Sunday, May 19, 2013

Kenapa Melayu/Muslim perlu boikot perniagaan Cina?

Hampir 70-80% peratus keperluan harian orang Melayu/Muslim di Malaysia dipegang oleh kaum Cina. Selama ini orang Melayulah yang menjadi pelanggan utama kedai dan bisnes orang Cina diMalaysia. Pegangan orang Melayu sebagai konsumer mencapai 80-90% dimana saja anda berada dikebanyakan bandar besar atau kecil diMalaysia. Hanya mungkin di Kelantan, peratus peniaga Cina adalah lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Namun PRU13 menunjukkan bahawa kaum Cina inginkan perubahan dalam pemerintahan Malaysia kerana kononya pemerintahan yang diterajui orang Melayu adalah korup dan tidak baik untuk masa depan negara. Hakikatnya kaum Cina mahu kuasa selepas mereka sudah kenyang dengan monopoli ekonomi. Orang Melayu yang tidak banyak berkira sudah sekian lama memberi kekayaan kepada kaum Cina di Malaysia.

Sayangnya, kaum Cina memandang rendah kepada orang Melayu kerana orang Melayu miskin, pemalas dan bodoh berbanding mereka. Pada mereka orang Melayu adalah murah - boleh dibeli dengan wang ringgit (sistem rasuah di Malaysia siapa yang dalangnya? Pernahkah orang Melayu memberi 'upah' kepada sesiapa untuk menyegerakan atau mendapat sesuatu? Orang Melayu nak hidup pun susah mampukah untuk memberi rasuah? Jawapannya tentu TIDAK - maka siapakah yang korup, Melayu atau Cina?)

Pada mereka orang Melayu malas kerana mendapat subsidi dari kerajaan. Hakikatnya, mahukah mereka menolong orang Melayu dalam kesusahan - mereka yang kesempitan hidup; mereka yang  tiada kemampuan bersaing dengan kartel (Cina); mereka yang tidak dapat peluang pengajian tinggi. Kaum Cina membantu sesama sendiri dalam semua perkara tetapi apabila kerajaan Melayu menolong orang Melayu itu dikira subsidi.

Apabila kaum Cina meminta segala-segalanya untuk kepentingan kaum mereka itu keadilan tetapi apabila orang Melayu menyatakan perihal Melayu itu dikira rasis. Sampai bila orang Melayu hendak berdiam diri menerima cemuhan, pandangan serong dan kata-kata nista dari kaum Cina cauvanis ini? Saya kira sudah sampai masanya kita meluahkan perasan kita dan bertindak mengubah keadaan di Malaysia.

Kita bukan hamba dan kita bukan binatang dan kita bukan peminta sedekah! Kita orang Melayu, beragama Islam, berbudi bahasa, kita juga ada tamadun tetapi kita ada had kesabaran kita! Kita  bukan menganjurkan perang (fizikal atau saikologi) tetapi kita berperang melawan nafsu yang mahu kita tunduk kepada orang yang menghina bangsa dan agama kita, orang yang ingin merampas kuasa dinegara kita.

Sudah lama kita mengajak mereka hidup bersama tetapi mereka selalu angkuh menolak kita melainkan apabila kita ingin berurus niaga dengan mereka. Kita hanyalah 'orang bodoh' yang mahu khidmat dan produk mereka. Maka, sudah sampai masanya kita beralih arah dan mencari keperluan sendiri dari sesama sendiri. Walaupun kita hanya memiliki 28% dari kuasa ekonomi negara tetapi ianya sudah cukup untuk kita membina kekuatan diantara kita kini. Biarlah mereka bersenang lenang dengan 70 peratus kuasa ekonomi. Kita boleh hidup kerana dalam keperluan hidup kita lebih mementingkan perkara survival dulu - makanan, minuman, pakaian dan bumbung untuk berlindung. Lain-lain perkara adalah kemahuan saja bukan keperluan!

Maka ayuh, kita beranikan diri - sokonglah produk dan bisnes halal dari kalangan orang Melayu dan Muslim sahaja. InsyaAllah, Tuhan akan berkati perjuangan kita - mempertahankan agama, bangsa dan tanah air!

HENTIKAN CEMUHAN TERHADAP DIRI ANDA DAN BANGSA ANDA- BERBANGGALAH DENGAN BANGSA DAN AGAMA KITA!

Saturday, May 4, 2013

"Tiada daya upaya aku melainkan dengan izin Allah"

Dengan rasa hati yang amat pilu, izinkan saya mengucapkan selamat tinggal kepada BN, UMNO, orang Melayu dan Islam. Walaupun saya ingin menafikannya tetapi rasa hati ini tidak dapat mengelak dari kebimbangan yang amat sangat bahawa kerajaan Melayu Islam BN akan tumbang pada tanggal 6 Mei 2013 ini. Sekiranya ianya berlaku maka itu adalah kehendak Allah Taala jua. Pasti ada hikmahnya....

Nampaknya rata-rata sesetengah 'rakyat' sudah mabuk dengan kemungkinan Pakatan akan menang PRU13 ini walau betapa tipis sekali pun. Dan sekiranya Pakatan kalah maka percayalah dalang-dalang asing akan menjadikannya isu paling sensasi dalam sejarah Malaysia. Tidak mustahil 'kekecohan' jalanan ala 1998 / Bersih akan berulang dengan keghairahan melampau.

Yang paling sedihnya dikawasan saya sendiri (Permatang Pauh), yang beriya-iya sangat adalah orang Melayu juga - dikalangan ahli maupun yang bersimpati dengan PAS dan PKR. Penyokong atau muka Cina DAP tak nampak langsung - bendera DAP pun orang Melayu tolong usung! Kesian sungguh, yang kehulu kehilir adalah penyokong PAS, yang nak bertanding adalah calon PKR dan yang nak memerintah Pulau Pinang (waima Putrajaya sekali pun) adalah DAP!

Sekali-sekali fikir, biarlah Pakatan menang sebab dah ramai sangat orang Melayu sendiri yang menginginkannya - biar orang Melayu diperintah semula oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam. Orang Melayu sudah pernah silap semasa meminta Jepun memasuki Malaya dulu. Mungkin kali ini cerita yang serupa ditakdirkan berulang kembali! Yang disangka penyelamat rupanya adalah durjana yang belum pernah dirasai orang Melayu pada ketika itu.

Apabila ikut rasa maka akan binasa dan jika ikut hati, mati! Andaikata perbalahan kita adalah sesama bangsa dan umat semata-mata, saya tidak merasa bimbang. Tetapi, apabila yang hendak diruntuhkan adalah kepunyaan kita sendiri (banyak antara kita tidak sedar atau akui) dan yang akan diserahkan kuasa nanti adalah kumpulan yang jelas tidak suka apa lagi cinta pada bangsa atau agama kita, maka saya tidak tidur lena.

Jaminan TGNA bahawa PAS akan membela nasib orang Melayu dan Islam adalah sandiwara politik semata-mata. Kita boleh jangkakan apa yang akan PAS buat bila diherdik oleh Karpal Singh nanti. Mereka (PAS) akan diam membisu dan berpaling dari umat yang mengharapkan mereka. Kenapa perjuangan UMNO untuk orang Melayu selama ini tidak 'Islamik', kata PAS - tiba-tiba perjuangan yang sama pula akan dijulang oleh PAS dari dalam Pakatan?

Nasi sudah hampir menjadi bubur... diluar sana bunyi hon dan enjin motosikal menderu-deru 'menyokong' kemenangan Pakatan dan Anwar Ibrahim. Kit Siang akan dilantik menteri dalam negeri (kata Karpal). Bumi bertuah Tanah Melayu akan diserahkan kepada orang asing sekali lagi dan cucu cicit kita akan bertanya... dulu-dulu datok nenek kami orang Islamkah? Dahulu kala, orang Melayu di Malaysia beragama Islamkah? KESEMUANYA (orang Melayu)? ...... Dan jika mereka tanya lagi bila mulanya orang Melayu bersikap terbuka tentang agama... jawapan yang akan mereka dapati ialah... selepas PRU13, apabila Pakatan mula memerintah.... 'keadilan' untuk semua telah membolehkan orang Melayu turut memilih agama anutan mereka! Pendakwah Kristian akan mendapat pembiayaan sama seperti ustaz-ustaz sekolah pondok. Malangnya, ustaz kita berdakwah sesama Islam sementara mubaligh Kristian 'menyerang' anak muda kita.

Namun, semua yang akan terjadi adalah atas kehendak 'kita' juga (dengan izin Allah). Bosnia diserang Serbia adalah takdir, 'Arab Spring' adalah takdir. Kalau sudah sampai masa orang Melayu menyerahkan tanah air sendiri kepada orang luar juga takdir maka apalah daya kita.

Hanya pesan saya, jangan sudah terhantuk baru mengadah - menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna! Kita sedar pengundi muda suka kepada perubahan dan perkara baru maka biarlah mereka merasai akibat sokongan mereka. Kita yang tua-tua ini hanya sekadar memberi nasihat dan peringatan - itu saja. Niat undi kita adalah untuk kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Usaha pada kita, keputusannya sudah ditentukan oleh Allah Taala!

Buanglah UNDI anda dan bertawakallah kepada Allah SWT! Semoga Allah memelihara kita semua dan keturunan kita juga. Amin!