adalah satu cabaran yang besar kepada mereka, kelayakan SPM lulus kepujian bahasa Malaysia serta ditambah 3 lagi mata pelajaran perlu mendapat kepujian itu hanya kelayakkan yang terlalu minima.

Tetapi jika ia dilibatkan dengan fakta, dan dikaitkan pula isu memperkecilkan sijil, isu itu akan lebih kompleks, ia akan menjadi susah untuk diselesaikan.

Sepatutnya fakta itu perlu dihalusi serta diimbangi supaya sama-sama dapat selesaikan isu ini, apa yang kita mahukan dalam perbezaan ini perlu ada perbincangan kesepakatan, saling mencari jalan; bukan saling bertengkar, bukan saling bermusuhan, dan jangan saling melebelkan dalam menilai sijil-sijil.

Apa yang dibincangkan selama ini, masalah pekong yang sebenar; hanya terpusing-pusing berkaitan isu pengikirafan sijil ataupun tidak, kenapa kita mahukan syarat-syarat tambahan seperti itu?

Matlamat akhir sebenarnya apa yang kita mahukan, kita perlu melihat dengan jelas; jangan membuta tuli tidak nampak hala tuju, akhirnya nanti kita sendiri yang menggelabah!


View the original article here

Melayu!! Tanah Melayu Bukan Lagi Milik Melayu

Semananjung Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya atau Malaysia merupakan negara asal orang orang Melayu ,bangsa Melayu tidak mempunyai tanah lain selain dari negara ini.Tanah Melayu dikurnia oleh ALLAH dengan tanah yang cukup subur jika dibanding dengan kebanyakan negara didalam dunia ini,bukan sahaja subur tetapi
dijauhi dari kawasan lingkaran api gempa bumi , gunung berapi dan bencana alam yang merbahaya .

Bangsa Melayu majoritinya patuh kepada ajaran agama Islam dan boleh dikelasifikasikan sebagai bangsa yang amat tinggi budi bahasa,sopan santun serta melakukan semua tuntutan agama Islam sebagai seorang Muslim yang baik ‘a devout muslim’.Melayu pernah dijajah hampir 500 tahun oleh Portugis,Belanda,British dan Jepun,tetapi ini semua tidak melekakan Melayu didalam memperjuangkan kebebasan negara mereka dan hasilnya British diusir keluar dengan cara yang cukup tertib lagi terhormat.

Selepas Merdeka, dengan Kepimpinan yang baik yang diterajui oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga ke Perdana Menteri ke empat YBhg Tun Dr Maharhir Mohammad ,Tanah Melayu telah bergerak dengan cukup pantas sehingga menjadi negara yang termaju dikalangan Negara negera Islam.Dunia menghormati negara kita malah ada negara yang cukup cemburu dengan pencapaian negara kita.

Selapas Perdana Menteri ke empat menyerah kuasa kepada Tun Abdullah Badawi pada tahun 2003,petanda petanda buruk telah mula kelihatan apabila Perdana Menteri Abdullah Badawi cuba membuat pembaharuan dengan mengamalkan dasar LIBERAL dan KETERBUKAAN  didalam Pemerintahannya.Ini ditambah tokok lagi dengan kepimpinan yang lemah,tidak tegas,’flip flop’,dan tidak ada arah tuju yang jelas.Kesannya Melayu telah berpechah dengan teruk sekali kepada tiga kumpulan dan ianya menjadikan Bangsa Melayu bangsa minoriti didalam negaranya sendiri.Klimaksnya ialah keputusan PRU 12 tahun 2008 dimana Melayu telah mula hilang kuasa.

Akibat hilang kuasa dan takut akan terus hilang undi dari Bangsa CINA dan INDIA ,Perdana Menteri Najib telah tunduk dengan apa saja kemahuan dan tuntutan dari orang orang cina dan india.Apa saja yang diminta PM Najib akan tunaikan tanpa sebarang sekatan.Hari ini kaum bukan Melayu amat berkuasa dan pemimpin Melayu tidak berani menyentuh atau mengherdik puak puak ini.

Tahun ini merupakan tahun yang dipenuhi dengan tuntutan tuntutan RASIS yang amat melampau,memaki hamun Melayu,mencaci nama ALLAH ,mencarut dengan bahasa lucah terhadap lagu negaraku dan Kementerian Pelajaran dan Kerajaan tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap puak puak ini,antaranya:

1.Ketua Pemuda MCA,Dr Wee Kah Siong mempertikaikan Biasiswa untuk penuntut MARA dan beliau mahu ianya dihentikan.
2.Dato Seri Chua Soi Lek,Presiden MCA mahu Kerajaan hapuskan kuota bumiputra dan semuanya mestilah berasaskan MERITOKRASI ,maknanya Perkara 153 didalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihapuskan.
3.Parti DAP mahu Kerajaan membenarkan puak kristian guna nama ALLAH.
4.Pemuda GILA BABI NAMEWEE,mencarut ,maki hamun kepada TNB,guru melayu,Kementerian Pelajaran dan agama Islam.
5.Perempuan CINA bukan Islam boleh masuk kedalam surau untuk beri ceramah.

Dan banyak lagi perkara perkara yang menyakiti hati orang melayu telah dilakukan oleh bangsa bukan melayu terhadap orang melayu ,anehnya bila orang melayu bertindak balas Kerajaan terus bertindak terhadap orang
melayu dan terus dikenakan pertuduhan dan ada yang telah dikenakan hukuman penjara serta didenda beribu ribu ringgit.Terkini seorang blogger Hassan Skodeng yang menulis satu satira terhadap TNB telah didakwa dimahkamah walhal NAMEWEE telah mencarut,maki hamun dengan kata kata ‘FUCK TNB’ tiada sebarang tindakan diambil .

MELAYU anda semua telah tidak ada lagi Tanah Melayu,sampai bila mahu berperang saudara sesama bangsa dan agama !

1Melayu


View the original article here

Tuesday, September 28, 2010

Sejarah SintangThe History of Sintang: A Collection of Books, Manuscripts, Archives and Articles (Bulletins of the Royal Tropical Institute)

Sejarah SintangThe History of Sintang: A Collection of Books, Manuscripts, Archives and Articles (Bulletins of the Royal Tropical Institute)* Complete overview of Western printed sources reporting on the history of Sintang

In 2004 the government of Sintang in West Kalimantan, Indonesia, and the Tropenmuseum agreed on the cooperation in a project towards the realization of a new cultural center “Pusat Kebudayaan Sintang”. This center will be dedicated to the presentation and preservation of the area’s rich cultural and historical heritage. As a community center, it will link contemporary arts, crafts and culture to information about the past. The official opening of the center, including a museum, will be in October 2008.

This Bulletin, published in Bahasa Indonesia and English in one volume, reports on the most important historical events of Sintang as told in Western printed sources, such as travel accounts, history books, maps and archives. These sources present one part of the full history, the Western view. The Bulletin now intends to be an aid for further research in Indonesia on the many other perspectives on the history of Sintang.

Price: $35.00


Click here to buy from Amazon

Pengorbanan Bangsa Melayu

Petikan kata-kata pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 ”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

Kata-kata seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

‘Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ”Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? “Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”Persoalan kita : Kenapa pengorbanan ini tidak dihormati oleh sesetengah-tengah mereka yang menikmati kehidupan yang senang lenang dan aman damai tanpa diganggu?

View the original article here

SUATU HARI DIHARI RAYA (BAHAGIAN KE-2)

1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.   Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran, ma

Kenapa PAS perlu ditentang Kenapa PAS perlu ditentang

Kalau sebelum PRU12, kita semua belum tahu bagaimanakah caranya PAS memerintah. Sekarang sudah masuk hampir 3 tahun, tak ada pembangunan lain selain tumpang bangga dengan Kolej Insanniah yang didirikan Kerajaan BN sebelum ini dan menganjurkan ceramah, ceramah dan ceramah.   Punyalah banyak kelemahan yang telah Kedah Times dedahkan tetapi langsung tak dijawab samada dalam Harakahdaily.net [...]

PAS – Parti Ajak Sembang, Kerja Tak Payah Buat PAS – Parti Ajak Sembang, Kerja Tak Payah Buat

Kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS yang tunggaknya 16 DUN Pas (1 DAP dan 3 PKR), sila lihat semua senarai alamat yang dipaparkan disini. Ini baru sedikit sahaja. Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Kepada pengikut-pengikut fanatik PAS yang memboikot kenduri, majlis, kematian serta apa-apa saja majlis agama anjuran ahli UMNO, carilah apa yang ada dialamat-alamat [...]

Tahniah lagi kepada Kerajaan PAS Kedah Tahniah lagi kepada Kerajaan PAS Kedah

1. Sukan bolasepak merupakan sukan yang kompleks dan melibatkan puluhan aspek dari segi strategi, kesihatan pemain, diet, stamina, mekanik, psikologi, pengurusan. Malah pemain-pemain dapat mengecam rakan dengan hanya mendengar dan mengenali suara setiap pemain. 2. Tetapi bagi penonton, hanya jaringan gol, serangan dan pertahan sahaja yang dinilai. Jika tiada jaringan gol atau pertahan memboloskan gol, [...]

Apabila Penonton Menjadi Pengurus Apabila Penonton Menjadi Pengurus

View the original article here

Monday, August 30, 2010

Isu kafir masuk masjid / surau

Sehari dua ini isu YB dari DAP masuk masjid dan surau untuk memberi sumbangan hangat diperkatakan. Sebenarnya perkara ini telah bermula sejak Pakatan Rakyat merampas beberapa negeri dari BN pada PR12 yang lalu. Pada fahaman kebanyakan orang Islam biasa di Malaysia, PAS sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat sepatutnya berperanan memelihara kesucian rumah2 ibadat orang Islam. Sebaliknya kita dapati satu angin liberal yang belum pernah kita lihat sebelum ini dalam minda ahli2 PAS yang bukan sahaja tidak menjaga kesucian rumah2 ibadat tersebut malah menggalakkan pula kafir2 DAP itu memijak ruang tengah sembahyang - hanya sejadah Tok Imam saja yang belum diberi untuk DAP duduk/berdiri untuk bertazkirah kepada jemaah.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Pada saya ini adalah kerana mereka yang bertanggung-jawab iaitu jawatan kuasa Masjid atau surau yang sudah terpengaruh dengan fikiran liberal dan perasan 'tera' parti PAS - bahawa kononnya pendekatan sedemikian menunjukkan kepada parti  DAP bahawa PAS bukan lagi fanatik macam dulu: bahawa mungkin DAP akan mendapat hidayah untuk menerima Islam; bahawa setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah tulin dan suci! PERGGGH!! Mengapalah rakan2 dan sahabat2 kita dari PAS begitu sombong dan bodoh???

Perbuatan mereka itu disandarkan kepada zaman dahulu dimana orang2 Kafir kagum dengan orang2 Islam sehinggakan orang2 Kafir teruja dan tertarik dengan kebijaksanaan dan kehebatan orang2 Islam seperti Saidina Omar Al-Khatab atau Salehuddin Al-Ayubi! Pada zaman itu orang Islam adalah teraju dalam pelbagai bidang kehidupan - matematik, sains, astronomi, perubatan, geografi dan industri. Sanjungan orang kafir terhadap kehebatan ini tersimpan sampai sekarang dalam bentuk jubah graduan2 Universiti semasa konvokesyen mereka - lambang kebijaksanaan dan kematangan ilmu! ITU DULU!

Sekarang ini, diserata dunia dan di Malaysia, apa ada pada orang Islam? Tambah2 lah pulak pandangan DAP terhadap PAS dan orang Melayu Islam terutamanya. Tidakkah Kit Siang dan Karpal itu memandang 'hina' agama dan orang Islam? Macam mana lagi mereka perlu buat atau kata sebelum kita faham apa yang mereka perjuangkan - untuk menghapuskan penguasaan orang Melayu Islam dan menolak Islam sebagai agama rasmi dan ulung di Malaysia. Janganlah kita menipu diri sendiri dan berkata bahawa itu bukan pandangan semua ahli DAP - itu hanya Kit Siang dan Karpal, ahli2 lain bukan macam itu! Sebenarnya, kalau Kit Siang dan Karpal yang paling bijak dan licik dalam DAP itu tidak menerima Melayu dan Islam, ahli2 lain lagi2 lah tidak minat kepada kita. Nak ajak Teresa Kok, Tony Pua, Ronnie Liu memahami Islam dan PAS khasnya dan orang Melayu amnya - sudah lah, jangan mimpi lah!

Baru2 ini juga timbul pula isu pasal mendoakan Guan Eng. ada juga pihak2 dari PAS cuba mengaitkan kisah dimana Rasulullah pernah mendoakan diantara dua Omar untuk masuk Islam. Maka hujah mereka i) tidak salah untuk mendoakan orang Kafir - untuk masuk Islam 2) kiranya Sunnah Nabi. Macam itu punya usaha untuk 'matlamat menghalalkan cara' - kalau nak bagi bini atau mak sendiri pun boleh kut sebab nak pujuk DAP masuk Islam! Bukankah Abdul Rahman Auf dipelawa untuk mengambil salah seorang isteri sahabat dari kaum Ansar semasa Hijrah pertama dulu!? Itu pun satu lagi 'perkara' yang PAS boleh cuba untuk memenangi hati Guan Eng!

Hakikatnya ialah jiwa dan hati PAS sudah lemah - Guan Eng kata sahaja dia nak ikut Umar Abdul Aziz, maka masyhurlah dikalangan ahli PAS bahawa Guan Eng nak peluk Islam. DAP tidak minta pun nak masuk masjid kita - kita yang terhengeh-hengeh menjemput DAP. Kita yang memuja mereka dan bukan sebaliknya! Bodoh dan sesak sungguh nampaknya PAS untuk menghalalkan kesilapannya bersekongkol dengan musuh yang terang lagi nyata. Ini agaknya tempelak dari Allah SWT sendiri - dulunya apa sahaja yang UMNO buat adalah haram dan ditolak Islam kononnya - berkawan dengan Cina, lantik kafir jadi menteri, buat itu salah, tak buat ini salah dan pelbagai lagi bahan kempen untuk memancing undi. Hari ini kita lihat dengan mata kepala kita sendiri betapa semua yang haram dahulu sudah halal sekarang ini. Allah SWT Maha Mengetahui! Malangnya orang Melayu Islam biasa di Malaysia terpaksa menerima bahana pembohongan diri sendiri oleh PAS.

Jangan salah faham wahai pembaca - saya tidak kata UMNO betul! Saya hanya kecewa kumpulan yang hendak menolak UMNO rupanya lebih teruk perbuatannya. Kalau UMNO dikatakan melahap kekayaan dunia dan tidak peduli akhirat, sekarang ini sudahlah PAS tidak peduli kepada dunia dan lebih teruk lagi PAS mengadaikan akhirat! Apa tidaknya, kepimpinan Pakatan Rakyat berada pada DAP (perintah didunia) dan segala apa yang suci tentang Islam kini diambang kemusnahan - inilah perjuangan PAS sekarang

i) Bangsa Melayu tidak boleh diperjuangkan (Assabiyah - racist)
ii) Hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak perlu kekal dalam Perlembagaan (Keadilan - sama rata)
iii) UMNO mesti dikalahkan malah dipupuskan (ganti dengan DAP secara tidak langsung)
iv) Bergabung atau kerjasama dengan UMNO tidak boleh (UMNO munafik - dengan DAP tidak mengapa, mereka pun benci UMNO juga)
v) PAS adalah parti Allah ( mesti dapat pertolongan punya!)

Sebenarnya, saya tidak sangka begitu bodoh dan sombongnya pegangan PAS sekarang. Macam2 telah dibuat DAP di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Namun PAS masih bersama-sama mempertahankan kepentingan Pakatan Rakyat. Seolah2 apa yang ada di Malaysia selama ini semuanya zalim dan haram belaka. Teringat saya kepada kisah negara Kordoba di Andalusia, Sepanyol dulu - oleh kerana terlalu inginkan kuasa memerintah ada dikalangan pembesar orang Islam berpihak kepada Kristian dan membuka pintu tembok untuk membenarkan tentera Kristian memasuki ibu negeri Kordoba. Mereka berharap untuk menjadi pemerintah mengantikan Khalifah masa itu. Akhirnya, Kordoba jatuh ketangan Kristian dan orang2 Islam yang belot kepada Khalifahnya sendiri dihukum bunuh oleh Kristian dengan kata2 ' Pembelot seperti kamu tidak layak hidup'!

Politik dunia itu kotor dan berkawan dengan musuh hanyasanya untuk mengalahkan saudara seagama adalah strategi paling bodoh dan akan memakan diri!  Belajarlah dari sejarah silam - sebelum semuanya terlambat!!

Friday, August 27, 2010

Apakah perjuang PAS sebenarnya?

Hari ini kekecewaan saya terhadap PAS sudah tidak dapat disorok lagi. Terlalu banyak sangat perkara2 musykil dan pelik dilakukan, disokong atau didiamkan saja oleh PAS. Saya tahu bukan semua ahli atau penyokong PAS bersetuju dengan semua yang berlaku TETAPI saya terpaksa rangkum semua sekali sebab PAS adalah parti politik yang kononnya memperjuangkan agama Islam. Sebagaimana juga PAS melabel UMNO keseluruhannya tiada nilai dan tidak berguna lagi untuk orang Melayu di Malaysia walaupun sebenarnya hanya sebahagian sahaja ahli UMNO yang tidak 'berguna'!















Hakikatnya PAS berjaya dengan slogan bahawa perjuang berdasarkan bangsa adalah tidak 'halal' dan tidak semurni perjuangan kerana agama. Maka ramai diantara orang Melayu telah menerima slogan dan pegangan tersebut sehingga tidak lagi minat untuk menyokong UMNO kerana tidak mahu kepada perjuangan bangsa semata-mata. Ditambah pula dengan coretan keburukan yang telah dilakukan oleh kroni2 UMNO serta tidak 'islamik'nya orang2 UMNO, maka bertambah yakinlah orang Melayu untuk menolak atau sekurang2nya enggan bersama UMNO.

Malangnya, orang Melayu tertipu dengan helah politik PAS ini dan PAS sendiri tidak juga berjaya sangat menarik semua yang bencikan UMNO untuk meyertai PAS. Yang berlaku ialah orang Melayu membuat pilihan untuk menyokong Parti Keadilan dan bukanya PAS secara terus. Orang Melayu tertipu kerana apa yang dikatakan oleh PAS perbuatan buruk UMNO kini dilakukan atau diredhai oleh PAS, kadang2 lebih dahsyat lagi buruknya dari UMNO.

Dalam BN, sekurang-kurangnya UMNO menerajui pelbagai parti politik lain - sekurang2nya orang Melayu menjadi ketua dan yang bukan Melayu mengikut sekadar yang mereka mampu. Agama Islam sentiasa terpelihara dan tidak dicemari oleh bangsa asing. Dalam UMNO dan BN Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu (dalam konteks Tanah Melayu).

Dalam Pakatan Rakyat, PAS hanya memainkan peranan tukang sokong dan tukang sorak. Melainkan di Kedah, dinegeri2 baru yang kuasai PR tak pandang pun kepada PAS. Entahlah bila PAS nak sedar yang Karpal tidak suka kepada mereka dan Guan Eng hanya bersandiwara sahaja. Keadilan tentulah mahu kepada sentimen anti-UMNO dari PAS tetapi mereka bukan mahukan apa yang PAS mahu.















Dalam Pakatan Rakyat, orang Islam (PAS tidak mahu guna istilah Melayu) jadi kerbau dicucuk hidung oleh orang2 bukan Islam. Banyak perkara yang tidak terlintas boleh berlaku dahulu kini sudah berlaku. Sikap setiakawan PAS jelas tidak bertempat - saudara seagama dianggap musuh dan mereka yang jelas musuh diberi segala sokongan dan persaudaraan walaupun memakan diri orang yang sebangsa seagama.

Saya tidak akan bersuara sekiranya PAS ingin mengantikan UMNO untuk memerintah negara ini kerana ahli2 PAS adalah orang Melayu beragama Islam seperti juga orang2 UMNO. Tetapi ini tidak - nampak jelas bahawa jika BN kalah dan UMNO jatuh semasa PR13 nanti yang akan memerintah adalah kumpulan dari Keadilan dan DAP! Minta maaf tetapi saya sesungguhnya tidak nampak kaliber YB dari PAS yang akan diberi ruang oleh kerajaan Pakatan Rakyat - seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Perak (sebelum ini). PAS hanyalah alat untuk memusnahkan kedudukan orang Melayu dan akhirnya kedudukan agama Islam itu sendiri.

PAS cakap tak serupa bikin - nak bertengkar dengan Karpal pun tidak mampu. Nak perjuangkan penindasan orang Melayu di Pulau Pinang pun tak larat. Lebih teruk lagi, kesejahteraan Guan Eng pulak yang didoakan. MasyaAllah, dulu kata macam2 kepada UMNO - kawan dengan kafirlah, bagi muka kepada kafirlah dll. Hari ini dengan senang hati orang PAS bagi mimbar masjid dan mihrab surau untuk DAP bertazkirah.















50 tahun lebih Chin Peng berjuang untuk merampas Tanah Melayu untuk kaumnya. Ribuan askar dan Polis Melayu (Islam) terkorban mempertahankan bumi ini. Sekarang senang2 sahaja PAS berkompromi untuk menerima semua (hantu ke syaitan ke bekas komunis atau chauvanis cina) asalkan UMNO dapat dihapuskan. Inilah dia sifat buruk orang Melayu iaitu dengki khianat - biar siapa (bangsa sendiri) pun tak dapat - biar orang lain memerintah bumi ini; biar satu hari nanti azan tidak boleh dilaungkan kuat2, orang Islam tidak boleh berniaga dirata2 tempat, orang Islam yang tidak berbahasa Cina sukar mendapat kerja dan pelbagai lagi sekatan dan kekangan seperti mana yang berlaku di Singapura.
















Kadang2 saya terlintas dihati - adakah kita orang Melayu beragama Islam sedang menanti kifarah dari Allah - seperti mana yang berlaku di Acheh atau di Bosnia dulu?
Kenapalah sukarnya untuk disatukan hati umat Islam dikalangan orang Melayu ini? Nanti apabila Perlembagaan telah ditukar malah bendera pun diubah rekabentuknya, baru masa itu kita semua nak mengaduh kesal?! DS Anwar ada berkata dalam wawancara dengan media antarabangsa 'Apalah gunanya agama kalau tiada keamanan?' (Nak tunjuk betapa dia itu menyayangi keamanan) TETAPI saya kata ' Apalah gunanya keamanan jika tiada agama!'

Saya seru kepada ahli2 PAS semua, fikirlah masak2 sebelum menyerahkan negara ini ketangan DAP sepupu PAP(Singapura). Kalau tuan2 jadi pemimpin dinegara ini InsyaAllah ramai orang Melayu akan sokong kerana 95% orang Melayu beragama Islam. Tetapi jika hanya kerana ingin jatuhkan UMNO kerana kebencian maka yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang! Orang2 UMNO seburuk2 mereka hanya orang2 Islam yang terlencung dan terlupa maka berdakwahlah kepada mereka dan ingatkan mereka tentang kubur, syurga dan neraka. Kalau betullah perjuangan PAS untuk agama semestinya penyatuan sesama seagama lebih baik untuk semua. Jika orang Islam memerintah (UMNO atau PAS) kita tidak akan menganiayai orang lain bahkan kita tetap adil. Tetapi jika orang bukan Islam yang memerintah percayalah, kezaliman mereka nampak saja halus tetapi adalah terlalu keras!
















Saban hari di Pulau Pinang, warisan dan sejarah orang Melayu Islam sedikit2 dihilangkan dari pandangan dan ingatan umum. Bayangkan Bazar Ramadhan di Penang Road dengan 70 gerai sejak 20 tahun dahulu dalam masa 2 tahun telah dikurangkan kepada 18 gerai sahaja. Kononnya atas alasan kesesakan lalulintas! Sebaliknya, kalau pesta Hantu Lapar ke Thaipusam ke, nak sesak sehari semalam pun tidak mengapa - kebebasan berbudaya konon. Yang sebenarnya, apa2 sahaja yang melibatkan orang Melayu Islam adalah sesuatu yang jelek untuk mereka. Ahli2 PAS tolonglah sedarkan diri sendiri dan pemimpin anda! Allah menyaksikan segala2nya - kita tidak mungkin dapat memberi alasan!


Soalan saya ialah apakah perjuangan PAS sebenar-benarnya?

Sunday, May 30, 2010

Ketumbukan Melayu terakhir di Kuala Lumpur













(The last Malay enclave in
Kuala Lumpur)


Komentar:
29-5-2010

Betulkah pembangunan Kampung Baru tidak akan berjaya tanpa orang bukan Melayu?

Semangat juang pihak pemerintah sendiri nampaknya sudah luntur - keyakinan diri serta keyakinan terhadap bangsa sendiri jelas semakin pudar!

Tapi tidak mengapa - ada lagi orang Melayu yang masih mampu memikirkan perkara ini dan percayalah jika orang lain boleh maka orang Melayu juga boleh! Lupakah kita kepada sejarah asal Kampung Baru itu sendiri? Bukankah orang Melayu juga yang meneroka kawasan tersebut sehingga British mengiktirafnya dan mengadakan enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS)? Setelah 110 tahun bapa2, datuk2 dan nenek moyang kita mempertahankan 'hak' mereka, hari ini dengan sepotong janji kita hendak melepaskan 40% pemilikan kita kepada orang lain!?

Tidakkah meremang bulu roma kita mendengar janji sedemikian? Sabar, sabar, sabar - jangan terburu-buru - ada lagi cara untuk membangunkan Kampung Baru tanpa 'mengadai' percuma tanah pusaka kepada orang lain. Cuba duduk dan renung dulu. Mahukah kita diingati dalam lipatan sejarah sebagai generasi yang 'beralah' tanpa diserang? Begitu lemahkah pendirian kita?

Jangan salah faham - bukan pembangunan yang ditolak - cara yang dirancang yang perlu dihalusi. Ada jawapannya, mesti ada - yakinlah, mesti ada caranya - yang tidak perlu kepada menggadai maruah dan hak milik walaupun seinci!

...... Kaedah pembangunan ala Abu Dhabi.... bersambung

Sunday, February 14, 2010

Sambutan Maulidul Rasul

Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS hari ini sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan Kelantan tidak akan menyambut Maulidul Rasul pada 26 Feb 2010 nanti. Kenyataan beliau seolah-olah memberi nafas lega kepada Lim Guan Eng yang pada 5 Feb 2010 yang lalu telah pun membatalkan perarakan Maulud Nabi peringkat negeri Pulau Pinang sebelum menarik balik arahan awal itu pada 12 Feb 2010.

Nampaknya LGE yang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Umar Abdul Aziz hampir 'tepat' dengan telahannya mengenai Maulud Nabi. Sayangnya Dato Nik Aziz lambat memberi sokongan kepada beliau - jika tidak harus arahan awal untuk tiada perarakan Maulud Nabi tidak akan ditarik balik.

Walau bagaimanapun, tarikh 26Feb masih lambat lagi - kalau LGE nak tarik balik arahan tarik balik beliau mengenai perarakan Maulud Nabi pun tiada salah lagi baginya kerana Dato Nik Aziz sendiri tidak akan sambut Maulud Nabi. Katanya, LGE masih akan adakan Perhimpunan Ummah sebagai ganti kepada perarakan itu.

Memanglah isu sambutan Maulud Nabi ini sudah lama dalam perbahasan orang Islam sendiri sejak kurun ke 8 di Mekah. Ada penyokong dan ada penentangnya! Namun, kalau kita kaji tujuan Salahuddin Al-Ayubi untuk memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW, kita pasti akan memahami kebaikan Sambutan Maulud Nabi.

Sekarang ini kita sering memperingati pelbagai tarikh yang penting kepada kita sebagai individu, sebagai suami isteri, sebagai keluarga, sebagai organisasi, sebagai parti politik dan sebagai negara. Kita ada sambutan ulangtahun hari lahir, ulangtahun perkahwinan, ulangtahun penubuhan syarikat, ulangtahun pemerintahan, ulangtahun kemerdekaan dan sebagainya. Apakah salah bagi kita untuk kita memperingati Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW? Memanglah ada orang2 tertentu akan kata kita harus ingat Rasulullah setiap hari setiap saat - jadi buat apa kita adakan acara khas untuk itu?! Pada saya itu semua cakap orang pandai yang tak boleh diikut sebab hajat mereka hanyalah untuk membangkang - bangkang apa saja!

Kemelut orang Islam di Malaysia khasnya mula meruncing akhir2 ini - kes buang bayi, bunuh anak, bunuh mak bapak, tinggal amalan agama, keluar terus dari agama dan pelbagai fitnah lagi sedang melanda kita. Sekali sekala kita perlu kepada 'peringatan' - sudahlah dakwah yang hasanah dan hikmah jarang2 lagi kita dapati - sesuatu dakwah yang 'halus' seperti sambutan Maulud Nabi pun kita hendak tinggalkan, apa lagi yang ada untuk kita sebagai umat Islam di Malaysia?

Orang lain ada perarakan tokong dan tarian naga mereka - kita pula tumpang tengok dan meramaikan bersama. Bila sampai kepada acara kita sendiri kita ambil keputusan untuk sambut dalam 'hati' sahaja. Kerana ada ulamak kata Nabi tak sambut 'birthday' dia. Kalau nak kira apa yang Nabi tidak buat, tentu sudah banyaklah 'dosa' kita di dunia hari ini! Nabi tidak:-

i) naik kereta, bas, kereta api, kapal laut, kapal terbang
ii) guna telefon (rumah atau bimbit)
iii) tengok TV, video atau dengar radio
iv) pakai air-con, air paip atau lampu letrik
v) pergi sekolah, ofis atau berkoperasi
vi) pakai dapur gas, mikrowave atau peti ais

dan seribu macam lagi keperluan hidup yang kita telah guna tanpa rasa bersalah!

Nabi kita yang sampai ke akhir hayatnya masih mengingati umatnya dengan sebutan 'umati, umati, umati' - hari ini kita diberitahu bahawa tiada fadhilat dalam bulan Maulud dan lebih baik kita tidak menyambut Maulud Nabi!

Saya yang jahil ini ingin menyeru semua umat Islam di Malaysia marilah kita memperingati Maulud Nabi kerana Baginda sentiasa mengingati kita semasa hidupnya! Janganlah kita terlalu taksub dengan orang2 yang dipanggil ulamak kerana mereka juga hanya manusia biasa yang tidak semestinya betul sentiasa.

Ada satu hari setiap tahun dimana kita berpeluang untuk mengumumkan kepada dunia bahawa pada hari itu Nabi kita Muhammad SAW dilahirkan dan beliau telah merubah nasib kita semua dengan cahaya kenabiannya!

Selawat dan salam keatas Nabi kita Muhammad SAW serta kaum kerabat dan sahabatnya semua sekali! Semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang mendapat syafaatnya di hari pembalasan kelak! Amin!


Untuk bacaan tambahan mengenai Maulud Nabi:

http://www.yussamir.com/2008/03/penerangan-ringkas.html