Sunday, September 6, 2009

Nasib Melayu - Pucuk di cita!

Acap kali orang Melayu tertipu atau menipu diri sendiri. Kalau dizaman British dulu orang Melayu tidak sabar2 menanti kemasukan tentera Jepun kerana mereka percaya Jepun akan membawa kesenangan yang tidak terhingga berbanding penjajah British. Rupanya keluar mulut buaya masuk mulut harimau!

Meluat orang Melayu kepada pemerintahan Tun Mahathir meluap-luap sehingga insiden DS Anwar membawa orang Melayu kepada demonstrasi jalanan dan kesediaan berdepan dengan polis rusuhan. Apabila Tun Abdullah mengambil alih tampuk kerajaan barulah orang Melayu sedar perbezaan diantara dua pemimpin. Nasi sudah menjadi bubur!

Kini orang Melayu sekali lagi berdepan dengan rasa muak dan mual yang sama seperti sebelum ini tetapi kali ini terhadap parti UMNO. Mereka merasakan Pakatan Rakyatlah yang boleh memperbaiki keburukan2 yang timbul dari UMNO (Baru). Tinggal hanya 2 tahun lagi sebelum peralihan kuasa dari BN kepada PR dijangka berlaku oleh kebanyakkan orang - mungkin juga semua orang sudah yakin itu pasti berlaku. Persoalannya adakah orang Melayu sekali lagi akan mengeluh panjang dan mengadah seperti yang sebelum ini? Adakah sekali lagi orang Melayu akan 'jatuh dari periuk masuk dalam api'?

Mari kita tengok rentetan peristiwa2 yang sudah berlaku semenjak DS Anwar cuba mengambil tampuk pemerintahan dari Tun Mahathir:

i) Demonstrasi jalanan - pembangkang bersatu
ii) TG Dato Nik Aziz kata - kawan dengan syaitan jika perlu untuk jatuhkan UMNO
iii) Kumpulan Artikel 11 mula menyuarakan hak kebebasan beragama secara agresif
iv) IFC cuba dibentuk kononnya untuk persefahaman agama
v) HINDRAF buat tuntutan
vi) PR12 - PR menang 5 negeri
vii) Isu istilah ALLAH untuk semua agama
viii) Isu pelbagai bahasa untuk nama jalan melainkan Jawi
ix) Isu bunyi Azan perlu di kurangkan
x) Isu halalkan anak haram Beng Teong
xi) Isu rampasan arak dikembalikan
xii) Isu perpindahan Kuil seksyen 19 Shah Alam
xiii) Pasar ramadan Penang Road tidak dibenarkan

Jelas pada saya banyak isu2 yang timbul selepas PR12 itu adalah yang berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Sedar atau tidak itulah kesannya apabila kita terlalu bertolak ansur dan ingin menjaga hati semua pihak melainkan hati orang Melayu sendiri. Kemerdekaan selama 52 tahun yang dikecapi semua pihak telah berjalan aman dan sentosa kerana sebelum ini masing2 tahu kedudukan dan ruang lingkup masing2. Tidak pernah timbul isu ketidaksama-rataan, lokasi kuil atau tokong, laungan azan, jualan arak, pasar ramadan atau sebagainya. Orang Melayu tidak pernah menghalang pembangunan atau perkembangan bangsa lain di Malaysia. Dan bangsa2 lain juga tidak pernah ganggu gugat apa yang kebiasaan untuk orang Melayu.

Bukan semua orang Melayu taat dan patuh kepada agama Islam tetapi itu soal individu dengan Tuhannya. Bangsa lain tidak pernah komen, tegur atau beri pandangan sama sekali. Tetapi kini bayi yang dilahirkan dalam keluarga Islam pun akan cuba diselamatkan oleh aktivis2 hak kemanusiaan dari di'paksa' menganut agama Islam. Apakah itu bukankah menganggu adat resam, istiadat dan agama orang Melayu? Apakah itu bukan menceroboh keamanan dan ketenteraman orang Melayu?

Semua orang Melayu perlu sedar bahawa tiada guna kita mengalah dan menyerahkan sedikit demi sedikit hak dan cara hidup kita semata-mata untuk menjaga kerharmonian bangsa lain sementara kita sendiri kucar kacir, terlingkup dan akhirnya tergadai agama sendiri! Enough is enough! Ya, kita juga mahu keadilan, kebebasan, kesenangan dan kebahagiaan tetapi jangan sampai kita jual anak isteri malah ibu pertiwi kita kepada orang lain!

Apakah tidak cukup lagi memonopoli ekonomi kini mereka inginkan kesemuanya sekali? Jangan terlalu ghairah dan tamak. Orang tamak selalu rugi! Nak kaya kayalah kami tidak pernah halang, cemburu pun tidak. Tetapi jangan sampai kacau peribadi, agama dan keluarga kami!

52 tahun orang Melayu memerintah tidak pernah buat zalim kepada bangsa lain kerana kalau zalim masakan ada billionaire Cina dan India di Tanah Melayu. Kalau zalim mana boleh rumah tauke2 Cina sebesar kapal disana sini; kereta mewah perkara biasa; syarikat2 mereka maju di Bursa Malaysia. Tetapi tengoklah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, baru setahun memerintah sudah ingin dirongkai semuanya - kalau boleh malam ini juga.

Cuba kita fikir dalam2, siapa yang tidak toleran, tidak saling menghormati, tidak taat setia kepada raja dan negara, tidak tahu hidup rukun damai? Orang Melayu kah atau orang lain? Siapa yang mahu bersatu dan siapa pula yang inginkan kesemuanya - winner takes all?

3 comments:

Anonymous said...

salam kenal .. :) saya ikut blog ini

glassman said...

salamalaikom,
apa jalan penyelesaian yang tuan hendak kemukakan? kita semua tau isu2, tapi penyelesaian nya yg kurang di berikan.

ibn aqil ithnin said...

Salam Glassman,

Tujuan utama saya ialah untuk menyebarkan kesedaran betapa terancamnya orang Melayu kini. Mungkin isu2 tersebut diketahui umum tetapi tidak semua ambil peduli. Rasa selamat mereka masih menebal - mungkin juga kerana tidak ingin memikirkan yang buruk boleh terjadi.

Mengenai penyelesaian, saya tidak bercadang mengajar sesiapa dan saya juga tidak ada quick solutions. Tetapi jika kita sama2 renung nasib anak cucu nanti, saya pasti tindakan kita akan terarah kepada yang baik untuk mereka.

Berapa2 saranan akan saya ketengahkan dari masa ke semasa!