Sunday, July 29, 2012

Melayu Mudah Lupa!! Sejarah untuk apa?

Ketika Dr Mahathir mengatakan bahawa "Melayu mudah lupa" ramai yang menganggapnya hanya sebagai kata-kata sindiran seorang bekas Perdana Menteri yang kecewa dengan kegagalannya memaksa perubahan minda orang Melayu mengikut kehendaknya. Ramai pula yang memandang sepi kenyataan yang diluahkan oleh bekas PM itu - 'orang Melayu tak lupa lah!' jerit hati kecil kebanyakan orang Melayu yang terasa pedas sindiran tersebut.

Berapa ramai anak Melayu yang keluar negara untuk melanjutkan pelajaran sehingga kini menjadi pegawai2 besar kerajaan dan swasta, profesional dan pemilik syarikat dan industri sendiri? - entah, tak tau pulak kita! Dah lupa!

Berapa banyak sekolah, institut dan pusat pengajian yang dibina bagi mendidik anak2 Melayu supaya tidak tercicir dari arus pembangunan negara? - entah, kita pun tak kira!

Berapa banyak wang yang belanjakan bagi meningkat taraf hidup orang Melayu melalui pengambil kakitangan awam yang harus tidak ada peluang dalam sektor swasta jika tidak diserap masuk kedalam pentadbiran kerajaan? yang ini dalam 1.4 juta semuanya tapi bukankah itu kerja kerajaan - bantu rakyat?!

Apa yang telah dibuat kerajaan bagi membantu rakyat sebenarnya? Siapa yang merancang dan siapa yang melaksana? Bila masjid atau sekolah atau hospital atau dewan kita dibina? Entah , tak ingat - jawabnya!

Bila komunis dikalahkan dan berapa banyak askar Melayu yang terkorban menentang komunis? Tak ingat la pulak bila komunis kalah dan entah berapa ramai askar kita yang terkorban!!

Tanya anak muda kita, Singapura tu pernah ada raja Melayu tidak - entah tak tahu! Tanya ibu bapa anak muda kita siapa nama presiden Singapura yang pertama? Tak ingat la! Tak penting pun!

Ok, kita tanya pula tahun berapakah Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bila Tun Dr Ismail meninggal dunia? Siapa Tun Dr Ismail? Tak ingat, tak ingat dan tak ingat!

Kita tanya diri kita bila kampung kita mula dapat bekalan air paip? Bekalan letrik? Talian telefon? Hubungan internet? .... Jawapannya saudara saudari, abang kakak, adik2 ---  TAK INGAT!

Hakikatnya kita mudah lupa sebab sekarang kita sudah senang. Satu hari nanti kalau anak2 kita juga lupa jasa dan usaha kita untuk membesarkan mereka. Atau orang2 muda lupa dengan perjuangan orang2 tua mereka. Atau anak2 Melayu moden dan liberal lupa agama, bangsa dan tanah air mereka kerana diperintah oleh kaum lain yang jauh lebih maju dan 'open-minded' seperti di Singapura atau Amerika umpamanya, janganlah kita mengeluh kerana kita juga lupa jasa dan perjuangan orang tua2 kita!

Sejarah penting untuk memberi pengajaran - bukan hanya kerana kita mahu nostalgia!

Lim Kit Siang adalah bekas setiausaha peribadi Lee Kwan Yew - mereka masih mesra dan masih ingat perjuangan mereka semasa Malaya dulu. Malangnya, ramai orang Melayu sudah lupa atau pun tidak pun tahu perkara remeh ini! Malang bagi orang Melayu Islam di Malaysia kerana PAP dan DAP masih ingat matlamat dan perjuangan mereka walaupun PAS sudah lupa tujuan dan hala tuju mereka. Orang Melayu juga lupa bahawa pemimpin PKR adalah bekas pemimpin UMNO yang frust. Sesetengah2 orang kaya UMNO juga lupa bahawa rakyat yang telah menaikkan mereka. Orang Melayu umumnya lupa siapa saudara, siapa kawan dan siapa lawan mereka sebenarnya.

Melayu mudah lupa - malang untuk kita!

No comments: